CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, August 4, 2017

Reunion 54..

Pada tanggal 29 Julai itu hari,
Berlangsungnya reunion bloodbrother 54 di teratak Puan Nana Gomez dan Tuan Bismi di Bangi.

54 tu amende.
Misti kau orang tertanya-tanya nombor apekah itu.
Adakah reunion yang lahir tahun 54 ke?
Atau ada maksud disebalik nombor 54 itu?

Aha..
54 ini intake suami KakJojes zaman Navy depa dulu.
Depa plan buat reunion.
Nak jumpa balik la katanya.
Yang buat somi KakJOjes tu terbang dari Langkawi nun sebab nak jumpa buddy buddy dia masa zaman kadet dulu ni lah.
Bloodbrother katanya.
Hah, aku ye kan saja.

Jadi yang jadi bini ni, melonjak kegembiraan lah.
Maklumlah, bukan selalu berjumpa.
LEpas tu bukan semua la dekat KL.
Merata-rata seluruh dunia.
kahkhakhah..

Macam mana kami bini bini ni kenal?
Dulu dulu siapa yang suka mengekor laki pergi buat Sword Bearer, banyak la kenal.
KakJojes tak la semua ekot.
Sebab masa itu pon somi kat KK, KakJOjes kat Kuching.
Bila time kami balik atau kebetulan balik, baru la join.
Zaman zaman KakJojes kawen pun masa tu ramai juga intake depa kawen.
so sekali gus la.
Seronok woi makan kenduri.
hahahahhaha.

Okeh, suami ini pula terdiri dari yang masih berkhidmat dan telah pun bersara termasuklah lakiku itu.
Kau orang pula jangan la dok kata, eh kawen dengan orang tua ke kalau kami kata kami ni bini pesara tentera.
aiyoh..
Ada saja yang muda muda dah bersara.
Cari pengalaman diluar katanya.

Okeh.
Plannya berlangsung dalam grup whatsapp somi somi dan kami bini bini ini ekot saja lah.
Tema nya ialah potluck dan tuan rumah nya ialah pasangan Nana Gomes dan Bismi serta Mikhail anak bujang depa.

Majlisnya bermula selepas Magrib tapi lepas isyak je macam baru mula..
kahkhakhkha..

Kau tahu, KakJOjes dan somi orang pertama sampai ke rumah tuan rumah.
Kau nampak semangat nya disitu..kahkhakhkah..
 Padahal kami la kot paling jauh antara semua..
Jauh laa sangattt..

Tapi apa pun majlis hari itu sungguh meriah.
Dikhabarkan ada 16 pasangan yang hadir. 
Yang paling rare, sate sampai 300 cucuk.
Rezeki namanya..

Alhamdulilah masih diberi peluang dan kesempatan untuk berjumpa kawan kawan lagi. 
InsyaAllah sila la plan buat reunion luar KL pulak.
hahhahaha.

Eh, mari lah layan gambar.
zass..







Sebenarnya ini hanya sebahagian kecil bloodbrother 54 ni.
Masing-masing ada hal.
Biasalah kan.

Dan maaf la gambar makanan tak ada.
Semua pakat dok menyembang dan makan. Hahahhaa.

Apapun, terima kasih tuan dan puan rumah.
Kenyang sampai esok paginya.
😉

Jumpa lagi next entri.

Boii.


No comments:

Post a Comment