CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 23, 2013

Naluri seorang aku..sobss..thank you sir..

Lain orang, lain kerja, lain pengalamannya...
 
19.12.2013
tarikh yang kita takkan dapat lupa sampai bila2..
yang mana, hati naluri kita tersentuh abis..
dalam kasar2 kita.
dalam ganas2 kita..*ganas ke..
kita tetap seorang wanita..
kita tetap seorang anak.
dan kita tetap seorang isteri...
 
jam 11.45 pagi, budi bicara kita sebagai seorang pegawai *pada masa itu* diperlukan.
bagi satu kes cabutan daftar kematian..
kita, terus kedepan membantu petugas kaunter kita..
kita lihat seorang lelaki inggeris..
agak berusia pada perkiraan kita..
oh..
maaf..
sangat berusia..
*setelah lihat tahun kelahirannya pada MyPR nya..
seorang pemegang kad pengenalan pemastautin tetap.
ingin memohon cabutan sijil lahir kematian isterinya..
dimana salah satu prosedur yang ditetapkan tidak dapat dipenuhi oleh beliau..
setelah dihampiri, beliau nampak agak beremosi dengan tuntutan kami..
sambil memegang kepala..
 
kita cuba meminta beliau bertenang..
dan kita terus buat keputusan..
berdasarkan keadaan beliau..
yang sangat uzur..
disini, naluri kita sangat tersentuh..
 
semasa proses kemaskini dilakukan, kita berbual2 dengan beliau...
ini sedikit ceritanya..
 
Beliau seorang warga Britain.
dan telah lama menetap disini..
bertemu jodoh disini juga..
wanita pilihannya adalah seorang wanita berbangsa cina yang saya kira, agak cantik.
*berdasarkan salinan kad pengenalan yang masih disimpan beliau sebagai kenang-kenangan.
Beliau seorang tentera..
berkahwin pada tahun 1979 dengan wanita pilihan hatinya.
ada getar dihujung suaranya..
kita pandang wajah beliau yang bekedut seribu..
sambil bercerita, kita nampak, betapa gembiranya melalui fasa perkahwinan tersebut.
bersama wanita yang dicintainya..
 betapa bahagianya mereka semasa hayat isterinya masih ada..
dari matanya yang redup..
kita tahu, dan kita rasa, betapa beliau menyayangi isterinya...

Namun, kebahagiaan mereka hidup berdua dan tidak dikurniakan sebarang anak..
Mereka tetap hidup gembira..
Sehinggalah isterinya meninggal dunia, sehari selepas hari krismas..
dan rupanya, keluarga wanita tersebut, seolah2 tidak merestui perkahwinan tersebut..
Beliau tetap cuba untuk berbaik..
Namun, tidak berjaya..
Beliau cuba bertanya khabar..
Namun dibalas dengan kata2 yang menyedihkan.

Beliau juga pernah disarankan untuk balik semula ke negara asalnya selepas kematian isterinya..
Namun, beliau sudah jatuh sayang dengan bumi Malaysia..
Sabah adalah negeri pilihannya untuk beliau settle down segalanya..
katanya, Sabah adalah negeri tercantik yang pernah beliau pergi..
Pada kita, orang yang sarankan beliau begitu tidak professional..
Maaf cakap..
Jangan cuba jump into conclusion tanpa liaise dengan jabatan yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hal ehwal warganegara..

sekali lagi kita sedih...
ada lagi orang bersikap begini.
cerita beliau tersekat-sekat..
dek kerana berasa pening kepala dan pendengaran yang tidak setajam dulu..
tapi beliau masih sudi berkongsi cerita..

menurutnya lagi..
beliau kini tinggal seorang diri..
dan menguruskan segalanya seorang diri..

nak menitik ayor mate kita tahu..
kita tengok sendiri keadaan beliau depan mata..
kita terbayang abah kita..
dapat ke kita jaga abah kita nanti..
tersentuh abis naluri pompuan kita..

kita mintanya tunggu sementara sijil itu dicetak...
Allah..
sekali lagi, kita teruji pabila melihat beliau bangun dari kerusi terhuyung hayang sambil memegang kepala..
sakit agaknya..
sambil memegang tongkat yang membantunya berjalan..

kita cecepat ke belakang.
tak tahan rasanya nak tengok..
takot nangeh depan orang ramai..
dan esp staf kita..
huk3..
 
kita janji, kita akan serve sampai beliau keluar dari pintu premis kami..
lepas selesai tugas kita, kita terus mendapatkan beliau yang sedang duduk di kerusi menunggu pelanggan..
beliau tetap melemparkan senyuman dalam kesakitan...
katanya, u are very kind woman..
itu yang sentiasa diulang dari awal beliau bercerita...
kita mintak beliau jaga diri..
masa beliau nak bangun pon, masih seperti terhuyung hayang..

sekali lagi kita nak nangis..
kita nak papah tapi beliau kata beliau okay...
sepanjang ke pintu, tak lekang ucapan terima kasih.
dan sehingga ke pintu, kita tak lupa gtau beliau, 
pliz take care sir..
take care of yourself..

ah..
nak nangiss..!

dan sebaik melangkah keluar dari pintu, beliau melambai dan berkata,
thank you lady..
u are such a very kind woman...
dan kita melambai semula sambil tahan air mata...

ape yang kita pikir masa tu?
camane beliau balik ke rumah dengan keadaan begitu..
camane beliau uruskan urusan harian dan di pejabat2 lain jika ada urusan tanpa dibantu sesiapa?
camane turun tangga?
camane naik lif.?
dan macam2 soklan dalam kepala kita..
kita risau..
sebab kita terbayang bapak kita..

kita cuma mampu doa beliau selamat sampai rumah dan urusan2 nya yang tertangguh.

mungkin takde orang rasa ape kita rasa..
sebab kita yang alaminya..
kita yang rasakan segalanya..

Thank you Sir Dennis Walch...
u teach me something today..

dan terbukti, kita memang berhati lembut..
dan sensitif..
Kita taip cerita ini di pesbuk...
sambil nangeh2..
*tapi kaber la..nti orang napak..hahahah..

Salute kat petugas kaunter kita...
Mereka kebal dan kuat emosi..
kalau kita kat kaunter lama lagi dan teruskan dengan cerita beliau, kompom haku nangeh dahhhhhhh...!

Thanks Allah for this experiences..
sob sob...~