CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, February 8, 2018

Temuduga kenaikan pangkat katanya. 😁

Seawal jam 7 pagi, KakJojes dan kawan kawan dah turun ke cafe hotel untuk bersarapan.
Sebabnya, kata kawan yang semalamnya, giliran akan dipanggil base on first come first serve.

Jadi, kita ngap dulu!


Okeh, tapayah banyak banyak kereta, KakJojes tompang kawan saja lah.
Nak parking bukan senang.
Kuikuikui.

Dah sampai.
Hello JPN Pahang.


Macam biasa posing dulu. Pagi! 😘
Ini first time KakJojes sampai JPN Kuantan.
iyalah. 
Tak ada apa tak ada lah nak datang kan.

Ini pula kebetulan temuduga jadi kita tengok lah tempat orang puas puas.

Lepas lapor diri ke urusetia dan ambil nombor giliran, kami macam biasa lah study beramai ramai.
Kahkahkah.
Menggelabah kau.
Ada yang pertama kali interbiu.
ada yang dah berkali kali macam batch kakJojes. Bahahahha..

Jadi kami ambil kesempatan untuk bergambar lah.
Apa lagi...
Bukan senang oi nak jumpaaa.


Baju ini asalnya nak pakai masa kenduri sepupu KakJojes tapi atas sebab hari yang sepatutnya balik untuk kenduri itu tak sihat, maka tersimpanlah ia sehingga hari ini, dan barulah KakJojes dapat memakainya.

Masih ingat yang KakJojes pernah tanya cara mem'batik'kan baju yang kosong? Nah, ini ala ala batik tepi pantai bunga coraknya yang siap ditampal. Ala, yang gigih menjahit sampai tido pukul 2 pagi tu!

Di lengan itu sebenarnya ada juga tapi tak sempat jahit. Suami dah sampai awal. Nak hangkot mesin jait macam poyo pulak kan ke hulu ke hilir. Kahkahkah. Makanya, biarkanlah saja kosong begitu. Pakai blazer pun sebenarnya.

KakJojes calon ke enam dari dua puluh lima orang dalam senarai temuduga hari ini. 

Boleh jawab kah? Kita dah usaha. Lebihnya serah pada Nya. Rezeki kan luas maksudnya. 

Okeh. Kami ini pernah bertugas di JPN Sarawak. Dah macam reunion. Muahahaa. Masa ini, turn KakJojes dah lepas. Jadi, good luck yang mengapit kakJojes itu.


KakJojes ada seri macam TokTi tak? Okbai.

Nota : Muka lega dah lepas interbiu. Terima kasih anak. We did it!


Ini kawan kawan satu batch.
Kawan gosip.
Kawan nangeh.
Kawam gelak ketawa.
Kawan mengutuk.
Hahahaha.
Sorang lagi nun di Sarawak tu gilirannya minggu depan pula. 


Yang mengapit KakJojes adalah mantan pegawai JPN Manjung. Dan KakJojes adalah yang masih kekal.

Paling kiri dalam gambar kini di Ipoh. Manakala paling kanan bertudung ungu pula sudah berbahagia disamping suami tersayang di Kuantan. Alhamdulilah. 


Kami mungkin berbeza cara namun kami tetap sama. Sama berani. Sama kental.

Sebab, sudah dalam sejarah, tujuh orang berturut-turut menolak untuk tidak mahu bertugas di JPN Manjung. Kau orang rasa?

Ah, seronok jumpa sahabat lama.😊😊😊


Ini Kak Miza.
Kami kenal masa Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun lepas.
Duduk sebelah sebelah dan berkawan sehingga kini.
Baik dan lembut orangnya.
Tadi pun dia datang jumpa kami untuk beri tips dan info berguna.
Ah, mekaseh kak Miza.
Beliau ni bertugas di JPN Kuantan lah. 😘

Yang lain tak sempat bergambar.
Ini saja kenangan nya.
Sebab kami sebok bersembang. Muahahaha..

Apapun.
Good luck untuk semua calon.
Dapat tak dapat belakang kira.
Sekarang kita sambung cuti cuti Malaysia.
Eh!!
Okbai.

#kakjojesbebel #nadearamly

No comments:

Post a Comment