Gambar ni, gambar last kita ambil bersama. Masa tu, hari jumaat. Jumaat lepas. Lepas kita pergi kedai Aishah tengok carpet, kita pergi makan kat Deiff Cafe.
Mak sengaja time off petang tu sebab mak rasa nak hang out dengan MakLong, sembang sembang. Kebetulan Linda kawan sekerja MakLong pun join sama. Apedehal kan. Ladies outing katanya.
19 oktober, hari terakhir kita whatsapp. Mak nak beli nasi putih sebab malas masak punya pasal. MakLong pun layan je mak yang entah apa apa ni.
Lepas tu, semalam petang, kita lepak sama. Depan rumah. Ada Eny. Ada Ina. Ada Has. Biasalah geng kita gelak ketawa petang petang hari. Order aiskrim beringgit ringgit makan ramai ramai lepak kat tembok depan rumah. Hahaha.
Tapi, mak orang last sembang dengan MakLong sampai Azan Magrib la gamaknya. Geng lain udah balik sebab lorong deme lain. Kita kan selang dua rumah saja. Boleh la nyembang se das dua.
Masa nak balik tu, mak tanya, makLong kerja malam kan. Selamat bekerja tau.
Dan MakLong balas. 'haah. Tapi macam malas je nak keje malam ni.'
Mak gelak gelak. Mak ingat Maklong gurau gurau. Lepas tu mak babai MakLong sebelum masuk rumah.
Mak tak sangka. Itu perbualan terakhir kita. Mak tak sangka, itu pertemuan terakhir dua mata. Dan mak tak sangka harini MakLong tinggalkan kami semua. 😢😢😢
Pagi mak dapat tau MakLong collapse di tempat kerja, mak ingat itu biasa saja. Bilamana jam 12 tengahari mak tanya PakLong dan jawapan masih sama yang MakLong belum sedar, buat mak semakin tertanya tanya.
Tapi rupanya, MakLong sedang bertarung nyawa. Pembuluh darah di kepala MakLong pecah dek BP yang terlalu tinggi.
Akhirnya mak dapat call dari PakLong, lebih kurang jam 2.45 petang, MakLong pergi menemui Pencipta.
Mak meraung MakLong. Mak menangis semahunya.
Mak hilang seorang lagi sahabat.
Mak hilang seorang kakak.
Mak hilang seorang yang mak anggap macam keluarga.
Mak hilang jiran yang terlalu baik, yang banyak bantu mak sejak kami masuk rumah ini.
Yang tak pernah berkira.
Yang tak pernah lupa bertanya khabar.
Yang selalu sembang dan tukar lauk.
Dan macam macam lagi kebaikan MakLong yang mak tak dapat nak tulis.
Bukan mak saja hilang semua tu. Aisyah juga hilang MakLong kesayangan dia.
Yang selalu dicari dulu bila keluar rumah.
Yang jadi tempat bermanja dia.
Yang selalu minta dibawa ronda.
Allah. Allah. Allah.
MakLong Cik Rida Laila Ainy binti Halake, mak akan selalu kirim doa untuk MakLong. Mak akan ingat MakLong sampai bila bila. Mak tak akan lupa jasa MakLong dan PakLong pada kami sekeluarga.
Tenanglah. Damailah disana. Mak tau ramai sayang MakLong. Kami juga akan menyusul, cuma bila, itu rahsia Maha Esa.
PakLong, tabahlah. Walau mak tahu, ia sukar.
اِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُا وَارْحَمْهُا وَعَافِهِا وَاعْفُ عَنْهُا وَأَكْرِمْ نُزُلَهُا وَوَسِعْ مَدْخَلَهُا وَاغْسِلْهُا بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِا مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْت الثوب الابيض من الدنس
Moga Allah ampuninya, rahmatinya, maafkannya, muliakan kematiannya, lapangkan kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..
Al Fatihah
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين
MakLong Laila (tengah) dalam kenangan.
Regards,
Mak Yang Kehilangan
#BBSAP #jiranterbaik #sahabatsejati
No comments:
Post a Comment