CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, August 14, 2015

Apa citer sekarang?

Semangat kononnya menaip entri ni..
maka, kene gigih.
Mungkin lama tak buat entri.
Jadi, kita buat khas untuk yang nak tahu pengembangan perkembangan terkini kak jojes ini..
bahahahahhah~ 
santai santai je..
takyah stress..
kalau perenggan pertama dah menyampah..
boleh stop baca.
apadehal~

KERJA
Ini RAMAI sangat nak tahu.
Biasalah..
Kalau pegi kenduri ke.
Majlis ape ape ke.
Soklan pertama akan diajukan selain dari tanya pasal anak ialah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

kerja apa.
kat mana.
sebagai apa.
bahagian apa.
best ke.
itu BIASA.

jawab perabih duit laki kang, sentap pulak.
Kerja kita,
sehingga entri ini ditulis.
Masih di tempat yang sama iaitu di Manjung.
Dimana sebelum ini, kita di Kuching dan di UTCKL.
Masih di Gred yang sama.
kuli kuli sahaja.
Gaji, macam biasa, naik setiap tahun.
bahahahah..
Yang turun cuma ringgit je sekarang.
Eh!
*ade la kang kate biasalah, minda orang gomen


KELUARGA
Alhamdulilah..
Mereka sihat sihat sahaja..
Kedua-dua mak dan mama.
abah dan abah mertua.
alhamdulilah.
adik dan adik ipar.
pon sihat..
cuma bebaru ni adik kita bertunang.

kami 5 beradik~


adik ipar kita pulak dapat kerja terus kat tempat dia praktikal.
alhamdulilah..

adik lelaki kita, pon dah mula kerja as pharmacist kat HKL.
tatahu brapa banyak syukur kita nak ucap.
Allah memang beri kita rezeki keluarga yang gembira.
Walau kami agak jauh la.
tapi kami cuba pastikan kami balik dua minggu sekali jenguk mereka.
dulu tak balik boleh la habaq kata jauh la.
flight mahal la..
ni berdesup 3 jam sampai, kalau takde hal, balik saje lah..
kadang kadang, depa nak tengok anak menantu balik je.
Bukan nak duit pe pon.
rindu...~


Dengan makcik makcik dan kekazen masa open house raya aritu..


Kami semua kazen~


KAWAN-KAWAN
Ini juga kita syukur..
Boleh tahu mana sahabat.
Mana kawan.
Macam biasa, kita semakin meramaikan kawan dan mengenali setiap keunikan mereka.
Menerima buruk baik mereka.
Ye la..
manusia kan unik..

Bila ada kelapangan, lawatlah sahabat.
Sebab kita tatahu bila kita ada masa lagi jumpa mereka.
😊


Ini kawan kawan sedari sekolah.
Sampai umur kami sekarang, kami masih bersahabat.
Dah kawen bukan alasan tak teruskan ukhuwwah..
Kan..



Ini kawan kawan dalam base.
Ini la kawan makan.
Gadoh.
Jerit.
Gelak.
Kongsi masalah.
Depa nih lah.
Sobssss..
Harap2 kita teruskan persahabatan ni walau aku dah tak dok sini nanti..


OPEN HOUSE
masa raya aritu,
kita buat la open house sikit.
alhamdulilah..
Kawan-kawan ramai datang..

Masa masuk rumah ni, tak sempat buat housewarming..
ni nak keluar dah ha..
maka, buatlah..
lagipon kita suka rumah bising-bising..
riuh riuh..
best..
Hahahahaha~



Jiran jemiran sama blok.
Sorang takdak..belum sampai.
Yay, ade jiran.
Eh..!


Yang ni pulak, somi kami sama skot.
Dan kami berkawan juga.
Kalau ekotkan, ramai..
Tapi ada tak buleh datang sebab depa dok merata..



Ini kawan kita jugak..
Seronok melayan anak anak depa.
Hihihikk..
Mekaseh datang..!😊😊



Ini +Makbed Journal ..
Sapo tak kenal dia..?
Eh, kan..
Tah camane pulak kami kenai.
Lupa..
Hahahahaha..

Dia ejen insuren kita.
Kalau nak beli insuren, sila contact beliau..



Ini kawan kawan sama opis.
Seronok!
Depa mai...
Alhamdulilah..
Dah macam kenduri pulak masa depa mai.
6, 7 kereta..
Hahahhaa..



Ini kawan kita.
Dia datang masa orang semua dah balik..
Padahal umah depan tu ja..
hahahaha..
 
Tapi takpa..
Senang nak menyembang..
Okeh, bergambar itu harus..


BISNES
Bilis goreng pedas a.k.a bilis pedas meletops dah jadi salah satu barang dagangan dalam membuat duit poket tambahan..



duit gaji tak cukup ke?
alhamdulilah cukup.
cuma nya, kreativiti lebih terserlah.
orang tahu kita suka explore.
suka belajar menda baru.
Nabi pon suka umat dia timba ilmu.
dari dok saje, men hempon, men game.
bek gunakan sebaiknya telefon pintar yang semakin pintar sekarang..
ewah..hahahhaha..

bilis ni pon dah masuk butik di Ceciter House kat Manjung.
dekat dengan AEON..
Bawah PERSALAM.






kopisusu tak jual dah ke?
masih jual.
tabaek tau..
negetif betui.
kahkahkah..

tak penah tengok pomot pon..
kang pomot larik pulak.
rileks la..
berniaga kan kreatif..
sekarang, kita berangan nak ada home office sendirik..
kita teringin nak keje dari rumah.
tapayah pegi keje hadap jem bagai.
ne tau sok anak 8 orang.
sesambil tu boleh tengok tengok depa ye dak..
kata nak jadi supermom.
kih3..


ANAK
rezeki ni Allah yang kasik.
Maka, dia belum makbulkan doa kami.
Ada la hikmah nya tu.
Jadi, kalau nampak kami datang berdua je, toksah la gatei mulut tanya,
takde anak lagi ke...
bajet nak berjalan tinggai anak kat rumah buat susu sendiri ke ape..
berpada pada nak bertanya.
nak bercakap.
orang macam kami ni sensitip tau.
kalau setakat berbasa basi, toksah le..
rentikan lee...

tanye la soklan yang menguji minda sikit.
ini, kalau kita tahu, kita boleh je jawab.
ni memang tatahu.
apada macik macik nih..
sentap tau..
kahkahkah..

yang belum ada anak, bertabah ya.
nanti kalau tak abeh abeh tanya.
Jawab ja, macik ni bila nak mati nya..
eh, terlepas pulak.
sambil totop mulut..
diva sangattttt..
aummm...~ 

Maka..
Itu je la pengembangan perkembangan terkini kita.
biasa biasa saje..
 Alhamdulilah..
Allah dah atur yang terbaik.
maka, bersangkalah baik.
Kalau tak mampu buat yang baik baik.
cakap la yang baik baik.
nescaya, yang datang pon baik baik belake..
kan...

Hah..ini masa sabtu lepas..
Jemputan ke kenduri Lt. Aziz TLDM.
Anak buah somi kita..
Eh, haruslah ekot..
kita suka pegi kenduri..
sebab makan.
hahahahahha~



Okeh, posing sikit..
hiks~


udah le tu..
nanti kita updet lagi..
yang raya punya..
walaupun ini pertama kali tak balik raya walaupun dekat.
tapi ada benda best dan spesel raya tahun nih.
yayyyyyy!
nak updet tu tatahu bila..
kah3..

jumpa lagi..
babai~

Nadea Ramly
xoxo