CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, February 6, 2012

PSSTLDM (Pasukan Simpanan Sukarela TLDM)

Assalamualaikum dan selamat pagi. Alhamdulilah, harini dapat cuti sempena Maulidur Rasul semalam..Dapatlah rehat lebih sikit. kan..

Anyway, nape tah titibe pagi ni nak cite pasal PSSTLDM ataupun dikenali sebagai Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia.  Bukan ape, actually aye minat nak masok2 badan uniform mcm ni tapi kan, aye tak kuat..Baru kawad sikit dah pinsan..huuuu..Ade la aye menyuarakan pendapat aye kt hubby aye tuk join PSSTLDM ni tapi mendapat halangan. Kate hubby aye, usah le mike nak join. Mike bukan kuat bebenor...huwaaa..rase nak nanes okey sebab aye nak juge tau, nak juge rase camane menjadi salah seorang yang menjaga pertahanan negara.  Aye nak juge buat sumthin untuk negara camane hubby aye buat.. 

Hmmm, tapi takpelah. Aye paham. Betul juge kate hubby aye.  Aye tak kuat..Cemane nak jadi tentera kalo tak kuat. huhuhu~Okeh, aye nak cite sikit pasal PSSTLDM nih. Mane tau sesape yang berminat boley lah join. :) yang sehat tubuh badan, yang ade minat, baek cobe..Untuk yang bekerja pon boleh, sbb kalo anda salah seorang pekerja sektor awam, anda akan dapat cuti tanpa rekod dan bos anda mesti bagi pelepasan jika khidmat anda diperlukan dalam misi atau dipanggil bertugas. Menarik kan? Jom, cekidaut...~


PENGENALAN
PSSTLDM merupakan Angkatan Simpanan TLDM yang berfungsi sebagai benteng kedua pertahanan negara. Penyertaan generasi muda di dalam PSSTLDM sejajar dengan konsep HANRUH (Pertahanan Menyeluruh) seperti termaktub di dalam Dasar Pertahanan Negara. HANRUH akan berjaya jika semua sumber negara termasuk sumber manusia terlibat di dalam aktiviti yang menyumbang kepada ketahanan nasional.

SEJARAH  
Sejarah Angkatan laut kita bermula sejak Kerajaan Melayu Melaka pada abad ke-15. Ketika itu, Kerajaan Melaka telah menghantar armadanya untuk melindungi kapal dagang. Antara Panglima dan pelaut terkemuka pada masa itu ialah Laksamana Hang Tuah dan Bendahara Tun Perak yang berjaya menangkis serangan tentera laut Siam keatas pelabuhan Melaka. Semangat patriotik ini terus membara sehingga dijelmakan sebagai Straits Settlements Royal Navy Reserve (SSRNVR) iaitu sebuah pasukan simpanan yang ditubuhkan oleh penjajah Inggeris pada 27 April 1934. SSRNVR kemudian dikenali sebagai Malayan Royal Navy Volunteer, Reserve (MRNVR). Bagi mempertahankan perairan Tanah Melayu semasa Perang Dunia ke-2, pihak inggeris telah menubuhkan pasukan Malay Navy dan anggota MRNVR diserapkan ke dalam pasukan tersebut.

Selepas Perang Dunia ke-2, Pasukan Tentera Laut Malaya ditubuhkan. Pada tahun 1952, pasukan ini ditukar namanya menjadi Tentera Laut Diraja Malaya setelah dianugerahkan taraf Diraja oleh Queen Elizaberth II. Apabila Malaysia ditubuhkan pada 1963 dan Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM) maka pasukan simpanan tentera laut dikenali sebagai Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia(PSSTLDM).

 
PSSTLDM telah distruktur semula kepada komponen seperti berikut;

- Simpanan Pilihan (PALAPES/PLAS)
Simpanan Pakar (Pelabuhan/Perkapalan)
Simpanan Khusus (Perikanan/Perubatan/Jabatan Laut)
Simpanan Sukarela Biasa
- Simpanan Angkatan Tetap (Bekas Pegawai dan LLP TLDM) 



KEANGGOTAAN
PSSTLDM dianggotai oleh pelbagai lapisan masyarakat sama ada daripada sektor kerajaan atau swasta, golongan profesional, pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Politeknik. Disamping bertugas sebagai guru, usahawan, pengurus bank, jurutera, pekerja kilang dan sebagainya, mereka memilih untuk menjalani hidup yang penuh cabaran iaitu sebagai sukarelawan di dalam PSSTLDM pada masa lapang. Anda boleh memilih mana-mana pasukan yang sesuai untuk berkhidmat di dalam PSSTLDM.


LATIHAN 
~Latihan Perajurit Muda. Setiap anggota PSSTLDM perlu menjalani latihan Rekrut selama 14 hari berterusan atau melalui Latihan Tempatan selama 240 jam iaitu syarat untuk pengiktirafan sebagai Laskar Muda. 

~Latihan Tempatan. Latihan dilaksanakan di lokasi berdekatan kediaman anggota PSSTLDM. Latihan dijalankan pada masa yang sesuai terutama pada hujung minggu. Tempoh latihan ialah antara 2 hingga 12 jam sehari. Jumlah latihan ini dilaksanakan tidak melebihi 360 jam setahun. 

~Latihan Berterusan. Latihan ini dijalankan secara berterusan dalam tempoh masa tidak kurang daripada 72 jam. 

~Latihan Tahunan.Latihan ini dijalankan secara berterusan pada setiap tahun sebagai kemuncak aktiviti latihan. Tempoh latihan tersebut tidak melebihi 15 hari setiap tahun bagi seseorang individu. Latihan dilaksanakan secara berkumpulan dengan mengaplikasikan ilmu tentera laut yang diperolehi sepanjang tahun.
 
~Latihan Anggota Pakar. Anggota Pakar hanya perlu mengikuti latihan tahunan selama 15 hari setahun.



KELAYAKAN 
Individu yang ingin berkhidmat dalam PSSTLDM sama ada sebagai anggota biasa(LLP) atau pegawai mesti memenuhi syarat asas seperti berikut;
Warganegara Malaysia
Berumur diantara 18 hingga 40 tahun
Sihat Tubuh Badan
BMI antara 20 hingga 26.9
Lulus persekolahan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia. Penerimaan masuk tertakluk pada keputusan tapisan keselamatan (tiada kes jenayah) dan lulus temuduga yang dikendalikan oleh Markas Tentera Laut.



KEMUDAHAN
Apakah yang anda perolehi apabila menyertai PSSTLDM?
Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang menyumbang kepada pertahanan negara.
Meneroka bidang baru iaitu melaksanakan aktiviti di laut.
Mempelajari kepakaran baru dalam PSSTLDM.
Menambah keupayaan `Soft skills’ dengan percuma.
Menambah kenalan daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Berpeluang melawat pasukan PSSTLDM di serata negara.
Layak menyertai insuran berkelompok ATM.
Cuti tanpa rekod selama 30 hari dalam satu tahun apabila menyertai latihan (bagi kakitangan kerajaan sahaja).
Boleh dikerahkan untuk berkhidmat sepenuh masa mengisi perjawatan tetap dalam TLDM bagi mereka yang layak.
Layak mendapat kemudahan membeli barangan PERNAMA.
Sajian dan penginapan percuma apabila terlibat dengan aktiviti latihan dan operasi.
Diberi elaun kehadiran dan elaun perjalanan ketika menghadiri latihan.
Diberi pakaian seragam percuma (LLP) atau elaun Pakaian (pegawai).
- Mendapat rawatan perubatan dan pergigian percuma dimana-mana hospital kerajaan jika kemalangan berlaku semasa bertugas. 



ELAUN SEMASA LATHAN
~Elaun Latihan Tempatan – Dibayar mengikut jam latihan.
~Elaun Latihan Berterusan – Dibayar apabila menghadiri latihan berterusan mengikut kadar gaji pangkat semasa dan mengikut jumlah hari yang hadir.
~Elaun Tahunan (Bounti) – Dibayar kepada anggota yang layak berdasarkan tahap keaktifan latihan dalam satu tahun. 



KEPAKARAN DALAM PSSTLDM
Pegawai dibahagikan kepada Cawangan Eksekutif, Cawangan Bekalan dan Cawangan Kejuruteraan manakala LLP dibahagikan kepada;
Cawangan Pelaut ( PPP dan KMR)
Cawangan Bekalan ( KNA, KNG dan STN)
- Cawangan Teknikal (TLR, TLS dan TMK )


So, agak2 kepada sesape yang berminat, boleh hubungi :

Kawasan Lembah Klang
Markas Tentera Laut
Cawangan Simpanan
Kementerian Pertahanan
50634 KUALA LUMPUR
Tel:            03-20714799      


KD SRI KLANG
Pulau Indah
42009 Pelabuhan Klang
Selangor
Tel:            03-31694525      



Kawasan Selatan Semenanjung
KD SRI MEDINI
Kem Tebrau
80990 JOHOR BAHRU
Tel:            07-3541366      




Kawasan Utara Semenanjung
KD SRI PINANG
Jalan Akuarium
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel:04-6583021/RNO:             04-2622308      

KS SRI MANJUNG
Pangkalan TLDM
32100 Lumut
Perak
Tel:            05-6802117       /             05-6802656      


Kawasan Timur Semenanjung
PSTL CHENDERING
Jalan Pantai Pandak
21080 Chendering
Kuala Terengganu, Terengganu
Tel:            09-6175380      

PSTL KUANTAN
Pangkalan TLDM
Tanjung Gelang 
25990 Kuantan 
Pahang
Tel:            09-5833601       samb 2194/2288


Sabah
PSTL SANDAKAN
Taman Samudera, Batu 5 JalanPutra
90000 Sandakan
Sabah
Tel:            089-772857      

PSTL TAWAU
KD SRI TAWAU, Jalan Tanjung Batu
91000 Tawau
Sabah
Tel:            089-772857      


Sarawak
PSTL KUCHING
Lot 322, Seksyen 64 KTLD
Jalan Datuk Abang Abd. Rahim
93450 Kuching
Sarawak
Tel:            082-370469      



ataupun boleh lawat website http://www.navy.mil.my.. boleh cari maklumat semua disitu..:)


notahati :: teringinnnnnnn nak join tapi saya mempunyai kesedaran diri..uhuhu...sedey~

4 comments:

  1. Unit psstldm kt sbh selain sndakan n tawau ada 2 lg iaitu KD SRI LIKAS n PSTL LABUAN..Sy pn psstldm gak.Agak kcewa skt sbb thn ni sy x dpt join latiba iaitu kem tahunan psstldm yg mnggabungkn smua unit2 psstldm d sluruh msia..thn ni latiba aktiviti playarn kt pgkln tldm lumut slama 2mggu...

    ReplyDelete
  2. Unit psstldm kt sbh selain sndakan n tawau ada 2 lg iaitu KD SRI LIKAS n PSTL LABUAN..Sy pn psstldm gak.Agak kcewa skt sbb thn ni sy x dpt join latiba iaitu kem tahunan psstldm yg mnggabungkn smua unit2 psstldm d sluruh msia..thn ni latiba aktiviti playarn kt pgkln tldm lumut slama 2mggu...

    ReplyDelete
  3. assalam.. sis.. sy nk tanya... ada lg ke pengambilan utk PSSTLDM ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dik..asenye baru aritu tutup..baru je..kene rajen belek website navy..:)

      Delete