CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, November 22, 2014

Hanya selepas 15 tahun~

Ingat lagi kisah suami curang yang meletakkan kekurangan isterinya sebagai salah satu punca?
disini..
kita nak kongsi satu kisah yang mungkin lebih kurang sama.
Namun bezanya, kisah ini diceritakan oleh seorang yang bernama anak.
doakan segalanya dipermudahkan..

****************************************************************

Kami adik beradik 10 orang. 
Mak saya sorang je jaga tau. 
dan Alhamdulilah, adik beradik saya pon dah cuba untuk terima ayah saya balik. 
Mungkin, berkat doa saya. Wallahualam.  
Dulu, benci gila-gila kat ayah. 
SEbab buat kami macam nih. 
Bila dah lama-lama, dah dewasa, semakin dekat dengan Allah SWT, semakin diri ini dapat terima balik ayah saya. 
 kerana diri belajar untuk redha, bersyukur atas apa yang terjadi.
Kalau tak, misti kami adik beradik tak berjaya macam sekarang.
Alhamdulilah, tahun lepas dan tahun ni baru pegi jalan beraya rumah ayah. 
Keras kan hati saya..?
Alhamdulilah.  Allah SWT bukak hati saya. 
SAya bagi diri saya 2 tahun lagi nak keje. 
InsyaAllah lepas tu balik kampung. 

15 tahun yang lepas, ayah buat hal. 
Ada orang lain selain mak. 
Lelaki, walaupun dapat yang baru, yang lama taknak lepas. 
Macam mak saya, memula tu ayah saya tanak lepaskan mak saya. 
Dia digantung tak bertali.
Mak saya redha je sebab kami anak perempuan.
Nanti nak kahwin nak pakai wali.
TApi bila dah tak tahan, kami paksa mak mintak fasakh.
Kami tanak mak terseksa. Kami tanak ayah tanggung dosa.
Memang ayah mengamuk macam orang gila. 
Adik beradik saya nak kahwin susah tau.
Ayah saya saje buat hal.
Sengaja lambat-lambatkan urusan wali. 

Lepas 15 tahun baru saya jumpa ayah saya.
Raya tahun lepas, masa nak balik lepas raya rumah dia, saya salam peluk cium dia. 
Adik beradik saya tak pernah buat macam tu tau. 
Terasa ayah saya peluk saya kuat kuat. 
Adik saya kat belakang saya masa tu cakap, mata ayah saya berair, ada kolam. 

Memang mak saya sangat kuat.
Besarkan anak-anak, dengan gaji RM5 sehari.
Bayangkan macam mana nak bagi 10 orang anak-anak makan, nak sekolah lagi.
Masa tu saya nak berenti sekolah, tolong mak, tapi mak tak bagi.
Adik saya nombor 4 sanggup berhenti sekolah. 
Tolong mak saya. 
Umur dia masa tu 13 tahun.
Sekarang adik saya tak kerja dah.
 Jaga mak saya kat kampung.
 Kami bersyukur sangat2 sebab ada adik saya tu.
SAya dah la jauh, sebab tu saya nak setelkan apa yang patot, balik kampung jaga mak dan adik..dan ayah juga. 
Selagi ada hayat saya, saya nak teman mak dan ayah. 
Doakan saya ya...

********************************************************************************

Menangih kita baca kiriman email seorang sahabat.
Entah mengapa, kita dipilihnya untuk share bersama.
SEbelum cerita ini disiarkan,
kita dah dapat keizinan beliau.

Cerita ini tiada tokok tambah.
semuanya dari email yang dikirimkan oleh sahabat itu.

ingin berkongsi kisah dan rasa di blog ini?
boleh email kita ke nadea.ramly@gmail.com.

Mungkin sedikit sebanyak boleh menjadi inspirasi.
atau teladan.
pada kita semua..
kadang-kadang kita rasa kita tak beruntung macam orang lain.
sedangkan ada lagi orang yang tak beruntung macam kita.
maka.
bersyukurlah...

Semoga urusan sahabat saya itu dipermudahkan.
amin ya rabb..

note : serius, dia sangat KUAT orangnya..sobss..

No comments:

Post a Comment