CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, November 7, 2020

PKPB bermula 9 November 2020..

Bermulalah semula PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) 9 November 2020 bersamaan Isnin ni selama empat minggu lamanya.

Negeri di semenanjung yang berkecuali ialah Kelantan, Perlis dan Pahang. Maka secara automatiknya Perak ni PKPB lah.


Taktau nak rasa apa. Lebih kepada kecewa.

Grup pejabat dah mula kecoh. Untuk kami yang bekerja ni, perlu ikut arahan pihak atasan. Dah mengejut begini, reda sajalah.

Taska taktahu boleh buka atau tidak. Mak still kena kerja, itu pasti. Yang tak pasti, mana nak letak dak diva ni. Last choice memang kena bawak pergi pejabat. 

Huuuuu.

Risiko juga tu. 

Entah. Malas fikir. Karang anxiety ku datang. 

Apapun terima kasih la ahli politaik yang mencetuskan empat angka sehingga hari ini. End up memang rakyat yang terkesan.

.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 1,029 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 27,409 kes (69.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Secara keseluruhannya, sehingga 7 November 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 1,168 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 39,357 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 11,666 kes.

Sehingga kini, terdapat 87 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tiga (3) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 282 kes (0.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

https://kpkesihatan.com/2020/11/07/kenyataan-akhbar-kpk-7-november-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

.

Nota : Kecewa!

#makbebel #nadearamly

No comments:

Post a Comment