CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, April 23, 2016

Tortilla Wrap simple dan sedap!

Okeh.
Hari cuti sabtu ahad adalah selalunya hari mengemas rumah.
Laundry.
Masak.
Dan makan.

Nak tulih pasal makan.
Pernah dengar tortilla wrap..?
Pernah tengok?

Okeh.
Ini tortilla wrapnya.


Adakah ia hodoh? Abaikan..
Ye..tortilla yang gemok.
Tapi makanan ini tidak menggemukkan.
Kerana.
Ia merupakan sayor dan daging sahaja.

Meh sini KakJojes ajar.
Senang ajer..

Bahan yang diperlukan ialah.


Tomato.
Buang isi dalamnya dan potong dadu.


Salad sebanyak tamak.



Bawang dipotong bulat.



Daging cincang yang telah digaul dengan
Lada sulah..

Dan juga tortilla wrap itu sendiri.
KakJojes menggunakan perisa original.
Lagi better pakai wheat.
Sehat ko..


Kalau letak kapsikum pon best.
Lagi sedap.
Potong sama macam tomato tadi.
Tapi jangan lupa goreng tanpa minyak tau.


Bagaimana cara membuatnya?
Begini caranya..


Daging yang dah gaul dengan lada sulah tadi digoreng tanpa minyak.
KakJojes letak minyak zaitun sikit.
Letak bawang putih sikit.
Kata orang orang tua.
Hilangkan bau daging tu.

Lepas tu.
Salai wrap yang korang beli tadi tu..
Takyah lama sangat.
Ingat.
Pakai non stick pan tau.



Untuk sos, mudah saja.
Kita DIY.
Toksah sebok tosen ailen.
Pakai mayoned dengan sos cili kehepsi ke.
Mekdi ke.
Kakjojes memang kompol sos sos gini.
Hohooo..
Gaul rata.
Dan hasilnya..
Taraaaaaa..


Nak pedas, letak sos lebih.
Nak masam, letak mayones lebih.
Ekot korang lah.

Okeh..siap!

Masa untuk balut roti korang.


Sapu dulu sos DIY korang tu.
Pahtu, amik salad tu susun.
Ekot banyak mana korang nak.
Tabur bawang.
Daging.
Dan tomato.
Lepas tu lipat sehingga jadi begini..


Jangan lipat macam lipat kain pulak!



See.
Sayo je kan.

Untuk portion KakJojes yang kuat makan.
Maka gemoklah tortilla wrap KakJojes.
Bahahahahaha.

Isi tortilla wrap ini atas kalian.
Ada yang letak scramble egg.
Ada sosej.
Atas masing masing.

KakJojes suka banyak sayor.
Heeeee..

Senang kan.

Cubalah.
Satu pon kenyang.
Hohoooooo~

No comments:

Post a Comment