Jujur.
Benda ini, senang kau tuturkan, susah kau nak buktikan. Tiada standard pengukuran. Tiada pembuktian. Mudah dinafikan.
Setakat mana selama hidup kau, kau jujur dalam kerja kau, kehidupan kau, persahabatan da hubungan kau?
Begitulah. Bila benda mudah kau abaikan, kau lupa ada sebenarnya yang berkaitan. Benda tak nampak dek penglihatan. Mudah saja pada tanggapan. Sedangkan kau tak tahu, itu semua punca hati yang lapang.
Hidup la seperti biasa. Jika kau menginjak dewasa, jadilah seperti yang sepatutnya. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.
Sudah bertemujanji, cuba penuhi. Ada kekangan, telefon beritahu kami. Datang terjah pagi, buat muka tunjuk protes diri. Kau fikir kau saja bz? Atau sengaja nak kena seligi? 😒
Hormat masa orang, orang hormat masa kau. Jujur dengan orang, tak jujur dengan diri sendiri? Lu pikir la sendiri.
Hello Februari!
#kakjojesbebel #nadearamly
No comments:
Post a Comment