CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, February 21, 2018

Mak demam..

Mak demam. Apak dah pulang.

Anak, kita tinggal berdua saja ya. Apak teruskan tanggungjawabnya dan kita juga teruskan tanggungjawab kita. Iaitu terus bertabah tunggu apak balik lagi jenguk kita.

Mak taktahu mana datang demam tiba tiba. Tak mungkin sebab suntikan anti tetanus (ATT) yang mak dapat semalam masa checkup. Sebab mak jenis tak takut dicucuk jarum. 

Atau mungkin sebab rehat tak berapa cukup. Lupa juga mak tanya doktor semalam. 

Tak apa lah. Kamu sihat sihat saja dalam sana pun mak dah lega. Doktor siap kata kamu ini kurus orangnya. Kaki juga panjang nampaknya. Tapi, asalkan sihat sempurna, itu dah cukup buat mak apak gembira.

Malam ini, kalau kutil mak mintak tangan apak, mak video call dengan apak, suruh apak pujuk okeh?


Terasa berat tangan yang kena suntik semalam. Nasib mak ni mak sado. Eh! Okbai.

Aimi Nadiah Ramli
Nampak Kain Lagi

#nadearamly #kakjojesbebel

No comments:

Post a Comment