"Masih ingat saya?"
Lelaki berbadan sasa yang duduk dihadapan KakJojes dan dua orang lagi panel tribunal mengangguk.
"Ya, saya ingat cik." Katanya. Senyum.
"Benda sudah mahu jadi Cik walaupun Cik pernah cakap jangan jumpa Cik dalam sesi tribunal masa Cik kahwinkan kami dulu." Sambungnya lagi. Tunduk. Kesal mungkin.
"Baik. Boleh kita mula?" Dan KakJojes masih disitu, menguntum senyum.
.
Usia perkahwinan, dua tahun setengah. Mahu berpisah.
Alasan, taktahu apa isteri mahu. Juga jauh dan tidak duduk sebumbung. Campurtangan keluarga pula hujah si isteri selain suami tidak kisah hal dirinya dan anak.
Dan perang 'cerita' dan 'fakta' pun bermula.
KakJojes senyum saja. Kita tunggu pendengaran ketiga. Kebenaran akan muncul jua. Tidak dapat didamaikan? Mahkamah kan ada. Berlawanlah kalian disana.
KakJojes belajar apa lagi hari ini? Syukur. Ya, syukur. Yang tak semua orang tahu syukur itu apa, bagaimana dan mengapa.
Sesi tribunal untuk lapan fail hari ini tamat pada jam 1.30 tengahari.
Oh ya. KakJojes yang kahwinkan mereka dahulu. Kau rasa lepas itu KakJojes rasa apa?
Aimi Nadiah Ramli
Yang Masih Syukur
#kakjojesatwork
No comments:
Post a Comment