CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, November 1, 2020

Laila Ainy binti Halake dalam kenangan..

Assalamualaikum wbt.

Ini, adalah entri khas yang mak buat teristimewa untuk sahabat, kakak, jiran, kawan, tempat mengadu, Arwah Laila Ainy binti Halake yang juga dikenali sebagai MakLong dikalangan penduduk taman kami, Residen 1 Bandar Baru Setia Awan Perdana.

Terlebih dahulu, sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Semoga ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Amin ya rabb.

Al- Fatihah.

.

Mengenali arwah merupakan satu kegembiran terbesar buat mak. Dan Aisyah Maritza khususnya.

Berada jauh dari suami, keluarga dan saudara mara, menyebabkan hanya jiran menjadi tempat kami berkongsi suka duka dan gembira.

Kami berpindah masuk ke rumah sekarang pada bulan Julai 2019 memandangkan mak dah taklarat nak bayar rumah sendiri dan sewa rumah.

Dengan hanya ada barangan asas, kami mulakan kehidupan disini. Masa itu, belum ramai yang menghuni lorong kami. Hanya ada tiga empat rumah sahaja. 

Dan perkenalan mak dan arwah bermula.

Ini, gambar pertama kami. Masa ini, mak baru satu bulan pindah disini. Dan kami menghadiri jemputan doa selamat dirumah jiran dihujung nun, selorong dengan kami.

Nampak macam sudah kenal lama kan? Padahal malam itu adalah malam pertama kami berkenalan.  🙂


Aisyah Maritza pun kecik lagi masa ini. 

28 September 2019, kami sama sama menghadiri kenduri kahwin anak pengerusi taman kami. Sekali lagi kami abadikan kenangan bersama sama. 


Dari kiri : Ina dan anaknya Naurah, mak, Kak Ayu, Kak Pah, arwah Maklong dan Lily.


Pergi kenduri ni pun mak pergi dengan arwah. Mengalahlah Paklong sebab mak ni kan penyegan orangnya. Hahahaha.

19 Oktober 2019, petang petang hari selain menyembang di depan rumah, dibawah garaj, di tengah jalan, kami juga bersiar siar ke taman permainan kanak-kanak yang tak jauh dari lorong kami.

Maka berdedai dedai la kami ha seperti rombongan itik pulang petang. Dan macam biasa, kita snap satu gambar. 😉


Aisyah dengan Zhafran alahai comel betul masa ni.

24 November 2019, mak tak ingat masa ni kami ada event apa. Kalau tak kenduri jiran masuk rumah, misti jiran buat makan makan. Ke raya haji, mak pun dah lupa.

Ke aktiviti melihat rumah jiran yang dah renovate. 😂😂😂


 28 Disember 2019, kami mengadakan perjumpaan geng ladies pertama di kedai tomyam yang baru buka di taman kami masa itu.

Meriah dia, seronoknya kami masa tu sebab mana la ramai lagi duduk sini kan. Maka ini la beberapa kerat jiran yang berjaya dikutip menjadi geng sementelahan line pun senduuuu la masa ni. Hahahaha.

Dah takde line. Kita bersosial la cara lain ye dak.  Kahkahkah.





13 Disember 2019, kami pergi dinner kat De Marmalade. Masa ni apak ada sekali.

Dan macam biasa, aktiviti mengambik gambar itu wajib. 😂😂😂

Maka tercipta la memori pada tarikh ini ha. 


15 Disember 2019, arwah antara yang membantu melicinkan pengurusan semasa AGM pertama berlangsung.



19 Januari 2020, melawat salah seorang dari rakan kami yang baru melahirkan anak.


Yeah. Ini kenangan kami. 

1 Februari 2020, warming up dengan mummy dulu sementara tunggu geng lain sampai.

Arwah masa ni baru nak pergi kerja rasanya. Kami tarik untuk amik gambar sekali ha. 😂😂😂



2 Februari 2020. Berkobar kobar kami nak main badminton pada hari kedua. Depan rumah pun jadi. 

Eh, apedehal. Club house belum siap tak semestinya takboleh beriadah kan. Jadi endingnya macam biasa lah, kami bergambar buat kenang-kenangan. 


9 Februari 2020, kami melawat jiran tetangga sambil merapatkan ukhuwah. Moga membesar menjadi anak yang soleh Muhammad Anas Ziqri. ❤️❤️


23 Februari 2020, ini masa lorong kami buat BBQ. Tuan rumah pula Zul dan Has. Seawal lepas asar tu kami semua dah mula gotong royong masak.

Dan dimulai dengan bacaan doa dan sedikit mesyuarat kecil serta sesi berkenalan sesama jiran selorong.


Sempat mak snap gambar arwah. Memang dipandangnya mak pada ketika itu.

4 Mac 2020, ha. Ini perbincangan tentang langsir surau taman kami. Arwah antara yang lead dalam perbincangan ini.







10 Mac 2020, kami sama sama melawat anak jiran kami merangkap anak kepada kawan kami juga, adik Adam Malik yang cedera terkena air panas.


Macam biasalah, mak mak yang over bergambar ha. 😂😂😂😂

Masa ni, arwah kerja malam kalau tak silap. Kami tunggu juga beliau datang. Beliau juga gigih datang. Penat tolak tepi. Hati kawan kawan sentiasa beliau jaga. 

28 Mac 2020, kami jadi ahli sukarelawan membantu AJK taman mengagihkan barangan keperluan kepada penduduk taman.







Masa tu, PKP dah pun bermula. Banyak penduduk yang terkandas. Yang hilang kerja. Jadi bantuan pun diberikan melalui persatuan penduduk kami.

Dan kami ni bantu la mana yang mampu. 

24 Mei 2020, kami raya bersama-sama. Masa ini sedang PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dan takboleh langsung nak rentas negeri. Kompom kompom tak boleh balik kampung.

Tapi apadehal, jiran jiran pun dah macam keluarga. 

Jadi raya tahun ini, tersangat lah bermakna raya diperantauan kononnya. 

Malam kami bertakbir raya. Siangnya kami beraya ke rumah jiran. Dengan SOP ketat. Tak boleh ramai ramai.


Geng mak mak bergambar beramai ramai. Nampak tak kami jaga SOP.

Arwah yang berbaju kuning itu. ❤️❤️❤️❤️


Siang pun haruslah bergambar lagi. Raya pertama kot. 😉😉😉

5 September 2020, kami pergi sarapan kat Sungai Wangi. PakLong kata roti canai dia sedap. Hari sabtu kan, tak kerja. Kami dua beranak on saja. Kami pergi satu kereta masa ni.

Pun mak macam biasa la, mak dan camera berpisah tiada. Snap lagi gambar buat kenangan. ❤️


Aisyah tengah sibuk hirup air teh ais Maklong dia. Haih. Mengalah la kawan tu demi sayangkan cik diva tu. 

Ini pula gambar masa sambutan hari lahir Naura, anak Ina dan Amy pada 4 Oktober 2020 itu hari.

Mak masa ini baru sampai dari KL dan siap siap untuk ke majlis ini juga. Pun mak berjanji dengan arwah nak pergi sama. 

Kami kan pergi mana mana pun macam nak kena sama sama. 😂😂😂


16 Oktober 2020, ini gambar terakhir mak, Linda dan arwah.

Kami hangout bertiga. Masa ini mak rasa nak spend masa, nak ber me time  dengan arwah sampai mak ambik time off lah haritu.

Tak sangka. Ini kenangan terakhir kami.




Cerita hari terakhir dengan kami boleh baca disini.

Allah. 

Ini sikit saja sebenarnya. Banyak lagi kenangan kami walau kami baru berkawan selama setahun setengah. Mak dah tak tertulis dah rasanya. Terlalu banyak.

Setahun lebih ni macam2 kami buat sama sama. Kongsi sama sama. Kami dah macam satu keluarga. Susah, susah juga mak nak explain sepertimana susahnya mak nak lalui kehilangan arwah ni.

Mak belum pernah rasa sakitnya hilang orang yang kita sayang. Yang beri kesan dan impak besar dalam hidup mak. Kali terakhir pun masa mak hilang baby kami dalam kandungan masa usianya tiga bulan. After all, mak recover.

Dan mak yakin, time will heal. Just give us time. Yang merasa peritnya kehilangan. 

Tapi mak yakin hikmah semua ni. Tuhan uji kita misti bersebab. Supaya kendian hari kita lebih terus kuat dari sebelumnya. 

Yang ujian itu untuk yang benar benar mampu.

Banyak lagi gambar yang kawan kawan kongsi untuk dibuat kenangan di blog mak ini.

Mak hormati mereka. Dan mak coretkan disini untuk tatapan kami dikemudian hari. Yang Tuhan pernah kirimkan seorang wanita hebat, sahabat,jiran, kakak terbaik, anak dan isteri yang solehehah, untuk kami.

We do not remember date, we remember moments.

So terimalah gambar gambar kenangan kami yang mak akan simpan buat kenang kenangan. ❤️






Teman mak buat photoshoot street photo.


Gotong royong bubur Asyura di Surau taman kami.



Ini tahun lepas. Kami buat suprise birthday arwah. Tahun ni, tak sempat. Maafkan kami. 😢😢😢




Ini masa kami saja saja menyembang minum petang. Berkongsi cerita.


Dan harini mak nak ucapkan selamat hari Pembantu Perawatan Kesihatan kepada PPK seluruh Malaysia. Terima kasih atas sumbangan kalian.

Semoga ibadah arwah semasa bertugas sebagai PPK juga menjadi asbabnya ke syurga abadi. Amin ya rabb.


Moga kita semua kuat menghadapi hari mendatang.

Oktober, terima kasih.

November, please be nice to me. ❤️

Al fatihah Laila Ainy binti Halake.
(11.10.1982 - 21.10.2020)

Nota : Mak ambik masa seminggu nak menulis entri ini tanpa emosi yang berlebih lebihan.

Regards,
Mak Yang Diuji..

#nadearamly #makbebel

No comments:

Post a Comment