CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, July 29, 2020

Tahan mata..

Sebab menahan mata, gitulah. 

Udah jatuh dekat depan opis mak masa ikut mak kerja pagi tadi. Jalan sambil pegang talipon plus dah ngantuk takleh bawak bincang.

Nangis sikit, masuk carseat, lena. Allahu anak!

Dok la Aunty Syahirah dengan Aunty Shahida sekali abang Aiman dia bagi kata kata semangat masa nangis lepas jatuh tu. Berjaya juga. Nangis sekejap je walaupun mak tau memang dia tengah sakit sangat.

Sampai rumah, terjaga sekejap lalu merengek. Sakit gamaknya. Takdan mandi, mak tukar baju segala dan lap lap badan dia dengan kain basah. Sambungla tidur semula lepas segar sikit.



Ini, ada la juga merengek sikit kalau teringat sakit tu. Kalau tak, siap berjoget lagu Blackpink pakej lompat sana sini.

Tapi itulah. Mak nak kagum beria karang orang kata puji anak sendiri. Tapi yang tahu si penama Aisyah Maritza ni macamana, tahulah. Kental dia, mak rasa mak pun kalah.

Mungkin betullah pepatah jawa kata,  strong women raising strong girls.

Doa mak selalu, begitulah. Lain lain, mak sama juga macam mak mak yang lain. 😉

Selamat beristirehat semua. 

#AisyahMaritza #AMjourney #2y1m

Sunday, July 12, 2020

Phop by Nadea Ramly : Task 3 B25

Task 3 : Cereal + Napkin

Scene : Breakfast
Mode : Flatlay

Done!

#PhoPByLiniMohd #PhopByNadeaRamly #Batch25 #TeamSmurf #Task3


Sunday, July 5, 2020

Phop by Nadea Ramly : Task 2 B25

Task 2 : Kunyit dan Asam Keping


Dah dapat task 3. Mari study nota! Zasss.

#PhoPByLiniMohd
#PhopByNadeaRamly
#Task2 #KunyitAsamKeping #Batch25


Saturday, June 20, 2020

This is PeeJay gais!

Mak decide last minit untuk balik dengan kebenaran apak. Lepas maghrib, kami shoot terus.

Mak macam biasa, packing gedebak gedebuk, sumbat dalam kereta, siap!

Kali ini, perjalanan mak sungguh mencabar. Diva meloloskan diri dari CRS. Wiper kereta mak tak berapa berkesan fungsinya, pakej hujan lebat dan kerabunan mak yang dimamah dek usia.

Berhenti nak ke tandas kena bawak anak kau masuk sekali dengan mulut tak reti diam siap gelak gelak. 

Lagi setengah jam nak sampai diva baru nak tidur. Itupun lepas puas mak berzikir suruh behave dalam CRS. Dok suruh mak bukak buckle lah. Nak cartoon kat YouTube Kids la. Nak air lah. Ya rabbi dugaan dia. Kahkahkah.

Dan alhamdulilah jam 11 malam kami selamat sampai ke bandar halaman.

Fuh. Lama tak balik. Last bulan doblas itu hari.

Kemain seronok diva. 

Pagi tadi atok suap nasi lemak. Ini pergi tengok bunga pula.

Happy weekend everyone! 


#AisyahMaritza #AMjourney #2y

Sunday, April 19, 2020

By Nadea Ramly : Testing #1

Percubaan pertama flatlay dari kelas PERCUMA. 


Berpeluh juga ketiak dibuatnya.

#byNadeaRamly

Rumah Manis Rumah : Hanging shelves

Satu part, selesai.

Tambah hanging shelf kat dapur, beli kat Tesco, RM39.90 satu kalau tak silap. 

Lega botol botol mak dah diletakkan di tempatnya. 

Tenkiu somi. Tenkiu Paklong Saifull bantu apak. 

Rumah kecil bahagianya besar. ❤️



#PerintahKawalanPergerakan #rumahmanisrumah

Thursday, April 16, 2020

Popsicle homemade

Popsicle buah naga katanya. 

Saja cuba sambil sambil kemas dapur siang tadi. Buah naga jiran beri sekali buah mangga.

Buah potong dadu, masuk dalam acuan dan letak fresh milk. Nak manis letak susu pekat sikit. Yang begini sudah manis manis buah. 🤭

Letak dalam peti ais. Biar beberapa jam sampai elok keras dan makan. Jadilah untuk kau makan anak beranak. 



Alhamdulilah. Dapat rendang ayam petang tadi. Jiran juga yang bagi. Allahuakbar. Seronok betul jiran baik baik ni. ❤️❤️

Nota : acuan ni lama dah beli. Tak guna guna sebab peti ais dulu tak muat. Hahahaha. 

#makmasak

Saturday, April 11, 2020

Sagu hijau oren..

Mak buat hari khamis itu hari. Saja nampak sagu tersengih sengih kat dapur kan. Jadi buat saja lah. Bahan semua ada.

Pewarna pun ada Warna oren dengan hijau je. Kahkahkah. 



Harini jiran bagi lagi makanan. Ayam panggang macam ayam percik tu. Meratah lagi mak.

Ya ampun. Makan saja kerja aku. Saje je jiran jiran mak ni tau. Nak suruh mak gemok lah tu. Hahha..

Terima kasih la Kome. Huu. 

#makmasak

Rumah Manis Rumah : Kita tukar lagi..

Itulah mak. Cepat nau bosan nya. Tapi Warna kelabu tatap menjadi poojaaan.

Kahkahkah.


Terima kasih apak melayan mak mengecat tak sudah sudah. 😁😁😁

Nanti bosan, kita tukar lagi. Okbai.

Rumah kecil bahagianya besar. ❤️

#rumahmanisrumah #residen1 #BBSAP #makbebel

Sunday, February 9, 2020

Pancake paling sedap abad ini!

Mak rasa ini pancake paling sedap mak pernah buat seumur hidup. Serius!

Mak pinjam resipi Tuan Khairul #superdaddy lagi. Dan ini bahan bahannya.

1 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur
1 sudu setengah butter dicairkan

Campur semua bahan. Kacau pakai tangan boleh, nak blend bagi halus pun boleh. Ikut kau rajin ke malas. Mak malas, so mak kacau lima minit pakai tangan.

Panas kan non-stick pan, masak sampai buih buih kecil keluar sebelum kau telangkupkan kat belah satu lagi. Agak agak dah masak, angkat dan hidang.


Sukatan atas ni untuk dua orang makan. Dapat lapan keping. Nak banyak kau orang tambah je sukatannya.

Sesuai dihidang untuk minum pagi atau petang. Selamat mencuba! 😉

#makmasak #nadearamly 

Saturday, February 8, 2020

Puding triffle

Plan nak bawak dadih atau buah buahan potluck semalam, sekali rasa malas pulak. Niat hati memang nak sesuatu yang di masak sendiri. So mak pun Google la resipi puding.

Dan mak jumpa resipi puding triffle ni. Tengahari time rehat tu mak keluar kejap beli bahan bahan.

Resipi mak ikut Rasapop punya. Swiss roll cake dipotong dan disusun dalam bekas. Satu tin buah buahan campuran ditos air nya. Airnya jangan di buang. 

Layer pertama mak guna susu cair, tepung kastard, setengah cawan gula dan air. Masak atas api sampai likat.

Tuang atas kek yang dah susun dalam bekas tadi. Oh sebelum tu basahkan sikit kek tu bagi lembap dengan air buah buahan yang dimasak dengan serbuk agar agar dan air.

Lepas dah tuang layer pertama, letak buah buahan yang dah tapis tadi. Biar sejuk sekejap then baru masuk layer kedua iaitu air buah-buahan yang di masak dengan agar agar tadi.

Masuk dalam peti ais dan biar sejuk. Boleh makan dengan gembiranya. Hohoo.

Mak dapat buat untuk taska Aisyah sekali. Alhamdulilah cukup bahan nya.

Dak opis kata pun sedap. Bukan amik hati ye. Realiti. Kahkahkah. Rasa macam eskrem katanya. Ouch!

Okeh. Gambar pertama tu sebab mak terlangkupkan dia. Gambar kedua sebelum ditelangkupkan. Dan gambar ketiga nampak lebih menarik kan. Kahkahkah.




First time buat ni. Tu debo semacam. Okbai.

#makmasak #nadearamly 

Rumah Manis Rumah : Bilik Aisyah Part 1

Dari bulan doblas bawa ke bulan Februari, ini sajalah ha setakat ini. 

Mood mengemas ke laut apetah lagi mood mendeko playroom Aisyah si diva mak apak.


Jadilah kan. Nampak juga progress sikit. Kahkahkah.

Malasnya mak kau ni Aisyah. Huah.

Rumah kecil bahagianya besar. 

#rumahmanisrumah #makbebel

Friday, February 7, 2020

Aisyah Maritza At School : Catch Rubber In The Water

Aktiviti hari ini.

"Catch Rubber In The Water"

❤️ Meningkatkan kemahiran deria penglihatan mata dan tangan.

❤️ Lebih fokus.

❤️ Menguji kesabaran.


📸 Taska Safwa

.

Moga Aisyah Maritza lebih sabar dan cool seperti apaknya. Tapi nampak macam terikut ketidaksabaran mak nya. 😅

#AisyahMaritza #AisyahMaritzaAtSchool #AMjourney #1y8m #TaskaSafwa

Thursday, February 6, 2020

Aisyah Maritza At School : Bermain gendang dan menyambung titik titik putus

Aktiviti hari ini.

❤️ Bermain gendang menggunakan tupperware.

Tujuan : Merangsang deria pendengaran



❤️ Menyambung titik titik putus menggunakan pensel.


📸 Taska Safwa

#AisyahMaritza #AisyahMaritzaAtSchool #AMjourney #1y8m #TaskaSafwa