CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, September 23, 2019

Berdaun dah pokok kunyit mak.

Mula mula masa abah mak tanam kan dulu, mak tak yakin langsung ia boleh hidup begini. Mak tunggu tiga minggu ia masih begitu. Mak hanya nampak rumput rumput kecil yang tumbuh menumpang pasu ini.

Pagi semalam baru mak perasan, ia sudah mula menunjukkan daunnya.

Mak ini, tidak minat berkebun sangat. Masa kecil dulu, hanya tolong tolong abah di kebun atas bukit belakang rumah saja. Masa abah perlu kerja luar, ada lah jugak mak diamanahkan untuk siram dan petik sayur sayuran yang dah boleh dituai hasilnya. Namun, nak menanam sendiri, mengusahakan sendiri, tidak lah nampaknya. 

Entah kenapa lepas pindah rumah sendiri, abah saran kan mak tanam beberapa pokok yang boleh di gunakan untuk memasak. Sanggup dibawanya serai dan daun pandan dari Kampung. Dan beli pasu dan baja untuk mak.

Maka hari hari lah mak perlu hantar laporan pada abah, pokok sudah disiram kah. Sudah digemburkan tanahnya kah. Hidup atau mati kah pandan nya itu.

Begitulah. Gembira kan abah kau kan satu pahala.

Sekarang, mak minat pula mahu belek belek pasu pasu ini selalu. Terapi. Juga tanda tanggungjawab mak pada amanah yang abah beri tentang pokok pokok ini.

Bila sudah diberi amanah, walau hanya sepokok kunyit, ia tetap amanah. Mungkin nanti bukan kau saja dapat manfaat, jiran jiran kau dan orang keliling kau juga mungkin dapat merasa.

Namun semua itu atas kau juga . Yang mahu siramnya hari hari kah. Bajai nya selalu kah. Atau mahu biar ia layu dan akhirnya mati. 

Begitu juga kehidupan. Ada naik turun nya. Saat kau rasa jatuh, teruskan bangun dan berjuang. Ia mungkin sakit dipermulaannya, ia mungkin perit dipertengahannya namun InsyaAllah ia mungkin manis dipenghujungnya.

Dugaan? Sabarlah. Tuhan takkan uji diluar kemampuan kita. 😊


Regards,
Mak
Yang Masih Tersenyum Walau Perit

#makbebel

No comments:

Post a Comment