CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, September 27, 2019

2019 : Pantai Teluk Kemang, Port Dickson.

Itu hari, masa nak hantar acu balik UiTM Seremban, plan nak pergi Port Dickson sekali. So, maknanya mandi laut lah. Hoyehhhh.

Mula mula mak risau juga sebab Aisyah ni mungkin takut laut yang luas terbentang tu tapi sebenarnya berlaku sebaliknya. Haih. Nama pun anak navy bersara.  Laut dan mereka tak dapat dipisahkan.

Moh la kita layan gambar yang sempat mak snap ni buat kenang-kenangan.
 
zasss...
 















































 
Ini video pulak. Kita simpan juga la buat kenangan.
 
 
 

So last sekali macam biasa lah, kita bergambar la kat tulisan besar gabak ni tapi masalahnya memang karang jadi jauh. so begini saja lah.hahahaha. 
 
 
Nampaknya diva suka laut jadi lepas ni mak kena selalu bawak pegi mandi laut la kan. kan kan kan.
Okbai.
 
#AisyahMaritza #makbebel

 

Monday, September 23, 2019

Berdaun dah pokok kunyit mak.

Mula mula masa abah mak tanam kan dulu, mak tak yakin langsung ia boleh hidup begini. Mak tunggu tiga minggu ia masih begitu. Mak hanya nampak rumput rumput kecil yang tumbuh menumpang pasu ini.

Pagi semalam baru mak perasan, ia sudah mula menunjukkan daunnya.

Mak ini, tidak minat berkebun sangat. Masa kecil dulu, hanya tolong tolong abah di kebun atas bukit belakang rumah saja. Masa abah perlu kerja luar, ada lah jugak mak diamanahkan untuk siram dan petik sayur sayuran yang dah boleh dituai hasilnya. Namun, nak menanam sendiri, mengusahakan sendiri, tidak lah nampaknya. 

Entah kenapa lepas pindah rumah sendiri, abah saran kan mak tanam beberapa pokok yang boleh di gunakan untuk memasak. Sanggup dibawanya serai dan daun pandan dari Kampung. Dan beli pasu dan baja untuk mak.

Maka hari hari lah mak perlu hantar laporan pada abah, pokok sudah disiram kah. Sudah digemburkan tanahnya kah. Hidup atau mati kah pandan nya itu.

Begitulah. Gembira kan abah kau kan satu pahala.

Sekarang, mak minat pula mahu belek belek pasu pasu ini selalu. Terapi. Juga tanda tanggungjawab mak pada amanah yang abah beri tentang pokok pokok ini.

Bila sudah diberi amanah, walau hanya sepokok kunyit, ia tetap amanah. Mungkin nanti bukan kau saja dapat manfaat, jiran jiran kau dan orang keliling kau juga mungkin dapat merasa.

Namun semua itu atas kau juga . Yang mahu siramnya hari hari kah. Bajai nya selalu kah. Atau mahu biar ia layu dan akhirnya mati. 

Begitu juga kehidupan. Ada naik turun nya. Saat kau rasa jatuh, teruskan bangun dan berjuang. Ia mungkin sakit dipermulaannya, ia mungkin perit dipertengahannya namun InsyaAllah ia mungkin manis dipenghujungnya.

Dugaan? Sabarlah. Tuhan takkan uji diluar kemampuan kita. 😊


Regards,
Mak
Yang Masih Tersenyum Walau Perit

#makbebel

Sunday, September 22, 2019

Nak pergi playground!

Dia tunjuk playground. Suruh mak bawak pergi sana.



Mak bawak juga tapi dah nak dekat sampai mak pusing balik. Hahah. Jadilah. Tunjuk je tadi kan. Tak suruh turun kan. Okbai.


#AisyahMaritza #AMjourney #1y3m

Spageti untuk lunch..

Taktahu nak masak apa. Ini saja lah ha.


Tak lama kendian MakLong dia pun datang bagi bubur nasi dengan taufufa. Alhamdulilah. Rezeki Aisyah.

Jenuh nak fikir masak apa. 🤦‍♀️

#makmasak

Saturday, September 21, 2019

Masih ingat saya?

"Masih ingat saya?"


Lelaki berbadan sasa yang duduk dihadapan KakJojes dan dua orang lagi panel tribunal mengangguk. 

"Ya, saya ingat cik." Katanya. Senyum. 

"Benda sudah mahu jadi Cik walaupun Cik pernah cakap jangan jumpa Cik dalam sesi tribunal masa Cik kahwinkan kami dulu." Sambungnya lagi. Tunduk. Kesal mungkin.

"Baik. Boleh kita mula?" Dan KakJojes masih disitu, menguntum senyum.

.

Usia perkahwinan, dua tahun setengah. Mahu berpisah.

Alasan, taktahu apa isteri mahu. Juga jauh dan tidak duduk sebumbung. Campurtangan keluarga pula hujah si isteri selain suami tidak kisah hal dirinya dan anak.

Dan perang 'cerita' dan 'fakta' pun bermula.

KakJojes senyum saja. Kita tunggu pendengaran ketiga. Kebenaran akan muncul jua. Tidak dapat didamaikan? Mahkamah kan ada. Berlawanlah kalian disana.

KakJojes belajar apa lagi hari ini? Syukur. Ya, syukur. Yang tak semua orang tahu syukur itu apa, bagaimana dan mengapa.

Sesi tribunal untuk lapan fail hari ini tamat pada jam 1.30 tengahari. 


Oh ya. KakJojes yang kahwinkan mereka dahulu. Kau rasa lepas itu KakJojes rasa apa? 

Aimi Nadiah Ramli
Yang Masih Syukur

#kakjojesatwork


Thursday, September 19, 2019

Vroom vroom..

Berat semasa : 9.7kg
Tinggi semasa : 74 cm


Alhamdulilah di usia satu tahun tiga bulan, dah pandai membebel entah apa biji butir. Mak layan saja lah. 

Nota : Gambar terobek itu hari. Sekarang cuaca tak bagus nak bersiar siar.

#AisyahMaritza #AMjourney #1y3m

Wednesday, September 18, 2019

Nasi goreng kampung mak

Kau orang misti nak tanya resipi kan. Senang saja. Apa ada dalam peti ais kau, kau olah lah sendiri ikut suka kau.

Ada belacan, buat lah nasi goreng belacan. Ada cili api, buat nasi goreng cili api. Ada cendawan, buat nasi goreng cendawan. Nama pun kau yang nak makan, kau letak lah apa kau nak dalam tu. Takkan itu pun nak tanya orang.


Ini, nasi goreng kampung mak. Kampung Paya Jaras Dalam. Rupa tak macam nasi goreng biasa kan. Mistilah. Dah kampung mak. Bukan kampung kau orang. Takkan nak sama pulak. Okbai.

Syukur alhamdulilah makan dua beranak.

#makmasak

OOTD ini hari..

Bangun pukul 6 pagi, mengekor mak sana sini. So, ini OOTD hari ini. Pagi tadi dah siap mandi. Mudahkan sedikit Ibu, cikgu dan ummi.


Macam pantun dah kenapa.

#AisyahMaritza #AMjourney #1y3m


Tuesday, September 17, 2019

Nasi goreng sardin

Ada leftover lauk sardin itu hari dalam peti maka jadilah nasi goreng sardin buat dinner ini malam.

Hancur kan ikan sardin dengan kuahnya dan goreng sekejap. Masukkan nasi dan tutup api. Siap! 


Mak memang balik kerja terus masak nasi. 😉

Jerebu makin teruk di Manjung. Sekolah sudah diarah tutup. Yang bekerja pula tetap perlu bekerja macam biasa. Moga kami semua baik baik saja.

Pssst. Ada kata yang bekerja ni bernafas pakai insang. Mak baca komen tadi. Okbai. 

#makmasak #makbebel

Monday, September 16, 2019

Murtabak Nasi

Sebab lauk dah habis siang tadi dan mak malas nak masak lauk lagi, maka ini yang terjadi. Murtabak nasi untuk anak kau dan kau yang semedangnya lapar tak sudah sudah.

Bahan bahan nya kau guna saja apa ada dalam peti ais kau. Bukan peti ais mak kau, atau pun peti ais jiran kau. Tapi yang penting nasi misti ada. Dan telur.

Dadu kecil bawang merah, carrot dan isi ayam. Racik sikit daun sup yang kau beli kat kedai runcit Pak Maun itu hari. Hashtag #BMF.

Kemudian kau masukkan dalam mangkok semua nya dan gaul rata. Kau letak la garam sikit. Tak kisah la garam bukit ke garam gunung ke. Buat rasa sikit.

Panaskan kuali non-stick Tefal yang laki kau hadiah kan tu dengan sedikit minyak. Takkan pakai air pulak kan. Lepas minyak tu panas, kau cedoklah hasil gaulan yang penuh kasih sayang tadi dengan sudu. Nak pakai tangan pun boleh. Air tangan mak mak ni kan power.

Ratakan. Tak terlalu tebal. Tak terlalu nipis. Yang sedang sedang saja kata Iwan Dangdut. Lepas tu kau terbalik kan lah bagi kedua dua belah nya masak. Api pun sederhana ya. Karang hangus anak kau pun tak selera nak makan apatah lagi kau kan.

Letak dalam pinggan putih ke hijau ke biru ke sukati kau lah dan susun lawa lawa untuk kau ambik gambar. Kemudian kau uplod la kat fesbuk buat tatapan umum.


Kenyang dia jangan cerita. Sedap pun iya. Kahkahkah.

Jadilah dua beranak makan ini malam. Syukur alhamdulilah.

#AMfoodjournal #makmasak



Friday, September 13, 2019

Tricycle Magic Stroller hadiah dari apak..

Harini mak ambil Aisyah di taska sedikit lambat. Ada sedikit kerja yang perlu diselesaikan.

Terus teringat janji nak masak untuk dia. Nampaknya kelaut dalam lah jawapan dia. Kahkahkah. Mak letih sungguh.

Tapi tak apa. Tricycle Magic Stroller yang apak belikan untuk dia dah sampai. So, kita beli lah jiwa dia balik.


Makan malam mak tapau saja. Beli satu kongsi dua. Sejenis diva yang apa yang mak makan, dia pun nak juga.

Ini, bangun tidur tadi terus tunjuk dan nak naik bila nampak. Alhamdulilah suka. Dan tak takut. Mekaseh apak! 

Maka mak belanja la ha gambar muka baru bangun tidur tadi.

Okeh. Next month nak pau apak apa eh. Cer bagi idea sikit. 😌😌😌

#AisyahMaritza #AMjourney #1y3m

Saturday, April 13, 2019

Unplanned ke AEON.

Sebenarnya tak plan pun nak pergi AEON.

Mak menggelabah bila dengar pengumuman pasal denggi dari kereta KKM yang pusing taman ni tadi. Terus pack barang kita dan keluar dari rumah. Takut jadi macam itu hari katanya.

Dapat lah tahu ada SALE tengah bulan pula di AEON. Huhuk.

Tu, Ibu tu. Lawa, lawa dah. Makeup on point. Anak dia berak dia suruh suami dia cuci. Somi dia pegi amik barang kat stroller sebelah sana kejap je dia dah panggil panggil.

Sian pakcik tu. Kena arah dengan bini. Mungkin pakcik tu malu lalu ada la sedikit pergaduhan kecil. Ramai juga orang dalam baby room tadi. Termasuk kita.

Mak pun tiba tiba bangun dan tolak stroller kita keluar. Ala. Baru nak tengok drama slot akasia. Kihkihkih. 

Tengok mak kita. Walaupun mak tak lawa sangat, make up entah kemana, keluar kadang kadang dress up macam bibik, tapi mak suka masak.

Mak uruskan kita sorang sorang. Kita berak mak rileks je bukak pampers kita kat sinki. Semalam nak pergi kerja kita berak dia rileks je dengan jubah dia dengan shawl lilit dia cuci montot kita. 

Kadang kadang mak jadi rimau juga, tapi kita saja je ajuk balik rimau dia tu. Supaya dia tahu bukan dia sorang je boleh jadi rimau. Okbai. 

Mak : Aisyah Maritza, apa tuuu?

Cau. 



#AisyahMaritza #AMjourney #10months