CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, June 23, 2021

"Tak boring ke?"

"Tak boring ke sorang-sorang?"
"Tak bosan ke duduk rumah sorang-sorang?"

Dari lah mak bujang merantau ke negeri orang, sampai lah kawen dengan cik abang hingga ada anak seorang, ini soalan pemes yang selalu diajukan.

Cengginilah.

Mak ini, setakat ini alhamdulilah, tak pernah rasa bosan. Setiap masa yang Tuhan beri mak cuba nikmati dan isi sebaiknya. Mak isi dengan aktiviti yang mak suka buat.

Ya.

Mak suka ambik gambar.
Mak suka mengemas.
Mak suka menulis.
I do whatever i love. 

Bila ada diva, mak cuba kembangkan lagi idea dan kesesuaian minat mak dengan dia. Sebab mak tahu dia melihat mak as her role model. Dia buat apa mak suka buat. 

Hikmah PKP, banyak benda kami buat sama sama. Walaupun mak kerja dari rumah yang hecticnya melebihi dari kerja kat pejabat, mak cuba akan beri masa untuk mak buat apa yang mak minat. 

Banyak benda nak buat kat rumah selain house chores yang takkan pernah habis tu.

Kau boleh mengecat.
Boleh tukar susun atur perabut.
Cuba resipi baru.
Tulis blog.
Tukar konsep rumah.
Menukang mungkin juga.

Nak spiritual sikit, masuk kelas mengaji. Belajar bahasa arab. Join kelas PJJ banyak dekat telegram nun.

Minat menjahit, masuk kelas menjahit. Minat ambik gambar, masuk kelas fotografi. Minat berkebun, gali ilmu pasal kebun. Minat meniaga, hah, jual la apa pun janji halal. 

Banyak beb.

Jangan lah dok kecikkan pemikiran tu dok rumah je bosan. Taktau nak buat apa. Banyak benda kau orang boleh create bila ada kat rumah. Lagi mudah bila kau bujang atau sorang-sorang atau senang kata banyak sangat masa sampai taktau nak buat apalah. Sebab kompom kompom life yang ada anak ni memang super duper bz gila babss.

Kau boleh lah, laki takde nak layan. Kata nurtizen. 

Eh kemon weh. Ada suami lagi boleh nak buat aktiviti sesama. Ia bukan alasan.

Kegembiraan kita ni, kita je mampu create. Jangan sesekali ukur dengan orang lain. Dekat situ dah nampak kau tak gembira, dok telek gembira orang lain. 

Lepas tu, sentap.
Dah sentap kang, bergaduh pulak dengan orang.
Dah bergaduh tu, pergi up status ajak orang sokong perangai kau yang entah apa apa tu. End up, kawan kawan kau yang konon ramai nau tu pun menjauh. Dan tinggallah kau sorang meratapi hati yang telah dilukaiiiii..akuu sedarr betapa hinanya ku dimatamu. *Tiber*

Ha. Kan sorang sorang jugak tu kan akhirnya. 😑

Situasi mak, everything i do by myself. So mak kena jadi seorang yang 'kena-tau-semua-benda' dan 'kena-buat-semua-benda'. Iyalah weh. Laki jauh weh. Time laki balik boleh la buat bodo-bodo sikit. Time takde, ha buat la kau sana bila dah terpaksa.

Poin mak kat sini, bukan mak suruh kau buat semua benda sampai tak tidur, tak makan bagai. Cari benda yang boleh isi masa lapang (dibaca : bosan) kau orang tu, untuk buat sesuatu yang berfaedah. Explore. Latih otak kita berjalan dan berfikir. Kena ada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Kalau ini tak lepas, camana nak sampai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Tiber lagi.

Dan, tak perlu pun sampai membazir duit. Banyak aktiviti boleh buat dengan zero cost yang guna apa ada dirumah saja. 

Betul, memang susah. Tapi lama lama kau orang misti okay. YouTube pun banyak boleh refer.

Mak tulis ni, bukan suruh orang yang dah sedia sibuk menyibukkan diri lagi. Ini, untuk orang yang dok mengadu kat mak kata bosan takdak apa nak buat kat rumah sepanjang PKP ni. Suruh eksesais kang sentap lagi. Eh!

Mak bagi atas nun, contoh saja. Nak memberi idea kot kot la ada yang tak terfikir akan benda benda tu semua so mak tukang fikirkan untuk kau orang. 

Agitchew..

Hah, sekarang ni mak pulak tertanya-tanya. Adakah mak ni seorang yang pelik sebab tak pernah rasa bosan dalam hidup dan ada je benda nak dibuat. Dengan tohmahan lagi konon-konon mak saja buat gitu nak attention, nak buat content. 

Ha nampak. Kan busuk hati namo eh.

Nak attention buek apo. Den bukan retis. Bukan bisneswomen. Channel pun takde. Meniaga apatah laei.

Den cumo nak kongsi bondo bondo best. Aktiviti seharian den dengan diva. Sonang la waghih waghih nak tengok walau dialam maya. Nak whatsapp kadang tak ado maso. Den kan bz.

Den pun bukan macam ekau, taip tak eja penuh, buat status hanging buek orang tertanyo-tanyo bila jawab, biarlah rahsio. Apokobondo aih.

Den proofread limaploh kali sebelum post hokeh. Den ado standard posting den sendiri.
Den takkan post bondo bondo yang merosakkan reputasi den as mak yang osem lagi menawan serta bijak bestari. Hah, gitchew.

Entah-entah, kau orang ni kot yang membosankan. Udah semua benda rasa bosan.😎😎😎

Percayalah, bidup ini indah untuk dinikmati. 😘

Hmmm. Gurau pun sentap. Chow!

Regards,
Mak Diva Suka Bebel

#nadearamly

Monday, June 21, 2021

Aiskrim Sumi dan Mangga

Ini tajuknya nanti, mak buat apa Sabtu itu hari.

Okeh. Nak simpan resipi kat sini, kononnya mudah nak cari nanti.

Aiskrim sumi.

Bahan-bahannya.
3 cawan air
1 cawan susu cair
1 1/4 cawan susu pekat manis
3 peket sumi (sumi dibelah empat atau ikut suka kau orang)
1 sudu besar tepung jagung
Perisa atau pewarna yang korang suka

Cara membuatnya:
1. Masak air, susu cair dan susu pekat manis hingga mendidih.

2. Kecikkan api dan masukkan tepung jagung tadi. Kacau hingga nampak pekat dan tutup api.

3. Masukkan perisa atau pewarna yang korang suka. Kalau taknak pun takpe sebab mak tak letak.

4. Sumi yang dah potong empat tadi masukkan dalam plastik aiskrim atau bekas popsicle camni. Mak guna ni saja, senang. Heeee.

5. Lepas tu masukkan bancuhan yang disejukkan tadi dalam bekas popsicle tu. Siap!

6. Masuklah dalam peti ais kome dan tunggulah sampai sejuk dan keras.

 


Aiskrim mangga mak guna resipi ini juga bezanya, sumi tu ganti la dengan mangga.

Just nice dan tak manis sangat. 😘

Selamat mencuba..

#makmasakapaharini #PhoPbyNadeaRamly

Bila dak diva tak tidur siang..🥴🥴🥴

Bila anak kau tak tidur siang, beginilah jadinya.

Aisyah ni sejenis selagi boleh tahan mata, dia akan tahan. Situasi dia macam petang tadi lah. Eksaited set karaoke dia sampai, sampai lupa nak tidur.😑😑😑

So pukul 7 petang tu dah nampak mata dia kuyu. Ini petanda takbest! 

Mak tanya, ngantuk ke? Dia angguk angguk kepala.

Makan dulu. Arah mak.

Dia akur.

Suap dah nak habis semangkuk, dia kata stop. Nak masuk bilik. Ngantuk dia takleh bawak bincang dah gais! 

Dia naik katil, bawak henfon. Mak pun keluar nak basuh pinggan dia, dan makan terus lah malam kan.

Lepas mak habis makan dan kemas dapur sikit, mak masuk bilik nak jenguk dia.

Hanyut!

Kul 7.30 woi. 

Mak jem. Ini samaada dia akan lajak tido sampai pagi atau akan bangun selepas 3 jam.

Laju laju mak solat. Jemur kain. Angkat kain lupa angkat siang tadi. Buang sampah. Sapu rumah. Dan bersandar melepas lelah. Dapat la tengok berita dengan aman dan I Can See Your Voice Malaysia sejekap bilamana taklama tu mak dengar suara dia merengek dari dalam bilik. 

Mak jenguk, ya, dia tersedar!

Cepat cepat mak tutup tv, lampu semua, mak masuk bilik, baring dan tepuk tepuk dia sikit suruh tido balik lah kononnya.

Usaha mak gagal!

Setengah jam cuba buat buat tidur last last mak kena game. Mata dia bulat. Dan mula nyanyi nyanyi gembira.

Oh men!

Mak tumpas.

Mak suruh dia cakap, hai papa, dekat voice message whatsapp.

Apak balas.

"Aisyah dah bangun?"

Aisyah balas melalui voice message whatsapp juga. Terus bapaknya video call. 🥴🥴🥴

Hah, kena la bukak lampu. Apalagi sembang sejam dua, lepas tu melompat lompat atas katil. Bateri dah full charge tadi kan. 🥴🥴🥴

Habis cakap dengan bapak dia, mintak apple pulak. 

Dia nampak mak shoot apple tadi, tu dia mintak. Adoi..

Dan mak pun ke dapur lah pergi potong buah apple favourite dia tu. Mak potong sebijik.

Habis.

"Mama, nak lagi." Kata dia.

Nak apa, tanya mak. Konon-konon tak paham. 

"Nak apple lagi."

Mak macam, 😂😂😂. Okaylah, jom potong epal lagi. Epal yang kalini mak beli kecik je. Sebelum ni besar. Tu agaknya sebijik tak cukup. Husnuzon.

Siap sebiji epal mak potong.

Makan sambil tengok YouTube Kids dia, lepas tu habis. Mak buat derk je.

"Mama, nak lagi." Kata Aisyah.

Mak pandang dia pahtu gelak. 

"Nak lagi? Cukuplah. Mana boleh makan banyak banyak." Kata mak.

Alahai malasnya nak pergi dapur sepuluh kali tetengah malam gini. Dah pukul 12.15 tengah malam uiiiii.

Masa mak taip ni, mak tengah cuba melupakan apa dia nak. 😂😂😂

Dia pun tengah berjoget sakan, nyanyi gembira, yang mak taktahu bila dia nak tidur balik ni. Mata mak dah rabak dah ni siang tadi berkejar-kejaran buat phop challenge aiskrim. 😂😂😂

Tak apalah. Kejap lagi mak buatkanlah susu sikit. Dari siang tadi dia baru minum sebotol. Makan banyak kan. Mak kurangkan lah susu.

Bagi lagi masa setengah jam, pakaikan pampers dan bagi susu, paksa tidur.

Mementang mak kau WFH kemain tidur lambat. Jangan mak jadi tarzan udah kejap lagi. Huuu.

Ni la sempat mak snap muka hepi dapat makan buah epal. 






Oh la anak. 😂😂😂

#AisyahMaritza #AMjourney #3y

Sunday, June 20, 2021

Aiskrim Sumi diva

Okeh, tadi mak hantar phop challenge aiskrim mangga kan. 

Ini, owner aiskrim sumi pulak. 



Masa pembikinan letak sumi tu mak takdan nak snap. Sebab kena bukak satu satu sumi tu. So ini jela mak dan simpan. 


Jadilah popsicle sumi dari diva Maritza. Lima minit lepas letak dalam peti ais dia tanya boleh makan tak. Aiyark!

Aktiviti semalam mak baru up harini sebab mak baru dapat phop hasil popsicle diva yang berwarna warni itu. Yeahhh..


So tadi dia makan tiga terus. Nak warna pink, and orange and green kata dia. Lepas hajat sungguh eh.

Terimalah popsicle sumi diva yang di phop kan mak untuk hari ini. 

Zasss!

#AisyahMaritza #AMjourney #3y

PhoP Challenge : Aiskrim

Mencabar betul shoot aiskrim ni. Dapur berkecah. Studio basah. Bergaduh dengan anak. Ya rabbi. 😅😅😅

Aiskrim homemade kami dua beranak. Dak diva la dok berzikir nak aiskrim nak aiskrim. So buat la terus guna apa ada.

Acuan popsicle tu Nad beli kat DIY masa PKP 1.0 dulu. Tak sangka berjasa sampai ke PKP 3.0 ha. 🤣🤣🤣

Memeriahkan phop challenge dari Kak Pah dengan tema aiskrim. Zassss!!



#PhoPbyNadeaRamly #Aiskrim #phopchallengebykakpah

Friday, June 18, 2021

Puding Lumut

Bila teringin, mula lah mereka nak masak apa. So, cuba la buat.

First time nih. Tawar pulak. Takut nak letak gula punya pasal. Derhaka lagi dengan resipi. Padan muka. Kahkahkah.

Tapi, dari luaran, nampak cantik tertarik kau memang de bomm khen.  

Sama lah macam iklan. Roti gebu daging tebal yakmat sekali sampai kat kau, biar ku rawat duka nestapa. Tiber.


Resipi carik sendiri eh. Mana entah letak ritu. Huhuk. 

Okbai.

#makmasak #pudinglumut #PhoPbyNadeaRamly

Thursday, June 17, 2021

Bomboloni Red Velvet

Kali ni mak beli Bomboloni Red Velvet pulop. Sedap, mantop, melatop!

Oi la. PKP ni makin naiklah badan mak ui.

Kejap lagi ada miting. Good morning!



#PhoPbyNadeaRamly

Wednesday, June 16, 2021

Masak lemak cili api ikan masin dengan asam kundang

Ada kawan Nad kasi buah asam kundang. Ku taktau nak buat apa. Buat jeruk, tak makan sangat. So google resipi apa boleh buat, tadaaaaa.

Masak lomak cili api asam kundang dengan ikan masin. So kat situ ada pedas, masin, masam. Which is pada Nad, dikira balance. Nampak belah belah Negeri Sembilan banyak buat gini eh?


Ada sikit lagi Nad try la buat jeruk. Mana tau sekali sekala teringin nak makan kan.

Oh ya. Ini first time Nad tengok buah kundang ni depan depan. Sedih kan. Kahkahkah. 

Biji warna ungu. Takpayah buang kulit. Cuci bersih bersih. Pahtu ikut kau orang la nak buat apa. Nad semalam ku buang kulitnya. 🤣🤣🤣🤣

Tempat korang buah ni dipanggil apa? 

#makmasak #phopbyNadeaRamly

Monday, June 14, 2021

PhoP Challenge : Biskut dan jem

PhoP challenge kembali!

Butiran PHOP CHALLENGE adalah seperti berikut:

Theme : BISKUT DAN JEM
Submission : 11-13 Jun 2021 (ada masa 3 hari)
Time : 10.00 a.m Jumaat - 8.00 p.m Ahad

📌Angle  : FLATLAY SAHAJA
📌MODE : BEBAS
📌NO B&W
📌INDOOR SAHAJA

#PhopChallengebyCikT
#BiskutdanJem


So, here it is. Nad punya biskut jem yang di snap dengan sakit pinggang. Hahahahaha.


Jadilah kan, memeriahkan challenge kawan-kawan.

Zasss..!

#PhoPbyNadeaRamly

Sunday, June 13, 2021

Task Alumni APC : Noodles and Chopstick Set

Task : Noodles and chopstick set
Submission : 13 June 2021, Sunday
Time : 3 p.m. - 5 p.m.

Bila tang task, mula lah tak kena itu ini. Tapi yang pasti, teringin makan mi kolok dan rasa kompom takleh lawan ori dari bumi Kenyalang nun.

Eh, dah polah mi kolok, kakar la Sarawak nak. Yih!

Task Alumni APC dengan tema noodle and chopstick set, settle! Bergegar indah hantar gambar tek koh. Kof kof kof.

Okbai.


#phopbyNadeaRamly #TaskAlumniAPC

Saturday, June 12, 2021

PKP 3.0 sambung lagi weh!

Dalam taktahu nak masak apa, jadilah rendang ayam makan dengan ketupat palas yang difrozenkan. Lauk diva mak buat masak lemak kacang buncis dengan fish ball. 

Kata raya habis dah kan harini. So tema penutup raya la lauk kita harini. 😂😂😂

PKP 3.0 sambung lagi you all dari 15 Jun 2021 sampai 28 Jun 2021. 

Bertabahlah!


#PhoPbyNadeaRamly

Thursday, June 10, 2021

Mengecat di hari PKP..

Bila mak kata nak ngecat, terus kita kata,

"Yay. Let's painting!"

Mak terkebil-kebil dengar. Misti mak fikir kita terpengaruh dengan episod Eli dengan Pocoyo cat rumah tu.

Mak bagi berus, kita nak roller.
Mak panjat tangga nak cat, kita suruh turun.
Mak kikis cat kering, kita suruh stop. Mama ambil gambar Aisyah kata kita.

Mak akur.

Mungkin sebab harini anniversary dia. 🤭🤭🤭

So lepas berhempas pulas dua jam gitu, taadaaaa..

Terimalah masterpiece kita kat dinding ini sempena anniversary mak apak kita. 😘😘😘

Mak kata kalau dia rajin, dia nak tukar shiplap idaman dia. Tapi harapnya mak lupa lah hajat dia tu. Sebab tengok diari mak, banyak sangat benda yang dia nak buat. 😪😪😪

Apapun, mak ucap terima kasih pada yang doakan dia. Mak sangat sangat menghargainya. ❤️❤️





Rumah kecil bahagianya besar. ❤️

#RumahManisRumah #BBSAP #AisyahMaritza #AMjourney #3y