CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, November 22, 2011

Kalau Dahi tak Mencecah Sejadah Di Dunia..

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!

Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih....

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!

Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!

Ingatlah di mana saja kamu berada....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air yang tidak bererti!

Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....
Yang lebih agung dari malaikat!

Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!

Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan.. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!

Pada hari itu tiada berguna....
Harta, tahta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!


*dipetik dari kiriman email seorang rakan kepada saya. Peringatan untuk diri sendiri dan juga kawan2. Mudah-mudahan kita tak tergolong dalam golongan yang dimurkai Allah SWT. Insya-Allah~

Friday, November 18, 2011

Kisah Budak Si Penjual Kuih


 Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirkanya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya! 






*Kisah dipetik daripada email untuk tatapan bersama. Hayatilah. Benar! Siapa kita sebenarnya. Renung2 kan...~ :)


Bukan SAYA atau AWAK, tapi KITA dan KAMI..

Salam petang Jumaat! (^_^)/

Hari ni saya tidak keluar ke The Spring (pusat membeli belah di Kuching) seperti selalu, sebab saya terikat dengan kerja yang diambil dari waktu rehat saya. Jadi, sedikit malas nak keluar walaupun jarak office agak dekat. :)

Hampir seminggu saya pulang ke Kuching meneruskan tugas saya sebagai pekerja di jabatan ini. Dan dalam tempoh itu, terasa sedikit bila berjauhan. Maklumlah, dah hampir dua minggu bersama suami tercinta. Tapi, saya tiada pilihan lain. Memandangkan kami masing-masing ada tanggungjawab, kami terpaksa terima hakikat. :) 

Jumaat adalah penghulu segala hari. Tapi Jumaat saya kali ini tidak dimulakan dengan bagus sebab ada beberapa perkara yang membuatkan saya sedikit emosi. Tapi tak mengapalah. Lupakan saja. Mungkin saya sedikit tertekan. 

Sedang saya sibuk menguruskan semuanya, saya mendapat mesej dari sang suami. Tersenyum sendiri saya. Alhamdulilah. Besar kurniaanMu Ya Allah. Dengan usia perkahwinan kami yang baru mencecah lebih dari 5 bulan, saya kini dapat merasakan perbezaannya dari awal perkahwinan dahulu. Kami masih mencari dan cuba menyesuaikan diri dengan keadaan masing-masing, kebaikan dan keburukan masing-masing. Oh, bukan senang ya. Kalau dulu, keputusan semua dapat dibuat sendiri tanpa mengambil kira pendapat dan perasaan orang lain, tapi kini tak lagi. Personaliti saya yang agak keras dan degil (bak kata suami. dan saya pun mengakuinya) plus sudah terbiasa buat keputusan sendiri kadang-kadang agak menyeksakan saya. Sebab semuanya perlu diberitahu dan meminta izin dari suami. Mungkin ada yang sudah biasa begini tapi saya tidak. :) Tapi saya mencuba yang terbaik. Sebab berdosa kan kalau kita ingkar arahan suami.? :)
Tak tahu kenapa saat ini, saya rasa sedikit berbeza mesej yang saya terima dari suami tercinta. Ia betul2 buat saya terharu. Alhamdulilah! Saya panjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa, Yang Maha Agung. Dan ada sedikit perasaan yang berbeza saya rasa. Alhamdulilah. Harapan saya dan suami, agar mahligai kami kekal hingga akhir hayat. 

Mungkin saya belum betul-betul layak untuk memperkatakan tentang erti sebuah perkahwinan tapi saya cuma berkongsi apa yang saya rasa sebagai seorang isteri yang terpaksa berjauhan dengan suami dan terpaksa melakukan segalanya seorang diri. Bila saya jatuh, ada rakan yang disisi saya menolong saya bangun semula. Jatuh bangun jatuh bangun itu dah jadi permainan saya. Yang akhirnya saya rasa saya dah cukup kuat untuk hadapi segalanya buat masa sekarang. InsyaAllah. Dalam tempoh lima bulan ini, walaupun berjauhan, kami tetap memegang prinsip percaya antara satu sama lain. Dan prinsip saya berubah sedikit demi sedikit kerana saya sudah ada suami yang mana merupakan tanggungjawab saya, juga punya perasaan dan hati yang perlu saya jaga serta makan pakai nya. Alhamdulilah, saya semakin menyukai dan gembira dengan title yang saya pegang iaitu sebagai isteri. :)

Sebagai seorang isteri, banyak yang saya perlu belajar. Jauh lagi perjalanan kami. Dan saya teringat sepotong ayat yang diambil dari buku yang saya baca (hadiah dari seorang teman rapat) bahawa PERKAHWINAN ITU BUKAN SAYA ATAU AWAK, TETAPI KITA DAN KAMI~. 



"Apabila seorang hamba itu berkahwin, maka sesungguhnya dia telah menyempurnakan separuh daripada agamanya. Maka bertaqwalah kepada Allah untuk menyempurnakan separuh yang berbaki. "
Al-Hadith

Wednesday, November 16, 2011

Ulser Mulut @ Lompang @ Mata Ikan

Huah.. lame juga sejak balik dari KL isnin arituh tak update blog. almaklumlah, bizi sedikit sebab kembali meneruskan pelbagai tanggungjawab. :)

Okeh, kali ni nak cerita pasal ulser mulut. huah, suda 3 hari kene ulser mulut atau dikenali juga dengan nama lain iaitu "lompang" atau "mata ikan".  Wallpost saya di Facebook memang cerita pasal lompang je. dan baru atau ade yang panggil "mata ikan". heheh. dan ramai juga yang mengomen di wallpost saya bertanyakan hal lompang nih. Oh, ramai juga tak tahu nama lain bagi ulser mulut ini ya. Rasanya nama ni berbeza mengikut kefahaman memasing. Kenapa dipanggil lompang or mata ikan pun tidak la saya ketahui.  Dari komen rakan-rakan saya, mereka juga diserang ulser ini. oH, ramai juga ya. Tak kurang juga yang berkongsi pengalaman betapa sakitnya kene ulser mulut nih.huuuuu~ 

Tapi bukan apa, sakitnya ya Rabbi, memang sangat sakit. Nak makan tabley, nak bercakap tabley sangat, nak tido fuhh, lagi lah. Petua orang dedolu, kumur dengan air garam. Err, dah cobe okeh, dah cobe. Hasilnya, uh, menitik air mata nih menahan pedih. huaaa. pastu tak buat dah. Seriously serious, sangat pedih. Sob sob sob.

Okeh, disini saya nak share apa maksud ulser dan bagaimana ia terjadi. cekidaut~

Ulser Mulut
                                                                  Latar belakang
Ulser mulut merupakan luka dalam mulut yang berwarna putih atau kuning yang dikelilingi oleh warna kemerahan dan menyakitkan.

Apakah yang menyebabkan ulser mulut? 
Penyebab sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia mungkin terjadi disebabkan oleh :

Stres
                                                                  Perubahan hormon
Jangkitan (infeksi)
Kekurangan zat makanan
Alahan
Radioterapi
Kimoterapi

Tanda-tanda (simptom)
                                                Tanda-tanda ulser mulut termasuk :
Rasa membakar dalam mulut
Kesakitan
Tidak selesa
Hilang selera makan
Demam

                                            Berapa lama ulser mulut akan sembuh?
Kesakitan biasanya akan berkurangan dalam tempoh 3-4 hari tetapi ulser akan mengambil masa selama 10-14 hari untuk sembuh. 


Perhatian :Dapatkan pemeriksaan di klinik pergigian jika ulser berlanjutan selepas dua minggu untuk memastikan ia bukan lesi kanser dan pra-kanser. 

                                                 Apa yang boleh anda lakukan?
Untuk melegakan rasa sakit, anda boleh mencuba petua-petua berikut :
Gunakan bahan kumuran antiseptik
                                                     Sapu gel atau krim penahan sakit
Kekalkan kebersihan mulut yang baik
Makan makanan lembut
Elakkan makan makanan panas dan pedas
Banyakkan minum air


So, rerakan. Make sure anda tidak diserang ulser ini ya sebab ianya memang sangat sakit. Huh. Saya pakej sekali dengan demam nih.~ huuuu~ Semoga saya cepat sembuh. Tak larat dah nak menanggung sakit nih. Doakan saya ya~ 

Tuesday, November 8, 2011

Projek Memasak : Kerabu Pucuk Paku

Ha, entri kali nih nak bercerita mengenai projek memasak yang seterusnya iaitu kerabu pucuk paku yang di'collaborate' bersama dengan mak mertua saya. :) Actually, ni adalah projek kedua sebab yang pertama harituh tak brape nak menjadi sebab bahan tak brapa nak cukup. 

Kali nih, mama (panggilan tuk mak mertua saya) cakap bahan semua dah cukup, so ape lagi, buatlah. :) okeh, tamo cakap bebanyak, lets cekidauttt bahan ape yang perlu ada untuk membuat kerabu cara saya..:)

Bahan-bahan:
~pucuk paku
~taugeh
~kerisik
~kerang (direbus)
~bunga kantan
~asam limau
~bawang merah (dihiris)
~sedikit garam

Cara membuatnya:
~oh, sangat senang. Celur pucuk paku dan taugeh.
~Masukkan semua bahan dan campur sebati. Perah asam limau untuk menyedapkan rasa kerabu tersebut. Garam secukup rasa.
~Siap untuk dihidangkan. taraaa..~

Senangkan? Selamat mencuba~ 

Monday, November 7, 2011

Projek Memasak: Puding Caramel

Aha..saya memasak puding caramel pula.huyeh!tp bezanya harinih saya memasak di rumah mertua.:-)  semalam masa balik raya umah mak,mak ckp 'mie,buat puding caramel'. Alang2 hubby tengah tido tuh kan,buat saje.bukan susah pon. Masa dirumah mak,saya buat dua loyang. Satu untuk rumah mak,satu untuk rumah mertua. Alhamdulilah, puding caramel saya mendapat pujian daripada adik ipar saya. :-)


Apa lagi,memandangkan dia sangat suka,saya pon bercadang tuk buat la. Kebetulan hubby ajak keluar mencari barang kejap kan. Terus beli barang2 nk masak. Sekarang tengah tunggu puding tu masak. So,berehat sebentar. Huuuu,penat juga jadi surirumah kan. Tapi ada kepuasan di situ. Puas sebab dapat buat sesuatu tuk family esp hubby,puas sbb dpt asah bakat memasak,puas sbb dapat err pujian juga.hik3. Pujian tu bukan melambung2 tp untuk memberi semangat kpd saya untuk lebih rajin memasak. Actually, saya mengaku, saya bukan jenis rajin memasak tapi bila rajin saya akan jadi luar biasa.hehehehe. Sebab saya suka masak bila ada orang makan.


Okeh,disini diterangkan serba sedikit cara2 membuat puding caramel..


Puding Caramel (seloyang besar sederhana)

Bahan2 yang diperlukan:

~10 biji telur

~ 1 tin susu cair

~ sedikit esen vanila

~gula


Cara membuatnya:

~Blender telur,susu cair,sedikit esen vanila dan sedikit gula sehingga sama rata.

~Dalam kuali yang berbeza,panaskan gula untuk membuat base puding. Panaskan sehingga gula menjadi keperang-perangan. Setelah itu,masukkan kedalam loyang.

~Panaskan pengukus. Masukkan bahan yang telah diblender tadi kedalam loyang. Loyang kemudiannnya dimasukkan ke dalam pengukus.  Kukus sehingga 50 minit.

~Setelah masak,angkat loyang dan biarkan ia sejuk. Kemudian,terbalikkan loyang di atas pinggan lain.

~Masukkan ke dalam peti sejuk sebelum dihidangkan kepada tetamu.


Haa,senang aje kan? Tak yah pakai oven2 bagai. Sesuai dihidangkan tuk minom petang atau sebagai dessert selepas makan malam.:-)


Selamat mencuba...:-) 


Published with Blogger-droid v2.0.1

Hari Raya Aidiladha 2011

Hari Raya Aidiladha ataupun dikenali juga sebagai Hari Raya Qurban pada tahun ini jatuh pada hari Ahad, 6 November 2011 . Seluruh umat muslimin dan muslimat menyambutnya dengan penuh meriah. Pada tahun ini, berbeza sedikit dengan tahun-tahun sebelumnya. Sebab? Saya dapat beraya dengan suami tercinta dan kami sekeluarga (keluarga sebelah mertua) telah mengorbankan seekor lembu sempena hari raya pada kali ini. :) Ade rezeki sikit orang cakap. :)  

So, mari kita lihat apa yang berlaku pada hari raya kali inih. *saya sedikit teruja okeh.. err, plus takot bile melihat lembu yang bakal dikorbankan itu*


Lembu yang bakal dikorbankan.



Okeh, saya tengok dari jauh saje..sebab saya takot tengok darah.huuu.. 



Itu dia hasben saya sedang melapah lembu korban..hehehhe..gambar tangkap curik...




Mereka sedang melapah lembu korban..




Suasana~ :)



Sesi melapah..



Hampir siap...:)




Sesi memotong tulang temulang..




Menyempat




Itu hasben saya dan juga bapak mertua saya..~ :)


Nota kaki : Salam Aidiladha kawan2..:)

Projek Menjahit : Batu Seremban Adik

Projek menjahit batu seremban untuk adik bermula. Kesian pulak tengok die nak batu seremban. So jahitkan la dia satu set. Sesambil tengok tv tu kan, bolehla menjahit sekejap. :) Dapat juga update blog tentang aktiviti selama menjadi surirumahtangga sepenuh masa dalam masa bercuti nih. hehehhe..

So, ni lah antara cara2 bagaimana saya membuat batu seremban.



Potong kain mengikut saiz yang sama. Buat dalam 5 keping.




Jahit kiri dan kanan kain.




Jahit atasnya dan jadikan ia berbentuk tiga segi.




Lihat, batu seremban untuk adik dah siap! :)



Saturday, November 5, 2011

Projek Memasak : Menganyam Ketupat..

Esok, 6hb November 2011 (Ahad) merupakan Hari Raya Qurban bagi seluruh umat Islam. Dan semua orang tak terkecuali nak sediakan macam2 hidangan kan? Tak terkecuali dengan kami sekeluarga.  Sambutan kali ini berbeza dari tahun2 yang lain. Sebab? Tahun ni saya beraya bersama dengan suami tersayang. yay! 

Okeh, berbalik kepada cerita ketupat, nak dijadikan cerita, disebabkan abah terlalu excited menantu kesayangan die dah balik raya tahun nih, die pon suruh mak buat ketupat. Saya? oPkos la saya sangat seronok sebab dah lama tak menganyam ketupat guna daun. Selama ni guna riben tuk hiasan opis saje. hehehhe..

So, projek menganyam ketupat bersama mak, makcik dan adik perempuan (dia baru belajar) bermula. Dalam menganyam tu kan, saya terfikir macamana asal usul ketupat nih, camane kreatifnya orang yang mengasaskannya  dan ya, ia sangat amazing..! dan disebabkan ketupat nih, saya nak share sejarah ketupat yang saya google untuk info bersama...:)




"Dalam sejarah, Sunan Kalijaga adalah orang yang pertama kali memperkenalkannya pada masyarakat Jawa. Beliau membudayakan dua kali Bakda, yaitu Bakda Lebaran dan Bakda Kupat. Bakda Kupat dimulai seminggu sesudah Lebaran. Pada hari yang disebut Bakda Kupat tersebut, di tanah Jawa waktu itu hampir setiap rumah terlihat menganyam ketupat dari daun kelapa muda. Setelah sudah selesai dimasak, kupat tersebut diantarkan ke kerabat yang lebih tua, menjadi sebuah lambang kebersamaan."


"Ketupat ada disebut dalam kesusteraan Melayu, Hikayat Indraputra, yang tarikh ditulis dicatat sebagai 1700, tetapi kisahnya wujud secara lisan sebelum tarikh tersebut."



Dari perbualan bersama pakcik dan makcik, secara asasnya ketupat memang berasal dari Jawa dan tradisi ini masih diteruskan sehingga kini. Kebanyakan ketupat boleh didapati kebiasaannya pada Hari Raya.  Dan ketupat juga mempunyai pelbagai jenis seperti ketupat sate, ketupat bawang, ketupat palas dan bermacam2 lagi. Dan mengikut kreativiti individu, ketupat kini boleh didapati dalam pelbagai bentuk yang lebih unik.

Ketupat biasanya dihidangkan bersama kuah kacang atau masak lodeh (bagi orang berketurunan jawa) dan kadangkala dimakan bersama rendang. :) dan ketupat adelah peberet saya! yay...




Cara masukkan beras dalam ketupat..*itu tangan saya*



Ketupat yang dah siap..taraa...fresh dari ladang..hoho.


Anyaman ketupat nih pada saya perlu diteruskan oleh generasi zaman sekarang supaya tak hilang ditelan zaman. Sebab pada saya ia merupakan warisan yang perlu dijaga dan diteruskan supaya tak hilang dan tidak dilupakan. :) sebab pada saya setiap cara dan buatannya adalah sangat unik!


Akhir sekali dari saya dan suami, SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua umat Islam yang menyambutnya..:)

Friday, November 4, 2011

Projek memasak: Apam PolkaDot a.k.a Apam Mekar

Morning..aha, pepagi ni semangat nak update blog pasal aktiviti semalam iaitu projek membuat apam polka dot dot a.k.a apam mekar. Saje cecuber sebab takde ape nak buat kan.

Semuanya terjadi bila tengah dok godek2 or tetengok blog kengkawan, titibe puuup..kua resipi apam polka dot. Ape lagi, memang dok ngade nak mencuba la. Terus tengok resipi dan cara membuatnya. Semangat nak buat salin la resipi tuh. Tup2 adik n mak balik kerja je, dorang cakap dorang tau buat. huahhh..Ketinggalan betol saya. Saya bukan tamo belajar buat or tak buat di rumah di Kuching tapi sebab kalo saya buat sape nak makan. huhuhu..

Okeh, cabaran bermula bila saya start mencarik bahan2 kt dapur mak yang sebenarnya saya tatahu mana mak letak bebarang tuh. Ape lagi, sian mak kat opis, menjadi mangsa saya apabila saya asyik kol dan kol tuk tanye tu dan ini.heheh..caya lah mak..sabar betol dengan anak pumpuan die nih..

Bila adik pumpuan saya balik, saya terus tanye care nak buat sume. Kami hanya menggunakan bahan2 yang ada saje dirumah. Dan yang bestnya mak saya nih, sume bahan dan barang kuih sume die ade. ngahhaha. Apa lagi. kerjakan kerjakan.! agagagaga..

Okeh, disini saya nak share sedikit ilmu yang saya kira tak la berapa sangat tapi dengan niat nak share..:) saya buat dua adunan, maksudnya dapat dalam 100 biji kalo saiz sederhana. Tapi saya buat 3 saiz. Yang last tu besar2 sebab masa tu dah penat buat kekecik.hehehe..okeh, cekidauttt!



Bahan2 yang diperlukan  (50 biji untuk saiz sederhana):
~3 biji telur
~270 gm tepung gandum (guna tepung gandum lagi sedap dari guna tepung kek)
~220 gm gula halus
~150ml susu segar atau susu cair 
~baking powder (agak2)
~1 sudu kecil ovalette
~filling (isi dalam apam) - buah ceri, prun or apa2 ekot sukahati
~pewarna (bagi apam tu kekaler)
~mangkuk kertas

Cara Membuatnya:
~Memula, pukul telur, gula, susu segar/susu cair dan ovalette sampai kembang.
~Kemudian masukkan tepung gandum yang dah diayak dan sedikit baking powder. Baking powder tu agak2 sebab takot naek kembang semangkok pulak.
~Pukul sampai kembang.
~Asingkan ekot kaler yang kamu ingini. Macam kami, kami buat 5 kaler. (putih, pink, ungu, hijau dan kuning)
~Masokkan dalam piping bag dan letak dalam mangkuk kertas. Isi separuh dari mangkuk kertas dan letak filling. Kemudian, isi dan tutup filling tadi. Ambil kaler lain dan hias ikut kreativiti anda.
~Kukus dalam pengukus dalam masa 10minit.
~Angkat dan boleh dihidangkan..


taraaaaa...inilah apam polka dot dot atau apam senyum saya yang boleh kire jadi la..heheheh..menarik kan..? :P




Pelbagai saiz dan boleh juga buat huruf2 abjad untuk anak2 nanti. :)



gabungan merah dan kuning...~



Apam saya sudah senyum..hehehe...


So, sampai disini saja berita pada hari ini..semoga berjumpa kembali di lain entri. Saya harap saya dapat cube resipi  yang lain..:) selamat mencuba! :)

Thursday, November 3, 2011

Fulltime housewife : daY 2~

Petang semua..! Harini nak bercerita pasal hari kedua jadi fulltime housewife. Maksudnya disini, saya sedang bercuti menunggu ketibaan raya Qurban yang jatuh pada 6hb November (Ahad) nih. Saje nak abiskan cuti tuk tahun nih sebab incik suami dapat balik raya sesama. Maklumlah, raya Aidilfitri harituh memang kami tak dapat raya sesama..:)

So, back to cerita fulltime housewife nih, memangla tak dinafikan saya sedikit boring. Bukan ape, mungkin saya dah biasa bekerja. Suami pulak jauh. Belum juga dikurniakan anak lagi. So ni melepak di rumah mak sementara tunggu suami balik esok.pastu baru balik umah mak mertua. yay! Tengah dok pepikir apo nak buek, ttibe tengok hadiah2 kawen arituh. Memang plan nk bawak balik Kuching sebab alang2 memang dah ade rumah sewa and nak duduk lame kat sana, so memang nak bawak segala periuk, ayat2 al-quran yang gantung kat dinding tu, dengan set pinggan mangkuk segala kan. Maklumlah, teruja lebih nak hias rumah. Senang kalo husband balik Kuching. Semua dah ada.:)





Kotak yang saya dah bungkus leklok tuk dipos ke Kuching. meowwww! err, ini cume suku dari hadiah saya yang perlu dibawa balik dan ade lagi yang tak masok dalam pikces..



Sedang dok bongkar2 hadiah, saya sedikit menjerit..wahh, saya lupa saya ada hadiah oven.! Dok kira kira set pinggan mangkuk sume. Adeh, tak dapek nk bawak semua. Cam tamak lak nak bawak semua. So, aktiviti mengemas hadiah pon dimulakan. 
Cecarik set mane yang lawa dan boleh dipakai, saya asingkan. Bile tengok balik hadiah tu, rase berterima kasih sangat kepada kengkawan. Serius, dengan hadiah semua tu saya  tak perlu lagi nk beli2. Sume dah ade. hehehhe..

Pastu saya telefon suami cakap pasal barang-barang nih. And die cakap nanti die bawak balik sikit dulu pegi KK sbb luggage die ade 40kg. Huu, luggage saya cume 20kg. dan tabley ditambah2 lagi. *kalo Fireflyz boleh tambah wooo* tapi bile dah bungkus camnih, better saya rasa saya post saje. Memang dah packing baekkk punye. Tatahu lah kalo ia pecah jugak kan.

Lepas dah kemas sume nih, ha, petang pulak dah free. Time2 camni digunakan tuk online pesbuk, updet blog nih. Hmmm, best juge jadi housewife nih kan. Apepon, saya salute dengan fulltime housewife a.k.a tidak bekerja yang menguruskan rumah tangga sepenuh masa. waw..tabik spring. Sesungguhnya anda semua adalah isteri yang hebat dan kuat! 

Nota kaki : Sudah rindu suasana opis yang bz dan happy..Kalaulah ia kekal begitu~

Wednesday, November 2, 2011

Hari Inovasi Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia 2011

Sambutan Hari Inovasi 2011 bagi Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia telah diadakan di Balora Perdana, Ibu Pejabat JPN Putrajaya pada 31 Oktober 2011 sehingga 4 November 2011. Dengan tema "Membudayakan Inovasi", JPN telah mengadakan pelbagai aktiviti untuk mengisi minggu inovasi ini.  Perasmian Hari Inovasi ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, YBhg. Datin Jariah binti Hj. Mohd Said manakala Majlis Penyempurnaan Hari Inovasi ini pula telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, YBhg. Tan Sri Mahmood bin Adam.


Diantaranya ialah Konvensyen KIK (KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF) 2011 yang telah diadakan di Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia di Putrajaya pada 31 Oktober 2011 sehingga 1 November 2011.  Sebanyak 6 kumpulan telah bersaing dengan membawa inovasi untuk dipertandingkan. Diantara negeri yang bertanding ialah Putrajaya, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Kedah dimana mereka mewakili zon masing-masing.

Kumpulan dari JPN Negeri Sembilan yang menggelarkan diri mereka MESRA dengan tajuk projek "Kelewatan Memberi Maklumbalas Status Permohonan Daftar Lewat Kelahiran" telah mendapat tempat ketiga manakala Kumpulan ANGGERIK dari JPN Selangor mendapat tempat kedua dengan tajuk projek mereka ialah "Masa Serahan MyKad @ MyKid Waktu Puncak Sederhana".  Juara bagi KIK 2011 ialah Kumpulan 1Fokus dari Putrajaya dengan membawa tajuk projek "Penyebaran Maklumat Warga JPN Tidak Holistik". 

Beberapa anugerah Inovasi JPN 2011 turut dilangsungkan dengan beberapa kategori yang melibatkan seluruh negeri di setiap cawangan.  JPN Sarawak merupakan negeri yang terbanyak menyertai pertandingan inovasi ini dengan 53 cawangan.  Di antara kategori yang dipertandingkan ialah :-

a) Layanan Urusan Melalui Telefon
b) Perkhidmatan Kaunter Terbaik
c) Persekitaran Berkualiti
d) Pengurusan Kewangan
e) Inovasi
f) Kumpulan Inovatif dan Kreatif.

Bagi keseluruhan, JPN Perak telah memenangi tempat ketiga, JPN Sarawak tempat kedua dan juara bagi Hari Inovasi JPN 2011 ialah JPN Putrajaya.


Tahniah diucapkan kepada yang berjaya! JPN ERA BARU...! 

Beberapa gambar kami iaitu peserta KIK dari JPN Sarawak . (INFINITY)

peace!! ekeke..



INFINITY..



Bergambar dengan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara



candid!!