CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, September 28, 2015

Adakah ini takdirku?

"JUAL  Apa  yang  PELANGGAN  MAHU, bukan  apa  yang  PENJUAL mahu."

Kejap kejap nota ini aku hadam. Pendek ayatnya, namun dalam maksudnya. Entah mengapa, ayat ini bermain main di kepala ku sejak tadi.

Aku terbungkam kepenatan. Melepas lelah di atas sofa sambil menghela nafas panjang. Orang sungguh ramai. Tidak peduli asalkan mereka puas, asalkan hajat mereka tercapai, walaupun berjam jam lamanya menunggu. 
Ku renung televisyen di hadapanku. Kosong. Mindaku tidak dapat menghadam rancangan yang disiarkan.

Penat! Jerit hati kecilku. Dengan tubuh yang masih lesu, aku merenung kipas yang berputar.

Adakah ini takdirku?

Dan aku terlelap sehinggalah azan Magrib berkumandang..

Thursday, September 24, 2015

Ko tak balik raya? Esok raya..

"Ko tak balik ke? Esok raya."

Tanya Amani tiba tiba sedang asyik aku leka melipat baju.

"Tak."

Pendek jawapan ku beri. Malas nak panjang cerita.

"Baliklah beb. Berapa tahun dah ko tak balik. Sudah sudah la. Lupakan je apa dah jadi."

Bebel Amani. Aku merenungnya tajam. Tak puas hati. 
Dah kenapa pompuan ni. Nak carik gaduh ke apa.

"Dia pun dah mintak maaf kat ko kan." Sambungnya lagi.

Aku teruskan melipat kain yang berbaki. Rasa banyak pulak tiba tiba. Tadi macam ok je. 

"Ko dengar ke tak ni wei..!" Amani menempik. Berang melihat aku tidak membalas sepatah pun. Bulat matanya. Hilang terus kecomelannya.

"Dengar." Balasku. Aku tergelak kecil. Lucu. "Ko kenapa?" Soalku semula.

"Ko ni pekak ke ape tah. Aku cakap buat dek je." Amani mula membebel. "Aku bukan nak suruh ko balik kampung, tapi, kesian la kat family ko. Sejak ko duduk dengan aku, tak pernah aku tengok ko balik. Ko marah lagi kat dorang ke Lia?"

Panjang pulak pompuan ni bersyarah malam malam raya begini. Setan apa merasuk dia ni agaknya. Aku pandang Amani, tepat ke dalam matanya yang sepet.

"Amani, stop it." 

"Hariz tu, dah pun selamat kahwin. Dengan tunang yang dia cinta sangat tu. Ko? Nak terus macam ni? Ko dapat apa? Rugi je muka lawa, kerja bagus, tapi orang nak, semua ko tolak. Bukan ko makin muda. Esok lusa mereput sorang sorang, baru ko tau erti penyesalan."

Terjuih juih mulut si Amani. Ada nada geram disitu. Aku gelak besar.

"Hoi! Aku serius la.." tempiknya. Geram barangkali. Aku gelak lagi.

"Marlia binti Marzuki. Ko dengar ke tak ni?" Amani hilang sabar. Remote tv dicapai dan dibaling ke arah aku.

Fuh, nasib sempat elak.

"Menyampah aku cakap dengan ko.." dengusnya.

"Ye lah ye lah..aku tak gelak dah. Kenapa ni Nur Amani Alia yang comel, marah marah di malam raya yang indah ni.." aku mengusiknya. 

"Aku tanya ni, ko taknak balik kampung ke?"


bersambung...

Wednesday, September 23, 2015

Maafkan abang, Lia..

Aku masih membisu. Mencari kekuatan. Menahan air mata dari tumpah ke lantai.

Adakah selama ini tidak cukup pengorbanan Lia terhadap abang? Tanyaku perlahan. Tunduk. Dikala ini, bukan soalnya KENAPA, tetapi persoalan ADAKAH lebih penting dari segalanya.

Perlahan Hariz menjawab.

Cukup. Lia cukup baik terhadap abang. Tapi, abang harus memilih antara Lia dan tunang abang. Dan abang dah buat keputusan, untuk memilih dia dari Lia.

Aku terpempan seketika. Diam. Ku tarik nafas sedalamnya dan melepaskannya perlahan lahan. Entah dari mana datangnya kekuatan pun aku tidak tahu. Selalunya, bila begini, amukan yang akan kuhamburkan. Namun, aku tenang setenang tenangnya. 

Hariz memandangku kaku. Mungkin menunggu aku bertindak seperti biasa.

Baiklah jika begitu. Lia terima. Abang, Lia balik dulu. Lia mintak maaf jika selama ini Lia susahkan abang, buat abang marah, buat abang tak selesa. Lia mintak maaf. Ada getar dalam suaranya.

Marlia berlalu pergi, melangkah tenang. Hariz kaget. Apakah aku bermimpi Lia boleh setenang itu? Menerima keputusannya tanpa amukan seperti selalu? 

Marlia semakin hilang dari pandangan. Namun, Hariz masih disitu. Kebingungan dengan apa yang tidak dijangkanya itu..

Marlia sudah berubahkah? Dimana amukan, makian yang selalu keluar dari mulut mungil nya itu? Yang selalu merungut, yang selalu mengomel tanpa henti itu? Apa yang membuatkan dia berubah begitu?

Hariz masih disitu, tanpa jawapan.