CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label makmasak. Show all posts
Showing posts with label makmasak. Show all posts

Monday, June 21, 2021

Aiskrim Sumi dan Mangga

Ini tajuknya nanti, mak buat apa Sabtu itu hari.

Okeh. Nak simpan resipi kat sini, kononnya mudah nak cari nanti.

Aiskrim sumi.

Bahan-bahannya.
3 cawan air
1 cawan susu cair
1 1/4 cawan susu pekat manis
3 peket sumi (sumi dibelah empat atau ikut suka kau orang)
1 sudu besar tepung jagung
Perisa atau pewarna yang korang suka

Cara membuatnya:
1. Masak air, susu cair dan susu pekat manis hingga mendidih.

2. Kecikkan api dan masukkan tepung jagung tadi. Kacau hingga nampak pekat dan tutup api.

3. Masukkan perisa atau pewarna yang korang suka. Kalau taknak pun takpe sebab mak tak letak.

4. Sumi yang dah potong empat tadi masukkan dalam plastik aiskrim atau bekas popsicle camni. Mak guna ni saja, senang. Heeee.

5. Lepas tu masukkan bancuhan yang disejukkan tadi dalam bekas popsicle tu. Siap!

6. Masuklah dalam peti ais kome dan tunggulah sampai sejuk dan keras.

 


Aiskrim mangga mak guna resipi ini juga bezanya, sumi tu ganti la dengan mangga.

Just nice dan tak manis sangat. 😘

Selamat mencuba..

#makmasakapaharini #PhoPbyNadeaRamly

Friday, June 18, 2021

Puding Lumut

Bila teringin, mula lah mereka nak masak apa. So, cuba la buat.

First time nih. Tawar pulak. Takut nak letak gula punya pasal. Derhaka lagi dengan resipi. Padan muka. Kahkahkah.

Tapi, dari luaran, nampak cantik tertarik kau memang de bomm khen.  

Sama lah macam iklan. Roti gebu daging tebal yakmat sekali sampai kat kau, biar ku rawat duka nestapa. Tiber.


Resipi carik sendiri eh. Mana entah letak ritu. Huhuk. 

Okbai.

#makmasak #pudinglumut #PhoPbyNadeaRamly

Wednesday, June 16, 2021

Masak lemak cili api ikan masin dengan asam kundang

Ada kawan Nad kasi buah asam kundang. Ku taktau nak buat apa. Buat jeruk, tak makan sangat. So google resipi apa boleh buat, tadaaaaa.

Masak lomak cili api asam kundang dengan ikan masin. So kat situ ada pedas, masin, masam. Which is pada Nad, dikira balance. Nampak belah belah Negeri Sembilan banyak buat gini eh?


Ada sikit lagi Nad try la buat jeruk. Mana tau sekali sekala teringin nak makan kan.

Oh ya. Ini first time Nad tengok buah kundang ni depan depan. Sedih kan. Kahkahkah. 

Biji warna ungu. Takpayah buang kulit. Cuci bersih bersih. Pahtu ikut kau orang la nak buat apa. Nad semalam ku buang kulitnya. 🤣🤣🤣🤣

Tempat korang buah ni dipanggil apa? 

#makmasak #phopbyNadeaRamly

Friday, November 6, 2020

Nasi jagung..🤤🤤🤤

Terima kasih yang beri idea buat nasi jagung semalam. 

Maka lunch kami hari ini, nasi jagung bersama ayam masak merah dan acar timun. Alhamdulilah! 


Timun dan cili kirim kat jiran. 🤭🤭🤭 

#phopbyNadeaRamly #makmasak

Thursday, October 29, 2020

Mee kari..

Mak malas nak phop. Gini sajalah.


Mee kari 'apa-ada-dalam-peti-ais' seadanya. Mujur serbuk kari belum expired. Lain semua dah kena buang dalam tong sampah. 🥴🥴🥴

#makmasak

Monday, October 12, 2020

PKPB di Selangor, KL dan Putrajaya, cuti kensel. Huhuk.

PKPB akan dilaksanakan di seluruh Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya berkuatkuasa 14 Oktober 2020 jam 12:01 tengah malam.
 @IsmailSabri60

.

Cuti mak khamis jumaat ni pun terpaksa cancel.

Moga apak selamat mendarat dan bawak keluar kereta mak esok sebelum tengah malam. 

Stay safe everyone! 



Mak masak simple saja. Nak singgah berbeli, hujan lebat tadi. Syukur alhamdulilah.

Versi pedas sekali ikan goreng semalam campak sekali dalam kuali. Hahaha.

#makdahstartbebel

Friday, October 9, 2020

Spageti olio olio..

Simple saja. Anak yang mahu. Fancy sangat taknaknya dia makan. Gitulah bapaknya pun. 



Mak tanya dia buat derk je. 😎😎

Kalau mak, ada udang. Ada itu, ada ini.

Syukur banyak dia nak makan. Kalau tidak, bergaduh saja. Dekat school elok pulak makannya.

Entahla. Mak jem nak masak apa esok lusa ni. Huah.

#makmasak

Thursday, April 16, 2020

Popsicle homemade

Popsicle buah naga katanya. 

Saja cuba sambil sambil kemas dapur siang tadi. Buah naga jiran beri sekali buah mangga.

Buah potong dadu, masuk dalam acuan dan letak fresh milk. Nak manis letak susu pekat sikit. Yang begini sudah manis manis buah. 🤭

Letak dalam peti ais. Biar beberapa jam sampai elok keras dan makan. Jadilah untuk kau makan anak beranak. 



Alhamdulilah. Dapat rendang ayam petang tadi. Jiran juga yang bagi. Allahuakbar. Seronok betul jiran baik baik ni. ❤️❤️

Nota : acuan ni lama dah beli. Tak guna guna sebab peti ais dulu tak muat. Hahahaha. 

#makmasak

Saturday, April 11, 2020

Sagu hijau oren..

Mak buat hari khamis itu hari. Saja nampak sagu tersengih sengih kat dapur kan. Jadi buat saja lah. Bahan semua ada.

Pewarna pun ada Warna oren dengan hijau je. Kahkahkah. 



Harini jiran bagi lagi makanan. Ayam panggang macam ayam percik tu. Meratah lagi mak.

Ya ampun. Makan saja kerja aku. Saje je jiran jiran mak ni tau. Nak suruh mak gemok lah tu. Hahha..

Terima kasih la Kome. Huu. 

#makmasak

Sunday, February 9, 2020

Pancake paling sedap abad ini!

Mak rasa ini pancake paling sedap mak pernah buat seumur hidup. Serius!

Mak pinjam resipi Tuan Khairul #superdaddy lagi. Dan ini bahan bahannya.

1 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur
1 sudu setengah butter dicairkan

Campur semua bahan. Kacau pakai tangan boleh, nak blend bagi halus pun boleh. Ikut kau rajin ke malas. Mak malas, so mak kacau lima minit pakai tangan.

Panas kan non-stick pan, masak sampai buih buih kecil keluar sebelum kau telangkupkan kat belah satu lagi. Agak agak dah masak, angkat dan hidang.


Sukatan atas ni untuk dua orang makan. Dapat lapan keping. Nak banyak kau orang tambah je sukatannya.

Sesuai dihidang untuk minum pagi atau petang. Selamat mencuba! 😉

#makmasak #nadearamly 

Saturday, February 8, 2020

Puding triffle

Plan nak bawak dadih atau buah buahan potluck semalam, sekali rasa malas pulak. Niat hati memang nak sesuatu yang di masak sendiri. So mak pun Google la resipi puding.

Dan mak jumpa resipi puding triffle ni. Tengahari time rehat tu mak keluar kejap beli bahan bahan.

Resipi mak ikut Rasapop punya. Swiss roll cake dipotong dan disusun dalam bekas. Satu tin buah buahan campuran ditos air nya. Airnya jangan di buang. 

Layer pertama mak guna susu cair, tepung kastard, setengah cawan gula dan air. Masak atas api sampai likat.

Tuang atas kek yang dah susun dalam bekas tadi. Oh sebelum tu basahkan sikit kek tu bagi lembap dengan air buah buahan yang dimasak dengan serbuk agar agar dan air.

Lepas dah tuang layer pertama, letak buah buahan yang dah tapis tadi. Biar sejuk sekejap then baru masuk layer kedua iaitu air buah-buahan yang di masak dengan agar agar tadi.

Masuk dalam peti ais dan biar sejuk. Boleh makan dengan gembiranya. Hohoo.

Mak dapat buat untuk taska Aisyah sekali. Alhamdulilah cukup bahan nya.

Dak opis kata pun sedap. Bukan amik hati ye. Realiti. Kahkahkah. Rasa macam eskrem katanya. Ouch!

Okeh. Gambar pertama tu sebab mak terlangkupkan dia. Gambar kedua sebelum ditelangkupkan. Dan gambar ketiga nampak lebih menarik kan. Kahkahkah.




First time buat ni. Tu debo semacam. Okbai.

#makmasak #nadearamly 

Sunday, January 12, 2020

Kek cawan coklat..

Beria mak kau Aisyah Maritza buat kek dalam cawan konon. Untuk breakfast katanya. Tapi dah nama takde seni bake mem bake, kek cawan senang pun tak jadi.

Dah macam apam jadinya. Kahkahkah.



Mak memang ikut betul betul kat plastik tu cara buat nya. Mungkin mak pergi letak dalam papercup tu sedangkan kena letak dalam cawan tahan haba. Mungkin juga sebab mak pergi tambah masa lagi setengah minit sebab nampak macam tak masak.

Apa pun mekaseh la anak makan kek apam coklat mak yang pejal ni. Cup kedua nampak sangat taknak makan dah. Kahkahkah.

Ini la salah satu sebab kenapa mak tak buat kek. Kompom tak jadi. Baik aku masak lauk. Campak campak pun jadi jugak.

Ah. Frust!

Nota : beli kat kedai ECO ni. Takde la ralat tak jadi pun kan. Kahkahkah.

#makmasak #makbebel

Wednesday, January 8, 2020

Ikan masin pembuka selera. Pheww.

Pembuka selera berbuka tadi. Alhamdulilah.

Balik kerja tenggek nasik, ketung ketang ketung ketang, siap! Kurma daging tak pandang dah.

Depa dok cerita pasal ikan masin kat opis tadi. Terus up jadi. Sanggup cari ikan masin tu. Kahkahkah.


#makmasak

Saturday, January 4, 2020

Nasi goreng sukatimakdiva..

Mak buntu nak masak apa. Jadi kita campak campak saja apa ada di dapur.

Nasi. Lebihan sup ayam. Tujuh ketul nugget goreng.

Nah. Jadilah nasi goreng sukatimakdiva.



Mak tinggalkan tiga ketul buat sambal nugget goreng. Sambal pun ambik yang mak buat lebih dulu dan simpan dalam peti ais. Panas kan semula dan campak nugget tadi dan gaul rata. Mak ni melayu jawa. Kena laaaa ada pedas kalau makan.

Jangan tanya takde gambar deko deko ke minggu ni. Mak malas. Mood mengemas entah kelaut. Mood masak pula membara bara.

Oklah. Selamat menjamu selera.

#makmasak #makbebel

Scrambled egg.

Breakfast western katanya.

Scramble egg.

Dah bangun pukul 7, sejenis lapar macam mak, jadi mak buat lah benda paling mudah dan cepat.

Tiga biji telur.
Isi ayam. 
Bawang merah didadu.
Sesudu mayonis.
Susu segar.
Secubit garam.
Mix herbs.
Daun sup. 

Gaul rata dalam bekas dan masukkan dalam microwave. Set masa dua minit setengah. Siap.


Sukatan agak agak saja. Selamat bermalas malasan di hari minggu.

#makmasak #makbebel

Saturday, December 7, 2019

Bengang je..

Bengang lantai bercapuk sebab ada orang kata mop lantai dengan softener + cuka + air panas akan jadi berkilat, jadi lah dua lauk ini.


Maka sebelum ikut tips tips tu, kajilah dengan lebih mendalam. Sesal kendian tidak berguna. Warghhhh!

Aisyah makan banyak. Sedap la tu. Hahahhaha. Okbai.

#nadearamly #makmasak

Wednesday, December 4, 2019

Bubur nasi Noxxa

Terlelap sebelah anak lepas magrib tadi. Bangun saja alhamdulilah segar sedikit. Lapar pula.

Mujur bubur nasi pagi tadi ada lagi. Mak sempat masak sebelum bawa Aisyah Maritza ke klinik.


Alah. Masuk beras, sayur sedikit, garam dan susu segar, tekan HP20 kat Noxxa. Sesambil tu boleh buat kerja lain.

Sukatan beras 1 pot, 5 air. 2 pot beras sama dengan 10 pot air.

Ini saja goreng bilis buat krup krap krup krap.

Mak memang kerja nak cepat siap je. Kahkahkah.

#makmasak #nadearamly

Saturday, November 23, 2019

Masak lemak ikan simple

Masak laju laju sebab banyak lagi kerja nak buat siang tadi. So, lauk ini lah Aisyah makan semangkok habis.


Tak cukup dengan itu masa mak makan pula dia mintak suap lagi. 😂😂😂

Mujur ada daun kunyit sehelai hasil tanaman yang tak berapa jadi tu. Kahkahkah. Okbai.

#makmasak

Omelette first trial dari microwave. 😂😂😂

Dah lama dah adik ipar mak bagi microwave ni. Bulan ogos itu hari tapi sebab masa tu table top tak buat lagi maka mak simpan lah dulu. Tak muat ui. Dapur dengan Coway saja dah penuh. Huu.



Ni sempat la mak snap dulu di diva posing hahahha. 

So dah boleh letak ni maka mak cuba lah. Bedebor juga sebab mak tak pernah juga microwave. Hahahhahaa.

Jadi berpandukan manual yang diberi, mak cuba la resipi pertama dari microwave ni. Omelette dalam cawan nama diberi. Kahkahkah.

Mak guna telur dua bijik. Sedikit isi ayam. Tomato. Daun sup. Sedikit garam dan oregano. Gaul rata dalam cawan.

Masukkan dalam microwave. Ini mak guna Health Cooking. Mak taktahu berapa minit sebab dia dah set sesiap dah. Tapi kalau tak silap dalam 6 minit.

Tunggu kejap dan dah siap.


Jadilah breakfast dua beranak. Hahahaha. Aisyah pun makan je nampaknya.



Nanti la mak try resipi lain. Bedebor lagi nak guna. Hahahahha.

Selamat berhujung minggu. ❤️❤️❤️

#AisyahMaritza #AMjourney #1y5m #makmasak

Saturday, November 16, 2019

Nasi goreng ayam nugget

Bila mengemas rumah, jadi lupa pula nak makan.

Dah duduk nak melipat kain, baru rasa lapar. Jadi buat benda paling senang dan cepat.


Nasi goreng ayam nugget ada carrot.

Makan lah kau berdua ha dua beranak. Syukur alhamdulilah.

#nadearamly #makmasak