CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, November 11, 2016

Pengalaman Lap & Dye. Ah, bertabahlah!

Untuk yang usaha nak ada anak, terms macam clomid, OPK, BBT, TTC dan lain lain tak asing dah.
Belum hat cerita pasal hati, terasa bagai dek mulut mulut orang.
Emosi terganggu kalau takda sokongan yang memahami.

Oh ya.
Faham tu bukan takat korang kata,
"Takpa, kami paham."

No!

Tak sama.
Dan takkan sama.

Kau orang pernah dengar prosedur Lap & Dye?
Okeh, sila google.
Kahkahkah.

Kat sini KakJojes kongsi pengalaman kawan rapat + gaduh + nangeh + jerit + baik atas izin beliau sendiri go through all procedure tanpa merungut tau. TANPA MERUNGUT. dengan laki pergi kursus pula. 
Dia sorang sorang.


Kau orang nak share, silakan.
Biar orang tahu betapa strugglenya kawan kawan kau yang berusaha nak ada anak.
dan betapa payahnya nak jadi seorang ibu bagi orang yang rezekinya susah kat anak nih.

Selamat membaca!
= = =

Selasa. 1 November 2016.
(sehari sebelum prosedur)

8 pagi - admitted di wad bersalin HAT. Kena tukar pakai baju wad warna purple. Then, buat basic checkup; check tekanan darah, check suhu badan takut demam, check batuk atau selsema, timbang berat, buat urine pregnancy test to rule out pregnancy. Blood test.

Cubaan memasukkan branula hijau (jarum paling besar) ada masalah. Kata mereka, urat aku halus sangat. 3 kali cucuk sampai bengkak masih jarum tak masuk jadi doctor dan nurse bagi rileks dulu, takyah masuk branula untuk hari ni.

Doctor explain tentang prosedur lap & dye dan mintak kita sign a few documents. and dia also inform yang doktor pakar O&G akan remove apendiks during prosedur lap & dye bagi memudahkan kita. Dia rule out apendiks if ada sakit perut post prosedur.

P/s: Aku bagitau harini 1st day period. Semua kalut tanya aku samaada pakar O&G tau ke tak. Fyi,before ni pernah tanya pakar O&G Dr Sharifah Sofiah tentang isu ni dan dia kata prosedur ni boleh dilakukan bila bila masa dalam kitaran haid kita.

12 tengahhari - Aku dah start on soft diet.  Makan tengahari: bubur kosong dan sup ayam.

2 petang - Aku kena turun jumpa pakar bius. Pakar bius terangkan tentang prosedur Lap & Dye ni akan diberikan bius penuh (General Anaesthatic (GA)) dan kesan kesan dia pun diterangkan dengan jelas. Katanya, selepas aku tak sedar nanti, dia akan masukkan tiub oksigen dalam tekak untuk pam oksigen ke organ 0rgan yang tengah tidur kesan dari GA tadi.

Dia explain pasal gas yang akan di masukkan dalam abdomen masa prosedur bagi mudahkan pakar O&G scope kawasan peranakan dengan lebih jelas. Kesan dari kemasukan gas ni ialah mengalami kesukaran bernafas, sakit bahu dan kembung perut macam gastrik and sakit tekak sebab tiub oksigen.  Jadi selepas prosedur, pakar bius terangkan tentang ubat-ubat yang akan dia bagi untuk bantu kurangkan sakit seperti ubat tahan sakit,ubat gastrik dan antibiotik. Selepas faham apa yang pakar bius dah bagitau, aku kena sign letter of consent untuk dia bagi full bius dan sekiranya berlaku pendarahan, kita benarkan dia buat pemindahan darah.

After pakar bius confirm kita dalam kesihatan yang baik maksudnya tak demam,selsema,batuk atau apa apa sajalah and dah faham apa yang disampaikan, dia buat keputusan aku jadi patient pertama untuk masuk Dewan Bedah esok. Pakar bedah di inform pasal isu branula tak boleh masuk tangan aku pasal tak jumpa urat. Dan dia kata esok sebelum prosedur dia/team dia akan masukkan branula tu.

3 petang -  Aku minum kopi dengan roti sekeping.

3.30 petang - Aku masuk dalam bilik nurse untuk dishavekan segala bulu dari pusat ke peha. Ini prosedur untuk apa apa yang libatkan operation. Masa tu, malu gila takleh blah.haha.

4 petang - Aku dapat ubat clearkan usus. Strictly on clear fluid diet. Tak boleh makan dah. Boleh minum air kosong je.  Ubat satu botol kecik campur dengan secawan air.  Gila Tak sedap+payau. Berair-air mata nak habiskan sebab rasa dia terlampau kuat sampai aku rasa nak muntah.


6 petang - Aku dah start marathon ke toilet clearkan perut.

8 malam - Aku dapat lagi sebotol ubat clearkan usus. (Rasa nak meraung wey nampak botol ubat tu.fobia!haha)

10 malam - Aku marathon lagi ke toilet sampai tak tinggal pape.haha..


Rabu. 2 November 2016
(Hari prosedur)

7 pagi - Aku dah siap-siap untuk jadi 1st patient masuk OT. Semangat!

7.15 pagi - Nurse-nurse datang dengan katil beroda untuk hantar aku ke OT dan mintak kita tukar ke gaun pembedahan warna hijau, pakai cap and baring atas katil. Pastu dorang selimutkan dari kaki ke dagu. Masa ni aku 2nd day period. Dan disebabkan tak boleh pakai apa apa underneath gaun pembedahan aku kepit je pad.haha. Adoi. Nurse-nurse semua pelik tengok aku teruja nak go through prosedur ni.

7.30 pagi - Nurse tolak turun dari wad tingkat 2 ke tingkat bawah. Salah seorang team pakar bius datang nak masukkan branula sebelum masuk OT. Tak berjaya jugak. Then nurse2 tolak masuk OT. And alihkan aku ke katil OT.

7.30 onwards( taktau pukul brapa dah) - Staff2 bilik pembedahan all in blue dalam 6 7 orang buat preparation untuk Lap & Dye prosedur.  Disebabkan OT sejuk ya amat dorang letak 2 blanket panas atas badan, kaki and keliling kepala aku.  Allahu, memang selesa ya amat.  Dua2 tangan didepakan.  Sebelah kanan tangan letak alat check blood pressure.  Sebelah lagi cubaan masukkan branula.  Then pakar bius masuk.  Both hands ada 2 orang tepuk2 nak bagi urat timbul.

Then dengar pakar bius cakap kat pakar O&G yang baru masuk 'sekejap ye mem. Dari semalam tak jumpa line patient ni. Halus sangat.  Tangan dah bengkak2.  Saya cuba masuk branula kecik sikit'.

Tak lama lepas tu pakar bius of all people berjaya masukkan branula.  Aku siap cakap tahniaaahh. Pakar bius balas 'OMG! patient kata tahniah. Terharu rasa' hahahaha.

Then pakar bius duduk kt area kiri explain dia sekarang nak bagi oksigen dan mintak aku tarik nafas dan hembus.  Before dia masukkan bius dia pesan suruh mengucap dalam hati.  Memang sayu abis la rasa masa tu.  Elok habis mengucap terus tak sedar.

Sedar sedar je nurse panggil nama suruh bukak mata.  Dia nak hantar naik wad.  Bukak je mata terus rasa perut bahagian abdomen macam buat 100 sit-up laju laju nonstop.  Tapi alhamdulillah tak sakit just tegang.  Masa sampai wad nampak jam pukul 12.30pm.

12.30 tengah hari - Nurse tukarkan baju. Sedar ade pad hospital ganti pad sendiri aku kepit masa masuk OT tadi.  Masa tu otak dok pikir ni mesti banyak darah.  Dah la operate campur period 2nd day lagi. Aku still mamai kesan bius tapi rasa pundi kencing penuh and tak tahan.  Cakap kat nurse nak kencing dorang tadah suruh kencing.haha.  Memang tak laaa. Tak selesa.  Selepas dorang setelkan aku masuk wad and pasang aku on drip, lalok lalok tu bangun gi toilet sendiri.  Dah lega jalan slow2 balik katil n tido abiskan sisa2 bius.

4 petang - Aku tersedar.  Kesan bius dah takde and dah a few times buat trip ke toilet sebab dah 2 botol drip air masuk.  Nurse terkejut tengok kuat boleh handle diri sendiri. Nurse datang bawak spesimen dalam botol tunjuk.  Kata tu dorang remove apendiks.  Aku tanya nurse selain dari apendiks doctor ada remove benda lain tak.  Nurse kata tak pasti.  Rasa takde sbb apendiks je yang dia disuruh hantar ke lab. Tapi untuk kepastian kena tunggu pakar review.

4 petang onwards sampai malam- Aku still kena puasa and drip air masih diteruskan.

post Lap & Dye
-period terus kering.
-perut kembung and angin yang sangat teruk smpai sesak nafas. Sakit bahu.  Tak boleh pusing ke kanan langsung.  Baring terlentang pon tak boleh. Susah.  Kena baring mengiring ke kiri sikit je baru selesa.  Nurse keep on datang bagi painkiller & antibiotik.

Bila mintak lagi ubat gastrik nurse decline sebab rupanya pakar bius dah bagi ubat gastrik paling kuat dari dalam OT.  So dorang memang takboleh bagi sebarangan.  Peliknya ubat gastrik paling kuat pon aku stil rasa sakit.  Luckily aku memang jenis gastrik teruk jadi boleh handle sakit post Lap & Dye ni.  Siapa yang tak biasa dengan extreme gastrik mesti tak tahan sakit post prosedur ni.

7 petang - Nurse tukar dressing salah satu tebukan sebab berdarah. wuuuu..

7 petang onwards - rest.


Khamis. 3 November 2016
(1 day after prosedur)

7 pagi - Aku masih on drip and masih berpuasa. Perut masih angin jalan pon slow2 macam orang baru beranak. hahahhaha..

9.30 pagi - Pakar O&G datang bagi review.  Hasil Lap & Dye, alhamdulillah dia tak jumpa any abnormalities dalam uterus.  Kedudukan uterus betul, tiub fallopio dua dua laluan clear and uterus takde scarring, cyst or endometriosis. Katanya 'everything clear ye puan. Mungkin belum rezeki nak mengandung lagi'.

9.30 pagi onwards stil on drip.

by petang dah cabut drip and kembali ke clear fluid diet balik. Boleh minum air kosong sahaja. Ubat-ubat masih on. Sakit bahu dah takde tapi perut masih kembung.  Still belum boleh pusing ke kanan bila baring jadi sesak nafas. Doctor pesan cuba keluarkan angin ape cara skalipon.  Cara tu je boleh legakan angin kat perut cepat.

By malam pakar O&G bagi greenlight minum milo/susu sahaja. yey!! syukurr..


Jumaat. 4 November 2016.

- doctor datang buat rounds. Perut dah lega banyak walaupon tempat tebukan tu masih ngilu dan perut masih angin. By tenghari pakar O&G bagi greenlight untuk start soft diet.  And dah boleh makan biskut dan roti.  Aku punya teruja nak makan biskut nurse g sebelah katil amik sepaket biskut tiger bukakkan time tu jugak walaupon pakar belom abis rounds.haha.

Pakar O&G mintak stay satu malam lagi untuk pemantauan.

Sabtu. 5 November 2016

Doctor rounds kata harini dah boleh makan nasi biasa. yeay!haha.  By 10am nurse datang bukak dressing 3 tebukan tu and doctor check.  Lepas puas hati luka luka tu tertutup cantik doctor kata boleh discharge.  Perut stil kembung tapi tak seteruk hari pembedahan.  dan aku disuruh on antibiotik for 10 days. Apapun aku syukur, semuanya lancar. Alhamdulilah...

Lupa nak tambah kat experience tu. Malam aku Lap&Dye tu aku demam.38.5.  Sebab tak tahan sakit perut.  Sampai demam.  Nurse datang sponging kan.  Pakai pad depa yang jenis kain tu. Tapi pad bersih laa.haha.  Sebab aku takde towel kecik. hahahaa.

= = =

Kau rasa yang jadi kawan dia dok dengar dia cerita dedepan nih, yang tengok luka dia jugak masa nurse tu dok dressing dia, tak cuak?

At first place, KakJOjes salute dengan kawan KakJOjes nih. Even aku, pon belum tahap sampai nak tebuk tebuk nih. TAkot!! *nangis*

Sekarang tunggu dia sihat. Then kitorang boleh buat aktiviti balik macam biasa.
Sedih tau nengok kawan kau sama sama gelak tahan sakit sebab nak puaskan hati sendiri nak tau ada masalah atau tak. sob sobs... 

Kalau kau orang kata korang faham, then kata ala takpe kawan aku tunggu lama bla bla bla, NO!, korang actually TAK pun.
Takkan faham. 
dan untuk orang orang macam kami ni, kami tak perlukan simpati atau suggestion suruh itu ini unless we ask for it.

dan satu lagi.

Walaupun hakikatnya situasi itu nampak sama setiap orang, tapi ia sebenarnya takkan sama.
tak paham? takpa.
korang takkan faham.

tak usaha?
Adakah perlu orang orang seperti kami cerita semua usaha usaha kami?
Tidak. Tak perlu.

Stop asking question yang kami sendiri taktahu.
dan stop buat joke tentang kau tak tahu posisi lah.
Kau tak cukup power lah.
itu melampau tahu!

Maka berbalik la kepada agama.
Rahsia Allah.

oKEH, EMOSI..hahhahaha..

Allah tak janji semua yang kawen BERANAK.
Allah janji SYURGA NERAKA yang PASTI ADA.

Feel free to share.

xoxo

Sunday, November 6, 2016

Brownies gila osem!

Korang pernah makan brownies pepagi?
Okeh, KakJojes pernah.
Hahahhaa..


Terliur ke idok???

KakJojes tak ingat berapa kali dah beli dari Puan Brownies nih.
Padahal KakJojes bukanlah penggemar kek atau benda manis manes nih.

Maka, kau tahu kenapa KakJojes terrrrr beli?
Sebab freshly baked katanyaaaa..
Bukan masak semalam harini jual tau.
Orang request baru dia buat.
Memang fresh!

Selain dari sedap, dia ada banyak jenis dan saiz.
Kau boleh request ekot bajet kau.


Ini RM 10.



Yang ini pulak RM15.
Kedua dua nya KakJojes pernah beli.



Yang besar pon ada!
Nahhh kauuu.
Boleh buat tuk kek besday.
Wiwiitt..

Untuk yang berdekatan Puan ini, boleh la hubungi beliau dibawah.
Boleh COD.
Kalau luar kawasan tu mahap lah, tak cover lagik. 


Atau kau orang whatsapp je terus ke
+60122719207.

KakJojes tak jual oi.
KakJojes beli ja.

Saturday, November 5, 2016

Mengantuk hilang!

Dok la belek belek album testimoni, terjumpa yang ini.
apo lagi.
teruih pi bancuh HKCC buat minum petang.



Tengok.
NO telefon pon yang lama punya.
hahahhah..

betul ke HKCC ni hilangkan ngantuk?
kene la cuba.

bukan KakJOjes kata,
Puan ini yang kata..

camana nak beli?
boleh ke link dibawah.


selamat membancuh..

slurppppp!

Part 8 : Move Forward : Jangan lari

Jangan lari daripada masalah kawan
Die tak kan uji kalau kte tak mampu
Ape yg Dia nak kan hanyala kte kembali pd Dia
Sujud dan merayu mohon bantuanNya

Tak perlu harap pd mane2 manusia
Dia akan hantar kte pd org yg betul dan pd mase kte perlukan
Yakinla pd Dia

Letakkan keyakinan dan tawakal pd Dia

Aku paham mcm mane rase dikejar bank
Yg call tu bahase die..haihh..mmg bole buat gaduh
Rase mcm nk lepuk2 je...
Org tak byr 2-3 bln tu tanda ade masalah la...
Mmg fobia kalau igt2 balik

Hutang tu mmg bole buat kte stress
Hutang tu mmg bole buat kte hilang pertimbangan
Hutang tu mmg bole buat mcm nk hilang pedoman

Tapi mcm aku ckp la
Saat2 mcm tu, first u need to do is:

Ko solat lah..mintak petunjuk pdNya..
Ni pengalaman aku sndri..
U must talk to Him..u must begging Him..
Ask for His forgiveness..
Mintak pd Dia..

Die Maha Kaya..Maha Pengasih..Maha Penyayang..
Dia akan tunjukkan jalan..insyAllah..

Takde bende yg x tak bole settle melainkan Mati

Susah mcm mane pun..face it
Solve it..biarla berpuluh tahun pun nk settlekan hutang tu
Jgn putus asa..jgn putus dr Rahmat Dia..
Die bole bg kte ujian, Dia jugak yg akan bg panduan

Jgn la tgk drama2 TV yg tak reflect realiti hidup yg sebenar
Bnykkan membaca
Especially ilmu2 kewangan
Perbaiki kesilapan dan naik taraf hidup kte

At the end
Life is just a journey
Not a destination
So use it well..

Kejar akhirat..dunia akan kejar kte..insyAllah..

Takziah buat keluarga Mohd Syukri
Doakan yg baik2
Bukan hak kte utk judge arwah
Smoga Allah tempatkan arwah di kalangan hamba2Nya yg beriman..
Al-fatihah.

#selfreminder #sahamakhirat

Disclaimer : Telah mendapat keizinan dari penulis asal sebelum diterbitkan

Friday, November 4, 2016

Resipi rendang daging hitam simple

Sempena hari cuti yang osem ini.
KakJojes telah cravings rendang daging hitam.
*betul ke idak entah namanya tu*

Nah.
Yang dah siap punya.


Maka sebab nak layan nafsu makan yang tak sudah sudah.
Kita coba la buat guna periuk yang kau beli mahal mahal tu.
Macam biasa, google aje resipinya.
Kan teknologi di hujung jari.
Gittew.

Camana nak membuatnya?

Okeh.
Begini.
KakJojes guna setengah kilo daging.
Dan daging ini diperap selama 1 jam.

Bahan bahan perapnya ialah:

Ketumbar
Jintan manis
(Ketumbar dan jintan manis ni KakJojes dah sangai dan tumbuk kasar)

Kicap mee
(KakJojes pakai kicap kipas udang je yang lemak manis tu.)

Sedikit gula melaka
(gula merah pon boleh)

Kakjojes lebihkan ketumbar dengan jintan manis tu sebab suka bila daging perap perasa nya.
Okeh, then letak tepi.
Kita buat bahan tumis pulak.

Blender
Cili kering (rendam sekejap dalam air panas)
1 biji Bawang besar
5 biji bawang kecik
5 ulas bawang putih
2 inci halia

Ini KakJojes blend kan semua terus. 
Kalau nak asing cili tu pon takpe.
Tapi sebab aku malas, maka campurkan je la skali.

Untuk menumis, perlu
2 batang wangi.
Bunga lawang
Buah pelaga
Kulit kayu manis
Cengkih
*ala 4 sekawan tu*
Sebiji bawang kecik diracik halus buat wangi.

Cara membuatnya.
1. On kan STIR FRY kat periuk Noxxa korang yang banyak berjasa tu. Tumis serai dan 4 sekawan itu serta bawang yang telah diracik halus sehingga naik bau.

2. Masukkan bahan yang korang dah blender tadi. Gaul rata. Masak sampai korang nampak dia masak.

3. Masukkan daging yang korang dah perap tadi. Gaul rata. Letak garam secukup rasa. Kalau rasa tak cukup hitam tambah lagi kicap.

KakJojes suka pedas tu letak banyak cili. Hihihi.

4. Set HP 18 pula. Biarkan sampai selesai.
Pastu hidang..

So far daging KakJojes masak ngamngamsoi.
Kuikuikui..
Tak lembut sangat.
Tak liat sangat.
Kalau nak lembut lagi set lama sikit lah.

Makan dengan nasik putih pon sodap!
Pahtu goreng telur.
Phewwwww..


Erk!

Alhamdulilah kenyang.

Selamat mencuba rendang daging hitam simple Noxxa. 😘😘😘