CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, November 26, 2018

Buli mak balik.

Semalam mak buli kita, korek korek idong kita. Malam ni kita balas.


Seronok tauuu angkat angkat bontot, reverse reverse, pusing pusing sambil tidur lambat. 😎😎😎

#AisyahMaritza #AMjourney #makbebel #5months

Saturday, November 24, 2018

Periuk elektrik Shopee..

Masa anak tidur lah kau boleh buat macam macam kerja rumah. Daaaaan pegang henfon.

Masa nak masak pula Aisyah dah bangun maka mak ajak la dia masak sekali pakai periuk elektrik RM27 yang mak beli kat Shopee itu hari.

Nak pakai Noxxa macam over sangat kau mak. Iyalah. Besar benau periuk nya. 

Hah. Ini kecik je mak beli untuk masak bubur Aisyah nanti tapi mak rasmi dulu ya anak. Muahahha.


Siap tomyam asal ado versi mak yang laju laju buat kerja rumah. Kahkahkah. Okbai.

#makbebel #nadearamly 

Friday, November 23, 2018

Yay. Dapat hadiah lagi.

Semalam, mak bawak pergi Kaison. Terjumpa kawan mak. Terus Aisyah dapat hadiah elephant. Yey! Okeh, elephant tak ada dalam gambar. 

Mekaseh kawan mak yang cantik. 😘


Haah. Aisyah tengah main air liur tu. Tengok diri sendiri comel sangat. Okbai. 

#AisyahMaritza #AMjourney #makbebel #5months

Tuesday, November 20, 2018

Monday, November 19, 2018

Hiburan mak mak.

Hiburan mak mak.


Teruja anak nak makan tak lama lagi. Habis lah mak borong 11.11 itu hari. Jadi lah. Siapa nak bagi free shipping khen. 

Itupun orang kata lalai, leka, membazir masa duit tenaga semua. Kelakar.

Eh. Lapar pulak. Okbai.

#makbebel

Wednesday, November 14, 2018

Yey, sofa dah sampai!

Yey! Sofa yang mak tergoda dekat Shopee itu hari dah sampai.


Dapat lah tunjuk kat apak. Warna tu pun bersempena apak kan kerja kat negeri Kedah..😜

Hah. Ni lah yang mak kata payment tak lepas lepas tu. Gigih pula tunggu sampai pukul 2 pagi. Tahniah lah mak. Mak memang gigih! 

#AisyahMaritza #AMjourney #makbebel #5months

Tuesday, November 6, 2018

Kita harung sama sama ya..

Jika itu hari kita selamat sampai ke rumah wan dan atuk lepas mak balik dari kerja, insyaAllah kita boleh lakukannya esok pagi pagi anak untuk balik ke Manjung semula. 

Sama macam rutin mak masa mak belum ada kamu dulu.

Mak cuma mahu kamu rasa, itulah susah payah perit jerih mak jauh dengan atuk dan wan kamu. Juga apak kamu. Yang struggle mak, sedih mak, kecewa mak, takut mak, kawan kawan rapat mak saja tahu.

Sebab mak mahu orang lain syukur dengan apa yang mereka ada. Mak mahu mereka gembira melihat mak gembira sentiasa. Dan mak mahu mereka bahagia membaca coretan rasa.

Kita harung ini sama sama ya.


😘😘😘

Disclaimer : Mak last minute decide balik Paya Jaras lepas ambil Aisyah dirumah mama Manja khamis lepas. 

#AisyahMaritza #AMjourney #makbebel #5months

Monday, November 5, 2018

Expected vs Reality

Expected vs reality.

Lama dah mak beli bip ni. Baru harini cuba kat #AisyahMaritza. Sebab asyik lah dok menyembur nyembur.


Dan Aisyah be like, don't ever kutuk me and my baju yang terbukak butang itu. Okbai.

Cepat sihat semula anak. Mak kena kerja cari duit nak poya poya. Okbai.

#AisyahMaritza #AMjourney #4months #makbebel

Saturday, November 3, 2018

Happy 5th month's anak!

Selamat lima bulan anak mak apak cucu wan atok kesayangan semua orang. 😘😘😘


Mak ada sebulan lagi nak tambah ilmu pemakanan kamu pula. Auww. Mak is teruja!

Baju hadiah dari MakLong Erin. Mekaseh MakLong..😘😘

#AisyahMaritza #AMjourney #makbebel #5months