CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, November 4, 2016

Resipi rendang daging hitam simple

Sempena hari cuti yang osem ini.
KakJojes telah cravings rendang daging hitam.
*betul ke idak entah namanya tu*

Nah.
Yang dah siap punya.


Maka sebab nak layan nafsu makan yang tak sudah sudah.
Kita coba la buat guna periuk yang kau beli mahal mahal tu.
Macam biasa, google aje resipinya.
Kan teknologi di hujung jari.
Gittew.

Camana nak membuatnya?

Okeh.
Begini.
KakJojes guna setengah kilo daging.
Dan daging ini diperap selama 1 jam.

Bahan bahan perapnya ialah:

Ketumbar
Jintan manis
(Ketumbar dan jintan manis ni KakJojes dah sangai dan tumbuk kasar)

Kicap mee
(KakJojes pakai kicap kipas udang je yang lemak manis tu.)

Sedikit gula melaka
(gula merah pon boleh)

Kakjojes lebihkan ketumbar dengan jintan manis tu sebab suka bila daging perap perasa nya.
Okeh, then letak tepi.
Kita buat bahan tumis pulak.

Blender
Cili kering (rendam sekejap dalam air panas)
1 biji Bawang besar
5 biji bawang kecik
5 ulas bawang putih
2 inci halia

Ini KakJojes blend kan semua terus. 
Kalau nak asing cili tu pon takpe.
Tapi sebab aku malas, maka campurkan je la skali.

Untuk menumis, perlu
2 batang wangi.
Bunga lawang
Buah pelaga
Kulit kayu manis
Cengkih
*ala 4 sekawan tu*
Sebiji bawang kecik diracik halus buat wangi.

Cara membuatnya.
1. On kan STIR FRY kat periuk Noxxa korang yang banyak berjasa tu. Tumis serai dan 4 sekawan itu serta bawang yang telah diracik halus sehingga naik bau.

2. Masukkan bahan yang korang dah blender tadi. Gaul rata. Masak sampai korang nampak dia masak.

3. Masukkan daging yang korang dah perap tadi. Gaul rata. Letak garam secukup rasa. Kalau rasa tak cukup hitam tambah lagi kicap.

KakJojes suka pedas tu letak banyak cili. Hihihi.

4. Set HP 18 pula. Biarkan sampai selesai.
Pastu hidang..

So far daging KakJojes masak ngamngamsoi.
Kuikuikui..
Tak lembut sangat.
Tak liat sangat.
Kalau nak lembut lagi set lama sikit lah.

Makan dengan nasik putih pon sodap!
Pahtu goreng telur.
Phewwwww..


Erk!

Alhamdulilah kenyang.

Selamat mencuba rendang daging hitam simple Noxxa. 😘😘😘

No comments:

Post a Comment