CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, September 29, 2018

Photobook vs Pixajoy

Semalam, photobook yang KakJojes order dari Pixajoy dah pun sampai.


Macam yang kau orang tahu, sebelum ni KakJojes ada order photobook yang sama di Photobook Malaysia. Kali ini, KakJojes mahu cuba satu lagi pula iaitu Pixajoy nama dia. 

Jadi, dari perbezaan kedua dua nya, KakJojes telah simpulkan semuanya di bawah untuk tatapan kau orang. 

Ciri ciri yang KakJojes pilih untuk ujicuba photobook ini ialah 6" x 6" iaitu mini square. Nama pun ujicuba. Karang pilih saiz besar tapi hasilnya hampeh tak ka rugi?

1) Jenis kertas
Photobook Malaysia menggunakan kertas jenis Photo Lustre yang mana ia sedikit kasar permukaannya. Manakala Pixajoy menggunakan kertas jenis printed gloss/matte lamination. Dari amatan KakJojes, KakJojes suka lagi yang hat pakai gloss/mate tu. 

2) Bilangan muka surat
Photobook kata, kalau kau orang nak upgrade kertas, kena bayar sendiri. Sama juga nak tambah muka surat. Ada 40 halaman disediakan untuk Photobook Malaysia berbanding 36 halaman sahaja untuk Pixajoy.

3) Bilangan gambar
Bila kau orang rasa bilangan halaman pun dah beza, camana pula dengan bilangan gambar yang boleh dimuatnaik kan. Toksah risau. Kau orang ejas saja kecik beso gambar gambar kau orang tu. Nak banyak, ejas la saiz bagi kecik. So satu muka surat tu padat la sikit.

Harus diingatkan. Kau hanya boleh ejas saiz dan teks menggunakan komputer saja. Aplikasi yang kau orang download itu takboleh ya. Ia limited. 

4) Tempoh valid vaucer
Pixajoy bagi kau orang 6 bulan saja dari tarikh belian untuk kau orang tebus kod tersebut. Dan lepas dari tu, kod yang di hantar takboleh guna dah. Photobook Malaysia pula bagi kau 9 bulan. Ha. Lama juga tu. Best!

5) Tebus vaucer
Ha. Untuk Photobook Malaysia, depa hanya benarkan kau orang tebus bila kau order di komputer saja. Melalui aplikasi, mereka tak terima. Tapiiii, Pixajoy boleh. Ha. Beza tu. Beza. 

6) Kos penghantaran
Kedua dua nya caj yang sama kos penghantaran ke Semenanjung iaitu RM8 tetapi sedikit berbeza untuk Sabah dan Sarawak. Photobook Malaysia mengenakan bayaran sebanyak RM12 manakala Pixajoy hanya serendah RM10.

7) komputer atau aplikasi
Ini penting untuk kau orang tahu. Sekiranya kau orang dah draf photobook kau orang melalui komputer, kau tak akan nampak draf itu di aplikasi telefon kau. Begitu juga sebaliknya.

Jadi kau orang perlu decide mahu buat melalui aplikasi yang dah kau orang download dengan limitasi editing atau di komputer yang kau boleh tambah gambar, teks,dan alihan halaman ikut suka kau orang.

Macam KakJojes, KakJojes suka guna komputer atau laptop lagi. Nampak besar. Dan. Boleh edit ikut kreativiti dengan template yang depa dah sedia kan. Hoho.


Macamana nak buat?
1. Kau orang beli dulu kod di Shopee. KakJojes dapat Rm1.

2. Derang akan hantar kod dan kau simpan elok elok kod tu.

3. Pergi website depa. Register. Set password sekali.

4. Login dan pilih template.

5. Masukkan gambar pada album yang kau orang dah pilih tadi. Jumlah gambar bergantung kepada jumlah halaman dan saiz.

6. Selepas siap, kau orang klik pada order dan nanti akan keluar ruang yang perlu kau masukkan kod yang kau dah terima awal awal hari tu.

7. Penghantaran selalunya memakan masa selama 4 hingga 5 hari termasuk proses cetakan. Alhamdulilah setakat ni KakJojes dapat awal. Terbaiklah depa ni.


Serius lain feeling bila tengok dalam talipon dengan dah di cetak menjadi album. Puas!

Sekurang kurangnya kalau la gambar  itu dah tak dapat di selamat kan dalam talipon, kita dah siap siap cetak. Boleh juga esok lusa anak cucu kau tengok tengok buat kenangan. Kihkihkih.

Tak kreatif pun tak apa. Janji susun aturnya kemas dan enak mata memandang.

Nak cuci sekeping sekeping gambar jenuh la weh. Buat saja photobook ha. Senang. Cuma perlu kegigihan dan sedikit modal serta kreativiti. Setel.

KakJojes sedang siapkan album ketiga. Korek balik gambar hanimun dengan apak #AisyahMaritza dedulu kala. Kahkahkah. Gigih khenn!

Okeh. Nak pi selongkar external hard disk pula. Mana tau jumpa gambar memuda dulu masa jadi diva. Menangis anak kau tengok nanti. Okbai.

#makbebel

No comments:

Post a Comment