CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, January 8, 2017

Daging salai segera.

Setiap jumaat rutin KakJojes ialah membeli barang dapur selepas balik kerja untuk stok hujung minggu kalau tak balik SB. (Dibaca Sungai Buloh). Memandangkan tidak pulang ke SB minggu ini, maka peti ais perlu dipenuhkan untuk dua hari ini. Kau orang ingat KakJojes taktahu masak?😏

Sedang asyik nak memenuhkan troli, tiba tiba adrenalin KakJojes merembes dengan laju pabila ternampak bungkusan daging salai! Terus dapat idea nak masak lemak cili api daging salai. (Kegemaran somi nih!)

Disebabkan kemain payah nak dapat dan jumpa daging salai disini, tanpa berfikir panjang bungkusan tersebut selamat masuk troli KakJojes. Dan tadi selamat lah menjadi masak lemak cili api daging salai walaupun blender rosak dan tiada lesung batu. Pergh, sedappp tahu! 

Itu orang kata, nak seribu daya, taknak seribu dalih. Masak ni toksah malas. Betullah kata omputih, ompompuan ni kalau belajar tinggi pon ke dapur juga. Melainkan kau memang malas tahap dewataraya dan kau ada bibik 10 orang yang boleh layan tekak kau tak habis habis. Kau tahu nikmat goreng telur pun dah sedap pakai tangan sendiri? Ha, taktahu pegi main jauh jauh.

KakJojes beli kat pasaraya TF. Harga kalau tak silap RM12. Tadi masak separuh saja untuk makan tengahari dan malam. Jadilah kan. 😊 Syukur. 

Tahan ke bagi laki makan nasi lauk bungkus hari hari? Tanya je. Bai.


#nadearamly #kakjojes #makbebel