Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu:
Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali
dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. [4]
Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang
pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu
hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka
menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu) dan
(sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku. [5]
Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan
untuk mengalahkan mereka dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya
harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih
ramai pasukannya. [6]
Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan
adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya
yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai
masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan
musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan
keganasannya) dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana
mereka telah memasukinya pada kali yang pertama dan untuk menghancurkan
apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya. [7]
Aku tergerak hati nak share ayat ni..
Sebab aku napok kawan share satu gamba tentang ayat ini..
DAn sesuai dengan keadaan skang di Gaza, apa yang anda fikir bila baca ayat nih?
Tak pandai menilai..
Tak pandai mentafsir..
Jadi, anda sendiri yang fahamkan..
Dan fikir, ape relevannya ayat ini..
Wallahualam..
Janji Allah itu pasti..
Wasalam..
ohoo..jadi apa maksud tafsiran ayat ni ek?
ReplyDelete