CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, January 24, 2016

Jangan cuba cuba datang Cafe De Boy's ni. Menyesal!

Menyesal!
KakJojes sungguh menyesal datang sini.
Korang pun jangan cuba cuba datang sini.

.

.

.

.

.

.

.

.

Sebab nanti korang asyik nak repeat datang.
Sebab makanan sedap.
FRESH.
Air buah dia PURE walau pada masa kami datang pilihan diberi hanya dua iaitu limau dan epel.
Sebab dia tepi LAUT!
Dan sebab cafe ni osemmmm!

Tajuk saspen.
Bahahaaha~

KakJojes sajes sape ke Langkawi, sila la jangan lepas peluang try makanan kat sini.
Khabarnya di Langkawi, cafe De Boy's ialah yang pertama membuat konsep shell out nih!
Woooooowww!


Somi tersenyum simpul.

Kat mana cafe De Boy's ni?
Terletak di Kuala Teriang.
Namun agak tersorok.
Untuk memudahkan pencarian, boleh waze Sea Side Guest House.
Atau terus waze nama cafe De Boy's ni.
Nak cakap pun tak reti sebab somi yang bawak.

Taraaaa...


Ini kami share berdua.
Boleh request nasik atau kalian mahu ratah begitu saja.
Lala dia besar besar wehhhhh!
Fresh pulak tu.
Wuuu.

Sambil meratah dan menikmati ke'fresh'an udang, sotong, ketam, lala itu,
Kalian akan dihiburkan dengan muzik jazz yang KakJojes rasa wuuu, tenangggnyaaaaa.


Sambil angin bertiup sepoi sepoi bahasa menampar muka.
Cewahhh.
Drama sangat.
Betul betul tepi laut.
Which is KakJojes memang suka laut.


Ini share berdua.
1 set ini berharga RM35.
Berdua pun jenuih juga nak abehkan.
Sape kuat makan,
Penggila seafood,
Boleh la amik sorang satu set.
Fresh okeh.!

Mahal?
KakJojes rasa affordable je harganya.
Taktahu lah orang lain.
Masakan pun sedap sampai menjilat ibu jari kaki.
Bahahahaha.

Okeh, untuk tambah nasi dan air,
Opkos la harga lain.
Kemain korang nak harga tu jugak.
Dah kata tadi, 1 set tu,yang lauk lauk itu saje.

Bagi yang kenal KakJojes.
Korang tau kan haku ni jenih payah abes minum air maneh maneh meleting nih.
Tapi.
Air oren osem yang KakJojes hoder nih.
Buat KakJojes sedut sampai habis dan ais dia aku kunyah.
Suami order air epal.
Tu pon sebok haku dok sedut sikit.
Mengendeng.
Nak rasa..
Selain dari dua air buah ni,
Pilihan lain ialah air tin.
Rugi lah datang jauh jauh tak rasa air buah depa.
Air tin buleh beli kat kedai.
Muahaahhaa..


Rilek je bekas dia.
Tapi sedap tu tahap sedut sampai abes.
Tekejut somi KakJojes melihat daku menghabiskan air yang sebelum ni dia lah yang tukang abiskan air KakJojes.

Okeh.
Dari segi layanan.
KakJojes puas hati.

Tempat.
KakJojes kasik 5 bintang.
Tapi.
Kalau korang jenih jaga standard,
Nak makan berekon.
Awal haku cakap ni,
Sini bukan jiwa kalian.
Sini ade ekon semulajadi.
Kang menggelupur pulak sebok nak berekon.


Okeh, abeh makan.
Jangan salah faham.
Bukan KakJojes sorang makan ni.
Berdua dengan somi.

Disaran datang Cafe De Boy's ni awal.
Peak time mereka adalah jam 9 malam ke atas.
Memang ramai.
Takut takdak meja.
Kami datang awai.
Dan masa kami datang memang tak berapa ramai orangnya.

Semua pekerja KakJojes lihat adalah lelaki.
Mungkin sebab tu nama cafe depa De Boy's.
Kih3.


Waktu operasi ialah bermula jam 5 petang hingga 12 malam.
Hari selasa tutup.

Apapun, jangan lupa LIKE Facebook depa.
Support mereka dan rasai pengalaman makan yang osem di Langkawi.



Zassss..


Cik Putih ke Langkawi..

Ingat entri KakJojes naik skybridge tu?
Okeh, itu last jumpa somi.
Dan kali ni KakJojes dapat jumpa somi semula...
Yayyyyy!

Untuk orang yang bekerja makan gaji seperti KakJojes dan berjauhan dengan suami,
Cuti haruslah diambil dan digunakan sepenuhnya.
Memandangkan somi memang susah cuti maka KakJojes haruslah berkorban sedikit demi beliau, suamiku tercenta.
Cewahhhhhh..

Kali ini berbeza sikit sebab KakJojes perlu bawa Cik Putih bersama.
Suami memerlukan khidmat beliau disana.
Dan maka dengan kenangan dan jasa yang Cik Putih curahkan selama dengan KakJojes,
KakJojes dengan ini menyerahkan semula Cik Putih kepada tuannya semula.
Sobssss..

Jam 6 pagi, 23 Januari 2016,
Cik Putih meluncur laju meninggalkan base Lumut dengan seribu kenangan.
Menuju ke destinasi baru bersama En. Suami.
Ke.

.

.

.

.

.

.

.

Langkawi.
Hoyeh..

Sebagai balasan.
En Somi menggantikan KakJojes dengan Cik Jojes untuk berkhidmat kepada KakJojes.
Siapa Cik Jojes?
Biarlah rahsiaaaaaa..

Segala dokumentasi Cik Putih telah disiapkan seminggu sebelum bertolak.
Langkawi Auto adalah pilihan kami memandangkan sebelum ini kami pernah gunakan servis mereka.
Alhamdulilah, segalanya dipermudahkan.
Bagi kereta yang dibawah 2000cc, harganya berbeza dengan dibawah 1300cc.
Boleh google Langkawi Auto untuk maklumat.

KakJojes bertolak jam 6 pagi dimana sepatutnya Kakajojes dah mula bergerak jam 5 pagi untuk sampai jam 10 pagi di Kuala Perlis.
Namun, satu kejadian telah berlaku dimana alarm KakJojes tidak bebunyi.
Dan KakJojes hanya terjaga pada jam 5.30 pagi!

Kelamkabot bersiap lah..
Mujur barang2 dah loading malam tu.
Memang terus pecut.

Amazingly.
Lumut - Kuala Perlis, KakJojes buat dalam masa masa 3 jam setengah!

Somi kata, semua jalan dia pecut 160km/jam.
Kawan kata, laju nya woiiiiii..

KakJojes perlu sampai jam 10 pagi sebab dah mula checkin masa tu.
So KakJojes tiada pilihan melainkan pecut.
*kene cek saman nanti nih,wuuu.

Jam 9.30 pagi, KakJojes dah sampai depan kaunter Langkawi Auto.
KakJojes terus ke kaunter dan checkin.
KakJojes diberi kertas berwarna hijau untuk diberikan semasa loading Cik Putih kelak dalam feri.

KakJojes call suami.
Tak dapat.
Call lagi.
Tak dapat.
Whatsapp.
2 tick tapi tak biru.
KakJojes call semula.
Dapat ada ringing tapi tak angkat.
Banyak kali call tak dapat.

KakJojes mula resah.
Cik Putih perlu checkin selewat lewatnya jam 10.15 pagi.
Suami dah bitahu semalam.
Feri beliau dari Langkawi ialah jam 9 pagi.
Dan dijangka sampai jam 10.30 pagi.

Camana ni..
Camana ni.

Mula rasa resah.
Kakjojes takde pengalaman nak uruskan semua sorang2 nih.
Nanti suami sampai, kakjojes dah naik feri cane.
Tak sempat nanti cane.
Macam2 dalam kepala kakJojes fikir.

Jam mula menghampiri 10 pagi.
Kakjojes nekad, KakJojes perlu juga naik RORO itu tanpa suami kalau beliau tak sempat sampai.

Tiba tiba.
Whatsapp masuk.

Papa sampai dah nih.
Mama kat mana.

Rasa nak melompat!
Somi sampai dahhhh.
Yayyyy!

Selepas lokasi diberi, suami mula carik KakJojes.
Alhamdulillah.
Legaaaaaaa woi.
Jumpaaaa.

Feri laju pulak kali ni katanya.
Tu sampai awal.
Fuhhhhh..

Nak pinsan dah rasa tadi.
Hahahahaha..

Tiba masa yang ditetapkan, Cik Putih pon loading ke dalam RORO.
*depa kata RORO, KakJojes pon ekot la sebut RORO*
kih3.


Taraaaa..
Cer teka mana Cik Putih.

Masa ini kami dah naik ke tempat penumpang.
Nak duduk dalam kereta pun boleh.
Takde masalah.
Tapi KakJojes ambik kesempatan ini tuk explore kapal RORO ni.
Dan bergambar opkoslah.

Jam 11 pagi, RORO mula bergerak meninggalkan jeti Kuala Perlis.
Bersama kereta kereta dan penumpang yang lain.


Ini pemandangan dari atas feri.
Cantik kan.
😊

Ini ruang dalam feri.
Siap ada cafe tau.
Jual roti bakar. Megi.
Air.


Harga takyah compare dengan kat darat.
Nama pun feri,
Atas air.
Maka, harga ialah standard cruise.
Hohoo.


Kami lapar, tak makan lagi.
Jadi ajak somi beli roti.
Dan kakjojes makan megi atas feri inj berharga rm3.


Jam 1.15 camtu, kami sampai ke jeti.
Bukan jeti kuah okeh.
Dia ada jeti lain khas tuk kereta.
Iaitu terminal Tanjung Lembung.
Dekat dengan Bukit Malut.
Dari dalam feri, memang boleh nampak.


Dan finally, Cik Putih berjaya menjejakkan kakinya a.k.a tayarnya di Pulau Langkawi.
Alhamdulilah.

Duduk baik baik dengan papa okeh.
Mama gonna miss you sayang..

Okeh, jom bawak Cik Putih kenal jalan Langkawi.

Orang tanya KakJojes.
Tau jalan ke pi Kuala Perlis.
Berani ke drive jauh jauh.
Suami bagi ke drive sorang2.
Kenapa pergi sorang.

Jawapan KakJojes mudah.
1. Percaya Allah SWT.
2. Restu SUAMI penting.
3. Kepercayaan SUAMI itu PERLU.
4. Perlu lakukan juga sebab hanya itu PILIHAN yang kita ada.

Kalau navy dikira seatime mereka di laut.
KakJojes boleh kira kilometer atas darat.
😊

Kawan kawan kata,
KakJojes wanita besi.
KakJojes senyum saja.
Mungkin sebab itu kot suami pilih KakJojes.
Kot la.

Hadap saja ape depan mata.
Korang saja tahu kemampuan korang.
Dan takde sape nak tolong diri korang melainkan diri korang sendiri.

3 jam setengah dari Lumut ke Kuala Perlis.
Itu memang tak pernah terfikir.
Terima kasih Allah permudahkan semuanya.

Entri makan best kat Langkawi?
Adaaaaa.
Tunggu tau.
Zassss..

Wednesday, January 20, 2016

Ada Akademi Jualan. Fuyyooooo~

Zaman ekonomi merudum, orang ramai buat dua kerja..
Especially masuk bidang bisnes.
Bila terus terjun tanpa ILMU, mula ada masalah.

Pakar kata, bukak kedai, labur beribu ribu, bukan jalan terbaik berbisnes.
KakJojes takmo  la cakap banyak banyak sebab KakJojes pon masih belajar ilmu ilmu bisnes yang besar nih.

Harus diingat, SELLING & MARKETING adalah dua benda berbeza.
Dan kalian perlu buat dua dua ini untuk bisnes anda.

Anda claim anda PAKAR JUALAN?
Tapi SALES tak memberangsangkan?
Buat marketing kaw kaw tapi SALES kurang.
Tapi claim juga PAKAR JUALAN.

Camane tu?

Belajarlah.
Pergi kelas JUALAN.
Banyak je orang pegi kelas MARKETING.
Sedangkan bidang SALES pun penting dalam elemen berbisnes.
Pergi kelas TEORI.
Beribu ribu.
Tapi hampeh je.
Buat ape.
Jarang pulak dengar orang pegi kelas JUALAN.

Tapi ni ha ade je kelas jualan.


Ni KakJOjes dah register dah kat Akademi Jualan.
Sebab KakJojes tau KakJojes tak reti menjual.
Bukan Akademi Fantasi okeh.
Tu nyanyi nyanyi.
KakJojes mana reti nyanyi.

Eh, Shasha pon tau pasal Akademi Jualan ni.
Fuyyoooo.
Caya lah Shasha.



Apapun begantung kat diri sendiri.
Pergi kelas merata tapi tak de TINDAKAN, tak guna jugak.

Jadi, jom la register reramai.
Baru osem dan boleh claim pakar jualan.
Hohoooo…


Hubungi nombor itu ya.

Zasss.

Nadea Ramly

Sunday, January 17, 2016

Rahsia kebal tahap GABAN muka sardin.

Nota ini tulisan yang berbahagia Tuan Hellas.

Jurujual Jalanan!

+berniaga depan bank!
+main aci kejar dengan penguasa!
+kekadang diusir pengurusan bank!
+tumpang niaga depan restoran atau gerai makan!
+kekadang dicemuh pekedai atau pelanggan!
+ngacau orang nak menjamu selera!

Tetapi..

+depa tetap muka sardin!
+apah tak rasa!
+tak makan saman!
+ditolak atau direject muka tetap berseri tersenyum!
+alah bisa tegal biasa katanya..
+Buat benda baik memang banyak halangan katanya..
+merata tempat depa ini ada!

Apakah ilmu yang depa pakai!
Siapakah yang ngajo depa ni!
Kebal dengan pancaroba tahap Gaban!
Tingkah laku terlatih pula tue..

Bila ditanya..
Berapa untung kerja ni dik?
Ada laku ke dik!
Depa sengih jer!

Sesi PREVIEW AKADEMI JUALAN akan membocorkan rahsia pendapatan mereka ini!
.
.
.

InsyaAllah Tuan Puan juga mampu menjana pendapatan dengan keyakinan!

Percaya pada diri dengan harapan dan keyakinan. Menuju puncak bersinar cahaya..
( Eh! Ternyanyi lagu akademi fantasia plak kiter..hehe)

Puan , apa antara content dalam Preview Akademi Jualan sekiranya kami bayar yuran ni? 

( harga di beri melalui balasan email setelah mengisi borang  melalui online )

Ha'ah betul jugakkan? Takkan nak bagi duit buta buta jerkan?

Tak pernah dengar plak tu nama akademi jualan apatah lagi Mentor yang terlibat
* adalah normal penama yang sudah di kenali umum menjadi kayu ukur sesebuah seminar mahupun bengkel berbayar*

> YANG FREE pun sama. Hehe.

Maka dengan ini 0.01% module akedemi jualan di selak untuk paparan umum.

Berkenaan akademi jualan disini saya maklumkan secara kasar khas untuk paparan umum apakah UNIK Akademi Jualan .

1. Praktikal lebih diutamakan
 JUALAN berlaku secara  parktikal kepada prospek  bukan teori  . 

Teori bermaksud tiada  peperiksaan di atas kertas  bagi  mengukur pencapaian pelajar .

Kejayaan menjual dan  mendapatkan aliran tunai . Itu  yang  di  maksudkan  praktikal

2. One on one teach and learn.
Belajar menjual bersama mentor secara terus  di  lapangan .

3. Fasi memang terlibat 100% dengan seni menjual.

Sesi menjual fasilitator berada  bersama bagi membimbing  pelajar semasa  practical  jualan berlaku .

Jual barang dapat duit . Fasilitator membimbing secara terus semasa  urusniaga  berlaku  mahupun  tidak .

Kegagalan menjual  terus  dikenalpasti sekiranya  gagal  berlaku  jualan .

Berminat?
Berikut adalah email /  Whatsapp serta borang Akademi Jualan.

Email : akademijualan@gmail.com

Whatsapp sahaja: +601132616868

Borang Permohonan
https://docs.google.com/forms/d/1I4fIsD0EYopc7D3CzB9XPIy93SwKgcJn-Orw-skHEHA/viewform?c=0&w=1



Friday, January 15, 2016

Food Lab Ipoh~

Harituuuuuu.
Kawan kakjojes bawak pegi makan.
Dekat FoodLab.Ipoh.


Okeh.
Makanan yang lain tu props je hokeh.
Kakjojes tak makan banyak tu.


Ini nama dia Mary Had A Little Lamb.

Siyesss laaa..

Tengok menu depa.
Rare!




Masa nak order rasa macam nak nyanyi.
Bahahahaha.

Pahtu otomatik nak ingat filem tu cerita camana.
Tahpape..

Hiasan dalaman rileks je.
Cool.
Pakai palet kayu tu.
Buat meja.

Tak perlu nampak mewah untuk tarik pelanggan.
Makanan osem.
Cepat sampai.
Sabar layan karenah pelanggan,
InsyaAllah orang datang lagi.




Meatball itu homemade tau..
Kita rasa, sedapppp!



Penuh mejaaaa haaaa..

Tau dak sape yang bertanggungjawab keatas kehancuran diet kakjojes malam tu?

Ni ha..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Mereka ini lah yang bertanggungjawab bawak kakjojes dan rerakan makan memalam.
Huhuhuk..

Apepon,
Terima kasih sahabatku Puan Ratnah dan suami beliau Encik Wan.
Depa ni memang kaki makan.
Tengok fb depa asek pegi makan saje.
Huuuuuu~

Oh, FoodLab.Ipoh ni area RTM Ipoh.
Korang waze je lah.
Bab jalan jalan ni Kakjojes fail sikit.

Huhuhuk~

Belanja gambar petang sebelum g makan.
Kita release tension dulu.





Jumpa lagi di lain entri.
Zassss~


Saturday, January 2, 2016

Overnight Oat katenye~

Ini nama dia resipi sukahati.
Sebab terlupa beli yogurt.
Maka, mari ekot kreativiti sendiri.


Tapi.
Bahan bahan ini, sila sediakan dahulu.


Susu kambing tu ganti yogurt yang lupa nak beli tu.

Eh, lupa.
Nama resipi nya ialah Overnight Oat.
Rasanya lah.
Hahaha..

Kenapa overnight?
Sebab korang kene simpan dalam peti es semalaman.

Dah nampak bahan bahan nya?
Mari lihat camane cara membuatnya.

Gunakan bekas apa apa sahaja kesukaan anda.
Saya guna botol #bilispedasmeletops.
Ade orang guna botol prego tu.
Boleh je.

Okeh, mula mula.
Letak oat dilapisan bawah sekali.
Kendian, letak yogurt. 
*kakjojes ganti dengan susu kambing tu.*
Letak berselang seli sehingga botol penuh.
Tapi jangan penuh sangat.
Sebab nak letak buah masa nak makan nanti.
Okeh, tuang susu segar.
Kakjojes letak air yogurt tu sikit tuk ada rasa sebab kan yogurt lupa beli.
Huhuhuk.


Pastu tutup, letak dalam peti ais.
Esoknya, keluarkan dari peti es.
Potong buah peberet korang.
Kakjojes tak jumpa stoberi.
So letak je la anggur yang dipotong potong.
Tabur atas oat korang tu.
Pahtu ngappp la makan..

Kakjojes buat bekpes tau.
Dengan HKCC skali.
Gituuuu~


Kenyang!
Pahtu LAWAS..
Fuh..
Legaa..

Tapayah lunch,,bahahahah.
Kate nak kuruih.

Okbai~


Friday, January 1, 2016

Potato Salad yang mudah, ringkas dan kenyang.!

Haritu, kawan kakjojes ada bagi potato salad.
Husband beliau suka katanya.
Dan dia buat lebih untuk kakjojes.
Balik kije disuruhnya kakjojes singgah umah beliau untuk amik.
Sekali sedap daaaa..

Dan.
Kakjojes pon meminta resipi.
Lalu membuatnya.
Taraaaaaa..


Dan mendapat pula sambutan ramai di Facebook.
Meminta resipi.
Dan ini kakjojes sertakan resipinya.

Bahan bahannya
1. Kentang
2. Mayones
3. Sedikit kiub pati ayam
4. Lemon
5. Daun sup

Cara membuatnya.
1. Buang kulit kentang. Tinggai sikit2 pon xpe. Tapi cuci bersih bersih. Potong dadu dan ekot suka nak besar mana. Rebus dan letak garam supaya kentang masin masin sikit.

2. Lepas kentang empuk sikit, angkat dan tos kan. Masa tos suam2 tu tabur kiub ayam tu. Pahtu masokkan mayonis. Sikit cukup.

3. Pahtu potong daun sup. Perah lemon sikit. Gaul rata.

4. Simpan dalam peti. Dah sejuk baru makan.

Siap..!

Mudah kan?

3 malam makan.
Kenyang dan kakjojes tak makan nasik malam.
Sesuai untuk korang yang nak kurus.

Selamat mencuba..