OKeh..
Entri ni khas untuk informasi semua dan juga kepada sesiapa yang tatahu khasiat dan kebaikan GUARANA nih..
Sedang baca majalah yang dipinjam dari jiran sebelah umah, pehtu napak artikel nih..
Yang mana ia terdapat juga dalam minuman kesihatan HKCC yang aku amalkan..
DAh tangkap gambo tapi tak napok..
so kene taip semula..
Tak kisahla..
Sebab ia adalah ilmu..
Then bagi kredit...
Jom cekidautt!
Guarana adalah pokok menjalar yang tumbuh meliar di hutan hujan Amazon. Dikenali juga dengan nama saintifiknya Paulinia cupana, (sila jangan bagi nama anak begini hoccay) biji tumbuhan ini dikatakan amat popular digunakan sebagai produk ubatan tetapi juga produk minuman memberi tenaga (contoh dah ada. HKCC)...Malah selama beribu ribu tahun orang Amazon telah menggunakannya untuk mengekal stamina dan meningkatkan ketahanan fizikal.
Biji guarana adalah bahagian yang digunakan. Ia dituai dengan tangan dalam musim kering. Jika kesemua buahnya matang, ia boleh dipetik menggunakan gunting atau dipatah secara manual. Jika hanya beberapa biji buah sahaja matang, ia akan dipetik secara satu persatu.
Sebelum bijinya dipanggang, kulit buah yang berwarna merah perlu dibuang terlebih dahulu.
Buahnya akan dikupas dengan menggunakan tangan, kemudiannya direndam di dalam air atau disimpan beberapa hari sehingga kulitnya lembut. Biji guarana dipanggang dan diproses melalui cara yang sama seperti biji kopi.
Guarana mengandungi fitokimia seperti theobromine, saponins, tannins dan catechins. Fitokimia adalah sebatian antioksidan berkuasa yang ditemui dalam tumbuhan yang dapat membantu mencegah dan menentang penyakit dalaman manusia.
Tindakan guarana adalah sumbangan utama fitokimia kafein. Dikatakan juga guaran mengandungi kira-kira 3 hinga 7 peratus kafein apabila dibandingkan dengan kopi yang hanya mengandungi kira-kira 1 hingga 2 peratus kafein.
Sifat pemberi tenanga dan penyembuh guarana telah menjadikannya sebagai ramuan ubatan popular dalam perubatan tradisional sejak dulu lagi. Pada lewat kurun ke - 17, seorang mubaligh kristian telah menulis bahawa gurana amat bernilai sebagaimana emas kerana ia menjadi minuman yang memberi tenaga. Semasa zaman penjajah juga, guarana turut dijual sebagaimana emas kerana sifat-sifat perangsang, tonik, penawar demam, pelindung kepada pengerasan arteri dan untuk merawat migrain yang terdapat didalamnya..(see, no wonder aku tak kene migrain pon minom HKCC! Subhanallah!)
Sifat perangsang dalam guarana menyebabkan ia menjadi pilihan sebagai bahan utama dalam kebanyakan minuman ringan, minuman pemberi tenaga (Contohnya HKCC), suplemen vitamin dan produk kehilangan berat badan pada zaman ini.
Berikutan kandungan kafein dalam guarana, herba ini dikatakan mampu merangsang sistem saraf utama, menyekat selera makan dan melegakan keletihan fizikal dan mental..Ia juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi kognitif dan merangsang prestasi sukan.
Menurut Phyllis Balch dalam bukunya yang bertajuk "Prescription for Nutritional Healing", guarana mampu bertindak sebagai tonik umum dan pembersih usus. Ia juga mampu mengurangkan gejala-gejala penyakit keradangan usus. Guarana juga mampu digunakan sebagai diuretik dan membantu mengawal penyakit saluran urinari, diarea, sakit akibat haid dan sakit kepala.
Selain itu guarana juga dikatakan mampu mencegah barah, melegakan otot lembut bronkial, melegakan kegelisahan, merangsang prestasi, melindungi dari malaria dan melindungi neuron-neuron dalam otak daripada rosak.
Guarana juga mampu bertindak sebagai perangsang kardiak dan membantu menaikkan tekanan darah yang mana ia boleh berguna kepada individu yang mengalami masalah tekanan darah rendah.
tetapi...
ia amat bahaya kepada mereka yang mengalami hipertensi.
Selain itu, guarana juga mampu membantu untuk mencegah platlet-platlet dalam darah daripada berkumpul dan sekaligus mengurangkan pembentukan darah beku.
Walaupun terdapat pelbagai kebaikan dan khasiat guarana, namun begitu penggunaanya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.
Guarana mampu menyebabkan dehidrasi dan imsomnia. (sebab tu pengguna HKCC digalakkan untuk minom air banyak dan juga tidak digalakkan minom di malam hari..) Pengambilan berlebihan mampu membawa kepada kegelisahan, sakit kepala, fikiran terganggu, loya, bergetar, muntah-muntah dan cirit birit.
Berikutan kandungan tinggi kafein dalam guarana, pengambilannya dalam seharian tidak boleh berlebihan. Malah guarana tidak dicadangkan kepada individu-individu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi atau masalah jantung.
Majalah Mingguan Wanita, Bil :1489 1-7 Jun 2012
Juga, for more info, boleh klik sini untuk lebih mengetahui khasiat guarana itu..
Moga memberi manfaat untuk pembaca..
dan pengguna HKCC khususnya..
Sharing is caring..
:)
No comments:
Post a Comment