CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, February 2, 2018

Pembelian seluar mengandung yang gagal..

KakJojes gagal dalam belian atas talian kali ini. Memang tak berjodoh gamaknya.

Macam kau orang juga, KakJojes ni terjebak lah dengan belian online online ni. Lagi lagi masa kau tengah melayan sickness jadi kau cuci lah mata khennn katanyaaaaa.


Terrrr order ketiga tiga ini pula. Hah, terr tu..terr..mari KakJojes cerita untuk kau orang yang nak baca. Mana tau dapat lah insof sikit dok klik sana sini tak sedar diri katanya.

1.Tengok gambar lawa saja bawak pergi pejabat. Review pelanggan pun boleh tahan. Itu ada lowest price guaranteed lagi lah kau kompiden dah habis murah dah tu harganya. Kau pon zup zap zup zap, beli. Warna hitam la. Kan nak macam model tu.

Sebab kau perasan kau saiz M, kau pon kata didalam hati,eh ada komentar kata, beli saiz beli sikit dari saiz biasa. Jadi, dalam tak sedar diri tu pon kau klik saiz L. Terbayang lah seluar tu akan muat muat, tak pun besar sikit.

Sebulan lepas itu, seluar pon sampai. Kau klik Ordee Receive, kau pun dapat coin. Dalam hati tak sabar nak cuba ni. Kahkahkah.

Sampai rumah takdan mandi kau pun try. Dan malangnya, tersangkut pula di bahagian punggung. Ya rabbi ketat pula. Ini, kompom laki kau kata tukarrr seluar sebelum dia jadi hijau. 

Masa ini nak marah, tak boleh. Kau kot membesar, tapi kau tak sedar. Tak apa. Tak ada rezeki. Boleh la kot sedekah nanti kat sesapa. Husnudzon kata orang.

2. Seluar kedua yang order pulak sampai. Yey! Warna khakis. Betul lah macam order itu hari. Waw! Kain material cantik. Dan macam biasa takzabar zabar nak cuba bila sampai rumah.

Apa yang ditakuti sama juga berlaku. Sedikit ketat tapi tak seteruk yang pertama sampai tak boleh duduk, juga di bahagian yang sama, dan tempat yang sama. Woi! Saiz XL ini kau orang tahu? 

Masa ini dah mula naik angin. Apa masalah kau orang buat seluar mengandung kecik kecik ni ha. XL weh, XL!

Ini rasa macam nak jadi hijau tapi kutahan jebat.  Nak bagi orang juga ke gamaknya. Dan sebab KakJojes jujur, ku komen di ruangan 'rate' tanpa prejudis. Tapi ayat lapik la derr macam biasa. Halo, KakJojes mana reti memaki orang memarah orang ni..😴

3. Ini baru sampai tadi. Keeksaitedan KakJojes dah tak ada sejurus membuka sampul tersebut. Rasanya nak warna merah tapi sampai warna oren pula. *tepuk dahi*

Balik rumah, cuba. Okeh, sebab katanya cutting pensel kakJojes maafkan kecik kat bawah. Tapi masih takboleh belah, tang pinggang pulak kecik. Ini, saiz XXL ya kengkawan. Saiz XXL. 

Ya rabbi. Cukup cukup sudah, cukup sampai disini saja. #tujulagusatup. Ketiga-tiga seluar gagal mencapai tahap kepuasanhatian KakJojes.

Suami pula menyimpulkan bahawa semua saiz itu mengikut saiz orang-orang disana iaitu orang-orang di China. Jadi KakJojes ini besar kah maksudnya ya? 😒 *okeh, perang bermula*.

Entah mahu pakai tunggu kurus atau jual sebagai preloved saja. Gitulah gamaknya mudah nau terpedaya klik sini sana. Sudah la tu emi nadia.

Kau pergi saja AEON sana. Ada Scarlet yang memang kau boleh tengok depan mata, cuba jaya dan beli sampai laki kau kata tak habis lagi sopping nya kaaa. Puas hati, saiz pun memang saiz kau dan tak kau kecewa bak si pematah hati kata Nabila Razali.

Ini bukan bebel tak sedar diri, tapi untuk kau orang insafi diri, yang sudah sudah la tu menyopping kat Shoppe. Muahahaha..

Tapi best saja tengok barang barang yang ada masa Shocking Sales! Okbai..

#kakjojesbebel #nadearamly

No comments:

Post a Comment