Mee tarik ke mi tarik??
Tak kisah la apa pun ejaannya yang penting halalll.
Okeh.
Kau orang tahu KakJojes baruuu je try masak mee tarik.
Kesian betol.
Hahahaha..
Masa beli barang dapur, terpandang la bungkusan macam spageti tu tapi yang ni macam lain sikit lah.
Baca baca, mi tarik tulisnya.
Tak pernah cuba, tu yang beli terus.
Dan petang tadi KakJojes teruslah mencubanya.
Taraaaa,..
Ini nama dia, mi tarik kakjojes the mojes.
Kahkahkah.
KakJojes campak campak saja dalam kuali weh.
Siap, ngappp!
KakJojes guna mi tarik yang ni.
Perisa asli menjadi pilihan.
Dia ada oat. Ada apa tah lagi satu.
Tapi untuk beginner macam KakJojes ni, amik yang asli udah laa..
Bahan bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan ni ikut suka kau.
Kakjojes letak bronkoli sikit.
Cendawan sikit.
Fishball potong kecil dalam 3 biji.
Dan cili api.
Bawang kau racik saja.
Ini mi tarik yang kau orang dah rebus tadi.
Jangan lupa letak sedikit minyak.
Takmo bagi dia melekat.
Lepas rebus, toskan.
Cara membuatnya :
Kau nampak step atas tu?
Sila ikut arahan.
Hahahhaa..
Last skali tu Kakjojes letak herba-herba sedikit.
Dan oregano.
Nak bagi dia rasa best.
Gaul rata.
Goreng sampai kau puas hati.
Tutup api.
Hidang.
Makan.
Buat air kopi.
Perghhhh..
Terangkat beb!
Senang je kan?
Bolehla kau orang cuba nanti..😉
Jumpa di lain entri bebeh!
😘😘😘
#nadearamly #kakjojesmasak
No comments:
Post a Comment