CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, October 24, 2015

Dahulu berenam, kini berlima. Sobs~

Mungkin saat entri ini ditulis.
Beliau masih lagi mengemas.

Orang cakap.
Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan.

Yeke?

Semalam (23 Oktober 2015), kami kehilangan seorang kawan yang rajin.


Baik.
Penyabar.
Cantik.
Beliau berpindah ke Kedah, mengikut suami.
Sobssss~

Dalam kami berenam.
Beliau sangat mak mak.
Matang.
Walaupun sebaya kita.
Kalau lapar, rumah beliau akan kami tuju.
Memandangkan kami semua dok blok lain lain.
Rumah dia jugak akan jadi tempat tumpuan.
Taktahu napa.
Sebab dia suka masak kot.
Kami semua ni kaki makan.
Hahahahaha..


Kami 6 sekawan.
Sekarang, tinggal berlima.
Ini gambar lengkap kami.
Masa ni pon besday Danish.
Dah kata tadi, kami suka makan.
Maka, kalau kengkawan buat memakan, muka ini juga lah kat dapur.
Kat ruang tamu, kat mana mana je la yang muat.

Kami mungkin tidak ingat bila kami mula rapat.
Tapi kami takkan lupa kenangan kenangan manis kami.


Kalau Liza ingat, ini masa pesta pangkor.
Sempat wefie ha.
(Liza paling kiri)
Tah ape Safiyya tengok bawah tu.
Hahahahaha..
Ni bila laki takdak, maka kita selalu akan buat aktiviti sendiri.


Ini pulak sebelum tu.
Kita pegi berfoya foya ke AEON.
Hihihihi.


Kita buat apa yang buat kita gembira.
Termasuklah yang ni.
Ayien la ni punye pasal.
Dia yang ajar.
Hahahahaha..


Kalau ekotkan, banyak lagi gambar kita suka wefie.
Tapi amik yang ni lah.
Hihihihik..
Geng geng kita semua sekepala.
Sorang ajak keluar, semua nak ekot.
Ini pon, kita nak pegi AEON kot.
AEON lagi.
Kih3..


Kalau Liza ingat jugak, ini masa open house rumah Ayu.
Kita punye rapat sampai baju pon macam plan plan je.
Hihihihi..
Pahtu, bergambar itu PASTI..


Ini moment kita sebelum Liza bergerak pulang.
Kami tahu, Liza pendam sedih.
Kami juga.
Tapi kita maintain senyum.


Masa ini, kami masih sembunyikan sedih tu.
Tapi, ingat tak lepas je tangkap gambar, apa berlaku?
Ada orang potong bawang!!
Cis betuiii..


Ini saat paling sayu.
Kami hanya memandang dari garaj.
Melihat kereta Liza meluncur perlahan lahan meninggalkan blok dan kami disitu.

Semoga berbahagia di tempat baru sahabatku Azmaliza Azhar.
Terlalu banyak kenangan manis walau kita tak lama bersahabat rapat.
Terima kasih atas masakan yang sedap sedap.
Tips tips jadi isteri yang rajen masak.
Isteri contoh yang banyak bersabar.
Kalau buat ranking, Liza memang full of skill la sebagai isteri dan ibu.
Paling best, laksa sedap gilaaaaaa..

Jaga diri kat sana.
InsyaAllah kami ada masa kami jenguk Liza kat sana ya..
Jangan pernah lupa kami.
Group whatsapp still ada maka, kalau ada apa2, kami sedia tadah telinga berkongsi cerita.

Yayyy..
Ada reason nak jenjalan kat Kedah.
Yayyyy!!

Kami tinggal berlima..
Dan dengar cerita, kami juga akan tinggal berempat pula.

Maklomlah, demi tugas.
Maka, kami layan saja.
Redha.

Okeh, sape potong bawang lagi nih.
Hoh!




No comments:

Post a Comment