CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, November 24, 2020

Esok mak belanja kehepsi..🥰🥰

Kasihan anak. Tertidur sendiri.


Tangan sebelah pegang pen dan buku, sebelah lagi menepuk lembut si anak. Sambil mendengar nota melalui earphone, mata tertumpu pada skrin telefon di riba.

Ada yang kata buat apa belajar lagi sudah tua tua begini. Selagi kau punya hati, punya minat, buatlah untuk kepuasan sendiri. 

Kelas sudah banyak yang diatas talian. Yang kau boleh buat masa kau senang. Namun perlu sedikit pengorbanan.

Masa.
Duit.
Tenaga.

Yang lemah, kecundang.
Yang malas, ketinggalan.
Yang gigih, nun ke depan.

Kejap. Mak belajar kelas apa? 

Kelas ambik gambar pakai telefon sahaja. Ilmu itu luas cakupannya kan? 😉

Selamat malam. 

Nota : Terima kasih anak. Esok mak belanja kehepsi. ❤️❤️

Regards,
Mak Yang Masih Membebel

#makbebel

No comments:

Post a Comment