CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, April 20, 2014

Spagheti sukahati aku..

Somi kita, sedap tido.
Kita dok kalih sana.
Dok kalih sini.
Memang jenih x tidoq siang.
Gitu lah..
Jadinye, aktiviti jika tak tido ialah

MAKAN...

Arini kita genap dah 10 minggu.
Doa2kan kita ngn baby sihat dan menyehatkan.
Kih3..

Berbalik kepada citer spagheti nih.
Act dari malam tadi nak buat.
Tapi masalahnya, ketat benau prego tu punye tutup.
Somi dah fedap dah x dapat bukak.
Jadi, impian nak makan spagheti tu terkubur je malam tadi.

Sebab kita tak leh tidoq tu kan..
Maka kita carik idea apo nak makan.
Lapoooo weh..
Ni sok kalo timbang mau aku kene marah dengan nurse.
Kompom berat naik dgn jayanya..
Dok teringat kt sos prego tu.
Amik botoi tu,.
Cuba lagi tuk bukak.
Namun, masih gagal.

Disebabkan keinginan nak makan itu meluap2..
Maka, kita pi tanye pacik gugel cemane nak bukak penutup botol tu.
Dan,,,
Kita jumpa satu.
Hanya rendamkan di dalam air panas selama 2 hingga 3 minit..

Apo lagi..
Den pi letak air panas dalam mangkok.
Pehtu terbalikkkan botol sos prego tu.
Dengan merendamkannya ke dalam air panas terbabit.
Sambil nunggu tu..
Kita basuh pinggan mangkok dalam singki..

Lepas dah rasa 2, 3 minit..
Kita cuba bukak..
Dan...
Ketup!
Bunyik mcm udara kua dari botol dan penutup botol tu tepusing..
Yay!!.,
Berjayaaaaaaaa...
Berjaya bukak botol prego itu dgn mudahnyaaaaa...
Ceh..
Kalo tahu semalam lagi gugel..

Okeh.
Memandangkan kita lupa beli dageng cincang..
Haku pakai fishcake n fishball je..
Pastu cencang tomato sebijik.
Masok dalam koli adiah dari staf UTC aritu..
Tambah sos cili sikit,
Tambah gula sikit.
Gaul2 sikit.
Siap....
Sambil2 tu sebelah lagi dapoq kita rebuih mee spagheti tu..

Dan..

Taraaaa....

Dah siap..!
Dua kali haku tambah.
sedap abes la tu,,,
Tapi siyes,,
Osemmm..
Hahahahaahak..

Untuk makluman..
Kita ni bukan makan western sgt..
Nk masak lagiii la..

Ni sebab tingin.
Buat saje.
Kejap je..
Xsampai sejam..

Skang tesando kekenyangan..
Harharhar...

Nanti jumpa lagi di lain entri..
Kita nak pujuk somi kuaq..
Hehehehe..
Zassssss..~

Xoxo
Nadea Ramly

Wednesday, April 2, 2014

Kasot tite comel

Ala..
Saje je nak kasik nengok kasut comei.

Kita ni pemakai tegar high heels.
Mmg kalo pakai flat shoe or palm shoe ni, agak pelik la disitu.
Kalo pakai pon, time malas nk melawa.
*ceh.mcm lawa sangat.kui3..

Ini sebab nak mencomelkan diri.
Saje je.
Baru beli smlm.
Hahahak.

Okeh..
Macam rasa kaki dah gomok.

Tuesday, April 1, 2014

Kenapa, kenapa dan kenapa

Syukur atas apa yang kamu ada.
Allah x kasik sesuatu tanpa sebab.
Allah x kenankan doa kita tanpa sebab.
Allah x beri jika bukan yang Dia kehendaki.
Jika bukan dengan izinNya.

Hikmah sesuatu perkara, xnampak jika kita x pernah muhasabah diri.
Akui kesilapan sendiri.
Usaha terdaya diri.

Kenapa Allah kasik kita sakit?
Untuk kita ingat dosa2 kita.
Hapuskan dosa2 kecik kita.
Untuk kita bertaubat..

Kenapa Allah uji kita macam2 dugaan?
Sebab Allah sayang kita.
Dia nak, kita mengingatiNya.
Sebab kita, selalu lupa.

Kenapa Allah beri apa yang kita x mintak?
Supaya kita fikir.
Ada hikmah disebalik.
Dan betapa besar kuasaNya.
Betapa tak semua yang kita mintak adalah yang terbaik untuk kita.

Kenapa Allah perkenankan doa kita?
Sebab..
Itu adalah permulaan segalanya.
Untuk lebih dekat denganNya.
Dan menjadi yang lebih baik dari sebelumnya.
Juga, mensyukuri segala nikmatNya..

Wallahu'alam.

Sesuatu yang terjadi bisa ubah diri kita kepada yang lebih baik jika kita tahu erti SYUKUR..

Terima kasih Allah.

Bismikallah humma ahya wa amut.

Selamat malam.

Nadea Ramly
Lumut, Perak
01.04.2014