CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, July 19, 2016

The Untold Story : Part 1 : Penantian berakhir..☺

KakJOjes ni dengan somi memang dari start bercinta sampai kawen.
Memang tak pernah nye duduk sama.
Dari masa somi kat Sabah.
KakJOjes di Sarawak.
Kami buat flight tu macam bas dah.
Duit takpayah cakap la.
Beribu ribu dah abis.
Tapi apedehal..
Demi cintaku kepada somi..
bahahahaahha~

Lepas somi dapat transfer ke Lumut.
KakJOjes pula dapat transfer balik ke semenanjung.
tapi di KL.
Tak kisah la.
Family pon ada kat KL.

Kami meneruskan kehidupan seperti biasa macam kat Sabah Sarawak dulu.
Kalau tak suami balik KL.
KakJOjes akan ke Lumut pula.

Dalam masa tiga tahun usia pekahwinan,
which is KakJOjes struggle juga mintak transfer ke Lumut,
serta di satu pagi yang hening.
Pregnancy test yang selama ni hanya satu line tiba tiba naik jadi dua line.
Sungguh terkejut!

Betul la orang kata.
Bila kita tak fikir atau mengharap,
akan ada pulak tiba tiba.
Jujur, KakJojes tak expect apa apa.
bayangkan 3 tahun kecewa.
Period je nangis.
Dengar orang mengandung pon nangeh.
Ciwek sungguh rasanya.
hahahaha..
*ciwek tu bahasa jawa, maknanya suka menangeh je.*
Lepas tu malas dah mengharap.
Tapi gigih lagi la dok berulang KL Lumut je.

Period KakJOjes sangat teratur.
Which is memang tepat pada hari yang dijangka.
atau awal sikit.
tapi kali ini hampir seminggu period yang ditunggu tak kunjung tiba.
masa tu husband kata, yayang stresss tu..
padahal gembira je sebab masa tu dok berulang KL Lumut.
Masa ini kami masih PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh).
 KakJojes di KL dan suami di Lumut.
Maka, pada malam sebelum KakJOjes balik ke KL esok pepaginya, KakJojes membeli 
pregnancy test tersebut dan sanggup beli tisu golong yang besar tu.
sebab takmo somi nampak.
gigih tak..

Imagine seminggu tu dok pakai Pad tapi period tetap tak kunjung tiba.
membazir betul..hahahaha..

Pagi Isnin jam 5 pagi, Kakjojes bangun untuk buang air.
terus teringat kat pregnancy test tu.
ape lagi.
memang letak je strip tu, tak pandang dah..
sebab mata dok ngantok lagi..
nak kene mandi sesiap pulak balik KL.
sekali bila toleh, naik dua line..
gosok gosok mata tak percaya..

lari masok bilik kejut somi sambil tunjuk tunjuk bilik air..
somi mamai, ingat bini dia dok kata ada lipas.
terus pi bilik air..
dia terus tanya, kenapa.
tu kat tempat flush tu..

dia pon angguk angguk pahtu terus tido balik..
pahtu dia bangun balik.
eh, ape tu..

Mama pregnant!

terus somi bulat mata.
walau mata dia tak bulat mana.
hahahaha..

masa ni tak nampak eksaitednye.
sebab dia dok mamai lagi kot..
tapi Kakjojes tau dia gembira.
masa tu Allah je tahu perasaan KakJOjes..
berbunga riang..
pahtu sujud syukur.
menangeh atas sejadah.
penantian 3 tahun dah berakhir.
kami akan jadi papa dan mama..

Alhamdulilah...


......bersambung Part 2..



No comments:

Post a Comment