CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, May 29, 2012

Hanya kerana seorang lelaki tua~


Pisang goreng dimulutnya tercampak keluar apabila kereta di hadapannya berhenti secara tiba-tiba.

Apahal nih.. Ada sedikit kemarahan dihatinya.

Tidak lama kemudian, seorang lelaki tua yang berbasikal melintas dihadapan kereta dihadapannya. Berkopiah, berkain pelikat sambil dilehernya dililitkan kain bercorak kotak-kotak menutup bahu dan separuh paras dadanya. 

Natasha memandang lelaki tua itu mengayuh basikalnya dengan tenang. Dan tersentak tatkala memandang wajah yang dirasakan amat tenang dan bersih yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. 

Ke masjid agaknya. 

Bisiknya dalam hati. 

Jam dikilas. Oh, sudah hampir waktu Magrib.

Natasha kembali menyambung pemanduannya apabila kereta dihadapannya mula bergerak semula. Namun dia masih tidak dapat berhenti memikirkan tentang lelaki tua yang berbasikal itu tadi.  

Siapakah dia?

Inilah  jalan yang sering digunakannya setiap hari namun kelibat lelaki tua itu tidak pula pernah dilihat sebelum ini. Berkerut-kerut dahinya memikirkan hal itu.

Tangan kirinya meraba-raba di dalam bungkusan hitam sambil mencari pisang goreng yang masih berbaki. Lapar sungguh setelah berhempas pulas di pejabat menyiapkan segala tugasan yang diberikan kepadanya sehingga tidak menjamah apa-apa sejak tengahhari tadi.  Tangan kanannya pula cekap mengawal stereng kereta. Sambil mengunyah, Natasha tetap masih tidak dapat memadamkan wajah orang tua itu dari ingatannya.

Perwatakan lelaki tua itu benar-benar menenangkan Natasha. Raut wajah yang bersih dan kayuhan yang tenang menunjukkan betapa lelaki tua itu langsung tidak menghiraukan keadaan hiruk pikuk bunyi hon kenderaan yang lalu lalang dijalanraya. 

Barangkali dia ingin segera sampai ke destinasi yang dituju. Menunaikan kewajipan sebagai seorang hamba yang patuh kepada Penciptanya.

Otak Natasha masih ligat mencari siapakah gerangan lelaki tua misteri itu. Dimanakah anak-anaknya? Sanggup membiarkan orang tua itu mengayuh basikal tuanya seorang diri ke masjid? Apakah tiada masa untuk mereka menghantar ayahnya ke masjid? Atau adakah mereka terlalu sibuk hingga lupa akan ayahnya yang seorang itu?

Astagfirullahalazim!

Natasha mengucap. Sungguh jauh andaiannya terhadap kehidupan lelaki tua itu. Segera dia teringatkan abahnya dikampung. Sebak menguasai diri. Baru tersedar yang dia juga adalah seorang anak!

Adakah aku diantara anak itu? Adakah aku lupa akan abahku? Adakah aku diantara anak yang melupai jasa kedua ibu bapaku?

Tidak! Aku kesini mencari rezeki. Membantu keluarga dikampung disamping membalas jasa kedua-dua ibu bapaku. Aku tidak lupakan mereka. Aku masih anak mereka! Aku tetap mendoakan mereka siang dan malam. Juga aku tidak lupa mengirim wang untuk kegunaan mereka. Jeritnya dalam hati.

Airmata Natasha tiba-tiba menitis. Sebak benar dirasakan di dadanya. Apa yang dirasakan kini hanya kesedihan. Terbayang wajah ibu dan bapanya nun jauh di sana. Adakah aku benar melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak?

Pisang goreng yang dikunyahnya tadi dirasakan kelat. Perasaaannya bercampur baur.

Adakah aku anak yang lupa akan tanggungjawab? 
Adakah aku tergolong dikalangan anak derhaka? Atau adakah aku cukup membahagiakan mereka? 
Terbalaskah pengorbanan mereka selama ini yang membesarkanku, memberi segala kasih sayang kepadaku sehingga aku mampu berada di tahap ini?

Semakin laju airmatanya jatuh.

Ya Allah, jika aku bukan anak yang baik, ampunkan aku. Jika aku masih belum cukup membahagiakan mereka, berilah ruang untukku dan limpahkan rahmatmu kepada kedua ibu bapaku. Doa Natasya dalam hati.

Airmatanya dikesat. Sesampainya dirumah dan membersihkan diri, azan Magrib berkumandang menandakan masuknya waktu solat Magrib bagi kawasan yang sewaktu dengannya. Telekung putih berbunga biru pemberian ibunya dicapai dan disarungkan.

Selesai menunaikan solat, Natasya duduk berteleku di atas sejadah. Airmatanya menitis lagi.  Wajah lelaki tua itu masih terbayang dimatanya. Bersilih ganti dengan wajah abah kesayangannya. Segera Natasha menadah tangan.

Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku, dan kedua-dua ibu bapaku. Serta kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku diwaktu kecil. Amin ya rabbal alamin…

Ya Allah, Kau ampunilah dosa kedua-dua ibu bapaku, Kau berkatilah mereka, Kau limpahilah rahmatMu keatas mereka, Kau berilah kesihatan yang baik untuk mereka, Kau lindungilah mereka selama aku disini dan dari anasir-anasir jahat, dan Kau bahagiakanlah mereka. Sesungguhnya tidak terbalas jasa mereka yang menjagaku sejak dari ku melihat dunia hingga kini.

Ya Allah, ku mohon kepadamu berilah limpah kurniaMu dan kegembiraan kepada mereka, serta tempatkanlah  mereka di syurgaMu. Sesungguhnya, hanya kepadaMu aku memohon. Amin~

Saturday, May 26, 2012

Sup sayor di petang hari~

Tadi balek dari opis, sampai umah dalam kol3 camtu..~

 Rasa kenyang lagi. So takde la masak. Dah sapu2 umah sikit, debusshhhh, golek2 atas tilam pulak. Oh, penatnye..~

Dok ngaco hubby, kot2 dah mangun ke belom. Elok je mesej delivered, terus dapat kol. ngahhha..

Bergayut la yuuu..ape barang kan. kate bercenta..muahahha..

Pas borak2 tu ingat nak tido. Sebab hubby cakap die nak pi makan. Sekali, bila golek kiri, golek kanan, pheww..lapaaaaaaaaaaaa~

Tabley jadi nih!

 Terus mangun dan pi dapoq. Masak nasik, goreng ikan, dan oh yeh? Sayor nak masak sayor ape nih.?

*garu2 kepala*

*menuju  ke peti es*

whoaaaaa~

Ade brendi, ade daun sop, ade baby sawi *ingat kailan je ade baby???*, ade kacang bonces dan ade hmmmm...serai..

*lihat kat tempat sejuk beku..*

Ooh yehhh..

Ade sosej, ade kentang bergerigi, ada ahaaa...fishball!

Baek! 

*kachinggggg*

Sup Sayor di Petang Hari..

Ho ho~ Menu di petang hari la kononnye....

Wa capai baby sawi, daun sop, dan fishball!

Ni name die sup sayor sukahati..

*capai Megi secukup rasa*

*kachinggg*

ah. lantak situ.

Hidupkan api, letak air.  POtong bebi sawi, daun sop. dusssh, campak dalam poyok..

Bukak fishball dan amik 8 ketol, campak dalam poyok.. 

Goncang2 sikit secukup rasa. 

Tabur garam sikit. Sikit je..~

BAwang potong le sikit, campak juge. 

Then.....

Bia die mendidih..

Tutup api, dan dah siap..

Makan dengan tempoyak..perghh..best!! auwww..

Okeh, dah lapa. 

Nak makan malam pulak..

babaiiii~


Sabtu di opis..~

Uhhh..*menggeliat*

KETAKKKKK!

perghhhh! sedap betol badan memunyik~

Di waktu ini, 11.50 a.m., saya masih berada di hadapan pc, mengetuk kekunci keyboard, sambil otak terus berfikir dan berfikir...

*toleh meja keje*

Segala macam fail sume ade daaa~ Belom kertas lagi. Baek, yang lain dah setel. Ada satu stuck. Kene mintak dengan orang yang bertanggungjawab.

Tapi....

Esok turn die bekerja..

Dan ya lah. Terpaksa datang opis esok..

Sebab..

Kene mintak figure dari beliau..

*menguap*

Oh, *tak jadi menguap*

Kene update figure lagi satu juga...

*login email korporat..kononnye*

*carik2 email itu dan tekan butang print*

Bukti yang jelas dan nyata. So, esok tade la salahkan orang dan tuding jari sesuka hati. Actually takot terdelete saje email itu..wamahahaha..

*terus mengetuk kekunci keyboard*

Titibe rasa kosong. Dan tanye diri sendiri. Mampukah aku pikul tanggungjawab sebesar ini? Adakah aku layak sebenarnya? Atau apekah pandangan orang2 yang lagi 'besar' dari aku bila lihat aku disini?

*kelip kelip mata, usap2 dagu*

Banyak lagi nak belajar sebenarnya. Kekadang saya tahu, orang memandang sinis.
Saya tak cakap saya bagus, saya cuma jalankan tanggungjawab saya. Dengan cara saya, so saya tak hipokrit..

*mengeluh*

Kamu ingat senang jadi Aimi Nadiah binti Ramli ???

Kadang2 kesilapan dulu buat saya menyesal dengan hidup saya. Tapi, hidup mesti diteruskan.

Saya ada suami yang sangat menyayangi saya, yang support saya, yang bagi semangat kat saya, yang percaya saya, yang faham perasaan saya, saya ada keluarga yang besar dan sahabat2 yang baek.

*sila cek kamus ape makna SAHABAT*

Kadang2 senyum sendiri. Penipuan yang semakin hari semakin terbongkar..hahaha..~
Maaflah. Saya tanak masok campor.

DOSA??

Tanggunglah sendiri. Bijak berbicara, menipu sana sini. Kasihannnnnnn~ Sampai bile nak hidup macam tu..

Oh..kepada yang berkenaan yang berhutang tamahu bayar tu, sila lah sedar diri. Sampai bila nak tongkat langit, sampai bila nak larik. Balasan Allah kan pasti..:) Saya memang tak halalkan sesen pon selagi semuanya belom selesai..Takpe, hiduplah di dunia dengan gembira. Di akhirat belum pasti..:)

Alhamdulilah, saya sedang mengalami fasa kehidupan yang mana baru nak bermula..

*senyum*

Dari keluarga sederhana, dan tahu perit jerih payah carik duwet..Saya disini, hubby disana..

Dan juga sebenarnye, terpaksa menghadapi beberapa perkara yang menjengkelkan.

Contoh?

Kene jawab soalan2 yang tak kene gaye nye kate orang perak..heehehhe..

Sayangnessss...

Cuba anda fikir dahulu sebelom bertanya ya. Takot2 ada yang terasa hati. Ini soal hati dan perasaan. Bukan boley sukahati je..

Boley faham??

Or lebih suka dengar ayat yang pedas dan menusuk? Saya pakar dalam itu. Sangat..:p

*menggeliat lagi*

Okaylah, lagi 2 jam nak balik. nak siapkan beberapa tugas.

Sudah2lah tu ketuk keybod. Sian keybod..ngeee~

JUmpe lagi di entri lain..

Babai..



Notakakikusekalilagidibibirmu :: Sekadar ketukan jari di papan kekunci yang jojes..


SALAM HUJUNG MINGGU~

Projek Memasak : Sotong Kangkung

Bila kene tegur dengan hubby, baru nak berubah..

Eh, bukan pe, die cakap saya selalu masak gune minyak yang manyak. So hubby sajes makan yang rebus2. Dan ini lah salah satu idea hubby!

iaituuuuuuu...


Sotong kangkong~


Memula nak buat keesokan harinya pas hubby bagi idea tu. Tapi disebabkan beberapa masalah yang ta dapat dielakkan, wa tepaksa buat lusa nya.

Akhirnya, inilah hasilnye..wuwuwuu~

Baek. MEh nak share cara buat die. 

Sonang yo..Semua rebus..~

Memula carik sotong yang kaler kuneng cmni. Die ade jual. Wa tatahu ape name die. Siyes...Sotong ni rendam dalam ayor je. Sekilo agak mahal, tapi ni kite pakai sekor je. Boleh tuk dua orang makan..

Pastu kangkong beli seikat..Beli kat pasar..

Kacang tanah, kite beli singgit. Kacang ni kene goreng dulu dan dikisar. Jangan kisar kasar sangat...*kite tumbok, tu yang napok kasar dan besar.muahahah..

Pitis..Pitis ni boley dicarik dimana2. Kite beli je yang dah siap..

Pastu cili. Potong kekecik...

Ha, senang kan bahan die...?? Senang...

Cara membuatnya ialah, memula, potong dan basoh sotong tu. Boley potong kekecik juga. Ekot anda mahu cemana..Pastu celur sekejap.

Same lah ngan kangkung. Siang dulu, ekot sukati besar mane nak potong, pastu celur.

Kacang digoreng dan ditumbuk atau dikisar. 

Cili pula dipotong kecik2. *tuk sape yang suke pedas..*

Pastu gaul sume dalam mangkok..ngan pitis sekali..kalo nak masin sikit tambah la garam. kalo nak manis tambah la gula sikit. Tapi pitis tu dah secukup rasa dah...

Dan taraaa..boley dihidang...

Siapppp! 

Senang je. kan kan kan...

Nota :: Sotong kangkung ni menu peberet hubby..~ dan sebab teringin nak makan, wa pon buat lah! ngehehe..sebab saya kan suka makan..

oKey, jumpa lagiii..daaaaa~ 


Thursday, May 24, 2012

New task new responsibilities new challenge!

Di waktu 5.34 p.m. pada hari ini, saya siap setel kan sume keje arinih..whoaa..giles betol!!

Well, whole pagi meeting, petang pulak kene serang ngan bos2 cawangan nak blaja pakai sistem. Pc wa jadi mangsa. Nak fokus buat menatang kuneng pon ilang fokus sikit. 

Tapi takpelah. Jumpe kengkawan dan senior2 dan pacik macik yang dah lame berkhidmat kan. :) Alhamdulilah, setel keje..*tersandor kat kusi*

Saya tak stress, tapi suke sebab orang pecaye saya. Suke keje ni sebenarnye sebab memang keje hakiki as KP *nanti pi cek ape maksud gred KP tu*...

Pheww..ujan lebat kat luar. Takot...angin pon kuat betol..*cemane nak pi kat kete nih..nak drive lagi dalam keadaan rabun yang agak dasat. muahahha..adess..oh, lapa jugak perut nih..*

*jenguk lua tingkap*

Whoaa, jem la kat depan tu..aiyaaa~

 *tersandar kat kusi*

Saket penggang nih.. Bukan duduk je kat tempat nih. Tapi ade juge jenjalan. adess...~

Tapi saya senyum saje. weeee~

SEbab???

Orang nasihatkan saya jangan stress2 wat masa nih. ehem ehem..kekeke..

Tapi kan..

Saya happy skang keje ngan staf yang ada nih. Meka rajin, dengar cakap. Walaupun ade yang degil..

tau x??

Kite dah macam mak tiri tau.* kekadang lah...!!

Tapi kite mak tiri baek. muahaha..Siyes, kite happy keje camni. Kekadang stress jugak tapi tak manyak..

Meka juga tamo saya stress. Meka isau mak muda jojes ni dah tak jojes dah nanti..auwww..

Imagine u, anak ramai u deret2, i tetap menten.muahahhaa..~

Eh, samalam ade buat sotong kangkung yu..amboih feedback kt pesbuk..memacam ye. tau le wa tak reti masak..kwakakkak..

Atas permintaan, nanti wa updet blog pasal resipi tu ek. sonang yo nak buek yo..siyess~

*jenguk luar* jalan masih jem. Kat depan opis tak bergerak. oH Oh! Cemana nak pulai tok..uuuuuuuu~

Baek, nanti sambung entri. Saket badan dah nih. Cuba la nak balik. Kang kol bape lak nak sampai umah. *memang tak masak la malam ni*..huuuuu~

babaiiii~

p/s :: baru je cakap keje arini setel. titibe kakak kerani tadbir bawak masok surat paras lutut tuk disain..ohhhhh~ *fitamsss*
 

Tuesday, May 22, 2012

Berhenti berharap

Huh..lme xhapdet belog.byk sawang dh.fuh fuh~

Tade ape nak cakap pon.tgh menahan sakit cik P nak mai.huuu..xsure die dh berjaya mengeluarkan dirinye atau x.huhuu..tgh tbareng ni haa..saketnyewww..huuuuu~

Kalo cik P,tepatlah kiraan saya.xde delay.plus mmg bukan rezeki sy lah tu.hmmmm..dan yes,sy dh xharap pape dah.bukan mnolak takdir tapi tah.tatahu apakah pasaan ini.

Bulan depan genap setahun usia pkhwinan kami.sonok tgok org len.yg kawen kendian pon dah ade bby.sedih mkn dalam woo..tapi hubby pesan,sabar.bia org ckp ape pon.yg penting kite tau diri kite. Memang,tapi,hati xleh tipu kn pa.? :-(  Saya bosan dgn ptanyaan org sekeliling. Saya penat. Yes. Naluri kecil saya tersentuh. Dan kadang2 sy kecik ati juga dgn persepsi sekeliling..meka,mcam xpaham situasi kami..

Kenapa Allah xbagi saya rezeki itu? Nape org lain senang2 je? Nape, nape? Uwaaa...

Nak tido lah.tersangat penat. Dan sakit luar dalam. Takpelah. Mane tau sy okay sikit pasni..

Okay, babai..

*entri tacing..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, May 18, 2012

Jumaat jojes!

Harinih happy semacam. Mungkin sebab hari Jumaat. esok cuti..yeehaaa~

Kalo bab cuti, bagi orang yang bekerja, memang best. Time tu la nak rehat, time tu la nak tido puas2, time tu la nak jadi surirumahtangga sepenuh masa. 

Dan mungkin sebab arini rase jojes, pakai baju kurung finkfink folkadotsdots buatan sendiri...! hoyehhhhh~


SEmangat nak buat baju lagi berkobar2 yuu..esok nak pi umah kak pah..~ menjahit. Budak baru belajar misti dengan cekgu. Sebab wa masih dalam pemerhatian..wuwuwu~

Okeh, lunch lame kang nak pi beli kain tuk buat baju lagi satu. Maknenye baju yang ketiga..hohoho~ Baju kedua pon jait esok sekali..weeeee~

Baju yang ketiga tu plan nak pakai kenduri 2 Jun nanti. Ade invitation yuuuuu~ so, kene la baju baruuu..auwww..*mengada*

 .
.
.

 Meh tengok kad invitation yang wa dapat.. Comel je.. wa suke je kad yang simple but nice cmni. hihiihh...


Kad kawen wa dulu adik wa siap cakap macam gula gula manis..


Ni ade attach sekali kad kawen wa..*kenangan lalu terimbau...ececececehh...


 Ni muka hadapan kad kawen wa~ 

Untuk pengetahuan, kami buat asing2. dan yang mana wa rasa itu adalah satu pembaziran..grrr...tapi takpelah..barang yang lepas usah dikenang..


 Ahaksss..ni pula dalam die..


Kad kawen saye simple je..:)

Tak suke crowded crowded..

Kalo macam gegula manis pon ape salahnye kan? kekekekke...

Dan ade juge cakap macam kad besday..hhehehe..


tak kisah la ape pon, yang penting kami dah selamat diijabkabulkan ..

Dah sah jadi suami isteri..:)

Kan..

KEnangan terindah~

Thursday, May 17, 2012

tak paham or buat2 tak paham??

Tengok tajuk pon wa yang tapaham..

Bosan dengan prangai orang yang tak paham atau dalam erti kata lainnye atau bahasa kasarnya, tak reti bahase..

Titibe rase manyak pula orang annoyying disekeliling wa. Urghhhhhh!!

Stress betol la harinih..

Dan semalam, mujur haku tak balas dalam keadaan emosi..

boleh tolong tak?
1] Kalo wallpost nye adelah bende lain, boley tak jangan titibe nak tanye pulak hal lain kat situ? takbley private message ke? spoil mood la wehhh!

2] Jangan tag mende yang bukan or tade kaitan dengan wa? Macam beg lah, kasot lah, baju lah. Melainkan wa memang nak beli..

3] Jangan mengada boley? Menyampah!!

4] Jangan jadikan alasan itu sebagai 'matlamat menghalalkan cara'. bagi penampo kang!

5] Tolong lah jangan expect tinggi sangat. Saya, manusia biasa..

6] Jangan menekan saya, or terjah sesuka hati kat wall saya. Anda tatahu situasi saya, so fikir before nak komen ape2..

7] Tolong lah blah ! (tuk orang2 yang wa dah blacklist)

8] Jangan buat wa cakap mende sama manyak kali. Sebab bile wa bosan, wa akan diam dan say, babai~


Sediakah saya menggalas tanggungjawab baru? Hubby cakap, cuba. Jangan mengalah..

Baeklah..demi hubby dan kehidupan. Mane tau dapat nek pangkat kan? ngeee~ 
Walaupun yang mengupsetkan diri ialah, level saya cuma itu. Mampukah dan yakinkah? 

Usaha lagi sampai pengsan..

Mekasih hubby. .sayang die..~ <3 

KOrang tak paham sudah..

Aku pon takpaham...


*RAsenye ni entri cacamarba...  

Monday, May 14, 2012

Menyampah boley??

Baek. Memang prasan. Semakin mengada2, semakin menyampah dan meluat pula..

Okeh, ia acamnih. Jangan nak mengada boley tak???? Bencik la!

Ke haku yang emo lebey..Tak tak..

Bukan...

.
.
.
.
.

Tunjuk pasaan.  Memang pon. lalalalala~

Bulan mengambang jauh lagi. Takkan lah?

Rase nak bagi panggggg je bile mengada dah tahap bawah lagi dari adik haku..

Memang ni makan dia..



*eh, apesal arinih..ohhh..hari senin..larikkkkkk!

Sila buang sikap menyampah anda itu ya..sebab nanti muke kekerut..lalalalal..

Tapi, itu faktor persekitaran. bukan faktor kendiri...

Uishhh~

Tapi, memang menyampahlahhh..macam sampah..okay, bye..



Sunday, May 13, 2012

Baju kurung buatan sendiri yang pertama..hoho~

 Ingat tak arituh ade post pasal wa blaja gunting kain tuk wat baju kurung? Ni updet pasal jait sampai jadi baju kurung pula..hoh..cekidauutt~


Itu bukan tangan saya ye..Itu tangan cekgu jait saya..tangan saye kompom kua urat2..

Timer kaseh kak pah kerana sudi membawa mesin jahitnye ke opish pada hari ahad. muahahha..~ Tak banyak applicant, so boley lah menjahit sekejap. Keje pon sume dah setel..



Lihat tawan tawan.Cara mencantum di bahagian ketiak dan pesak yang telah dipotong..



Itu lah mesin jait jojes yang juge bertemakan pink. Kak Pah bawak khas dari rumahnye..kui3..

Oh ya, botol air ijau itu saya punye. dan err, axion itu adelah tempat letak benang ye kawan2..kakakka..klasik youuuuu...~


Itu pula cara mencantum  leher dan mengkelepetkannye kepada keadaan yang lebih santek..woot woot..

 
Ya, itulah hasilnye..muahhahha..~


Kaching!!! Lihat, sudah siap..Separuh saje..wooot woot~


Itu pula cara membuat kain yang mudah dan simple..~ Lihat cekgu saya..hoho...

 
Lihat, ia sudah jadi..taraaa..kain yang panjang dan kurus..itulah saiz saya..muahahaha..~

 
Taraaaaaa~ baju saya sudah siap...tinggal nak pegi jait tepi dan jait jelujur. dan plan nak tabur manik sikit kat bahagian tangan baju..:)

 Dan titibe tak sangka saya ade talent dalam membuat baju kurung ini.woot woot..

*pasannnn*

Pada saya, dalam hidup ini, kite mesti cube semua mende yang rasa nak buat. Nanti tak la menyesal. kan?? :)

JUmpa lagi..tata~


Saturday, May 12, 2012

Simple lunch si married bachelor~


Harinih dapat mud nak masak. Lame juge dapor wa tak berasap. Seminggu dok kt KK makan fastfud je. Adess..Sian perut. Tekak melayu, nak carik nasik, takde yang ekot selera. paspud je la wa telan. 

Ni yang balik umah terus datang rajin nak masak. ngahahah..Ala, rajin2 gituw je..Married bachelor la katekan. Masak simple janji perut terisi. 

Aye bukan le pandai masak pon tapi cube2 je. Mak n hubby cakap, bia tak pandai masak, janji rajin mencube..:)

Maka, dengan ini aye mengisytiharkan lauk pauk untuk lunch pada hari ini ialah ceng ceng ceng...cekidautt~





Ni sayo sawi. goreng gituw2 je~ simple. tatahu nape wa suke betol ngan sawi kontot2 nih.comel je ase. Bile makan pon ase comel je..kakakaka..:P


 Sup ikan. tapi ikan seketoi je. sebab semalam dah goreng. muahaha..malam kang masak lain pulak lah..:P


 Ni tempoyak. DAri buah doyan. Kalo kat semenanjung tempuyak dimakan begitu saje kan? ha, kali ni tumpuyak dimakan mengikut cara orang sarawak. Makan dengan ikan bilis n cili api yang dipotong. perghhh..meleleh wa cakap lu..sedap siot....~



Hoho..arini rajin sikit. buat air laici. Dalam tin..kikikikihhh~ cuma tambah air, goreng dan sedia. tepung cucur adabi rahsianya..

Ha..tu jelah yang mampu ku masak.. simple dan senang..:)

cuma kan best kalo makan berdua..kan..:)