CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, March 7, 2016

Review filem MUNAFIK

Okeh, tahun ini, ini first review KakJojes untuk filem.
Filem SERAM pulak tu.
Diulang, filem SERAM.
Which is kawan-kawan KakJojes tahu, KakJojes adalah BUKAN peminat cerita seram.
Iklan seram pon aku terus tutup tv.
Ni nak tengok kat wayang dengan sound effect yang menakutkan tu?
Tapi ye.
KakJojes pergi tengok wayang cerita MUNAFIK.
Korang rasa?

Okeh..
Mari mulakan review.

Berdasarkan synopsis, ia mengisahkan seorang ustaz bernama Ustaz Adam lakonan Syamsul Yusof yang tidak boleh menerima kematian isterinya dalam satu kemalangan.
Okeh, ape kaitan dengan tajuk filem?
Sabar dulu..

Ustaz Adam boleh mengubat orang namun sampai suatu ketika beliau tidak mahu lagi meneruskannya lagi.
Sehinggalah satu keluarga dikampung yang sama memohon pertolongan beliau.
Dan disinilah bermulanya segalanya.

Nabila Huda sebagai Maria yang sangat menjayakan watak beliau.
Mempunyai masalah depression yang tinggi sehingga terpaksa mengambil pil.
OKeh.
Part paling seram pada KakJojes ialah bila Maria melompat ke dinding dan berlawan cakap dengan Ustaz Adam.
Pergh…
Dengan mekap, dengan wajah, dengan sound effect, dengan skrip dalam bahasa arab.
Memang meremang remang laaaaaaaaa woiiii..
Cis betul..

Pahtu yang dekat terowong yang budak bump bola tu.
Hoiii, serammmmmmmmmm~

Lakonan Syamsul Yusof juga tak mengecewakan walaupun ada part yang KakJOjes rasa beliau patut improve lagi especially melontarkan dialog.
Uhuhuk.
Masa cakap dengan anak dia tu, macam keras sikit bro.
Mungkin lepas ni tak mendatar sangat dan rasa macam baca buku.
Huhuhuk..

Pekin juga tak mengecewakan.
Juga Sabrina Ali.
Fizz Fairuz, A Galak.
Ia siyes menguatkan lagi jalan cerita dengan lakonan mereka yang mantap.

Jalan cerita jugak buat kita fikir, sape sebenarnya munafik nih.
KakJojes sendiri dok terfikir dari awal.
Kenapa penggali kubur tu macam suspicious.
Kenapa mak tiri Maria pon macam suspicious.
Ah..
Semua la macam meragukan je..hahahaha..

pahtu kalau citer seram kenapa rumah tu lampu kene malap malap je..
huhuhukk..
kalau terang je tabley eh..
aiyohhh..
hahhahaha..

Bapak Maria tu lagi lah..
Walaupun watak dia dok atas kerusi roda je.
Tapi ending dia macam tak sangka pulak.
Cisss lagi..hahahahha..

Untuk jalan cerita, memang pengarah nya, Syamsul Yusof sendiri nak kita berfikir dengan tahap takleh fikir.
Dan pada KakJOjes, walaupun elemen agama digunakan bersama.
KakJojes rasa smooth je masok dalam kepala otak.
Idak la Nampak sangat macam klise dan drama drama yang tak natural sangat.

Endingnya.
Semua telahan KakJojes salah.
Ciss lagi.
Hahahaha..

Untuk tahap seram.
Selama KakJOjes tengok citer melayu,
Ini serius seram tahap antarabangsa punye.
Siyes macam REAL..
TERBAIK!!!

Siapa yang sebenarnya MUNAFIK?
Kenapa ayah ustaz Adam datang melawatnya?
Apa kaitan Maria dengan Ustaz Adam?
Dan kenapa mak tiri Maria sangat suspicious?
Kenapa penggali kubur tu camtu?

Sila pergi tengok..

Nak tau seram apa lagi?
Part Ustaz Adam gali kubur bawak balik mayat isteri dia..
Hoh~

Lagi sekali, sila pergi tengok.
Pesan KakJojes.
Sape ada sakit jantung, lemah semangat ka.
Wanita mengandung.
JANGAN PERGI.
Tidak digalakkan.
Okeh?

Pergi tengok woiiiiiii…

Nota KakJojes: Banyak pengajaran yang kita boleh ambik dari citer nih.


==============================

Ini diantara review menarik dari teman teman.

 "Lihat sahaja seruan suara-suara jin yang memperantarakan Maria (lakonan Nabila yang sangat berkesan) tidak lagi mengutarakan hal-hal biasa seperti - aku suka budak ini - atau - mak dia turunkan aku pada dia - semata-mata, malah Syamsul berani memperkenalkan suatu subjek cerita secara tunggal dan zahir terpisah apabila suara rasukan itu menyeru - jaga-jaga selepas aku, akan datang dari keturunan Iblis yang akan menyesatkan umat Muhammad. Itulah Dajjal!"

Oleh : http://zaimterbang.blogspot.my/2016/03/kemunafikan-yang-wajar-diraikan-filem.html




" SERIUS bagi aku, untuk taste aku, mmg best! Jalan cerita tak bosan, dan kita tak boleh nak tangkap siapa sebenarnya yang MUNAFIK! kejap kejap rasa Nabila huda, kejap kejap rasa Syamsul, kejap rasa mcm mak tiri nabila, kejap rasa mcm Pekin yg Munafik, eh geram betul aku, last -last semua tekaan salah! hahahaha choi!"

Oleh : http://www.safurara.com/2016/03/review-filem-munafik-sesiapa-yang-ada.html



 "Nabila huda did a great job dalam Munafik ni. Sama jugak pelakon Sabrina tu. Menjadi sangatlah lakonan dorang. Part paling best bila Maria kena rasuklah. Dengan muka dia sekali 'dirasuk'. Then part bila si mak tiri ni kena tampar oleh maria. Kene heret. Seram sampai tak mampu nak tengok."

Oleh :  http://fatihahfazlin333.blogspot.my/2016/02/filem-munafik-masterpiece.html
 


Pergi tengok okeh?
Zassss~

Nadea Ramly

No comments:

Post a Comment