Hai korang. Jumpa lagi kat entri ni. Gigih weh menaip dalam flight ni sebab ada kawan request buat entri. Huhuhuk..
Kali ni KakJojes nak cerita tentang satu lagi tempat yang KakJojes dan suami discover kat Langkawi iaitu Langkawi Wildlife Park. Ini kali pertama KakJojes pergi zoo kat Langkawi ni. *taktahu pula ada zoo. Serius!*
Zoo ini dikatakan berada dalam ranking dua puluh (20) yang terbaik dalam ASIA oleh TripAdvisor . Wow!!!
Yay! Dah sampai.
KakJojes dan suami tak plan pun pergi sini sebabnya kau orang tahu lah bila dah kenyang. Ngantuk saja. Tiba tiba somi belok ke kiri..waaa, zoooo..!!! Kau rasa KakJojes tak tersengih kegembiraan. Kikikikih.
Kata beliau, orang bawak anak anak, dia bawak bini pergi zoo. Tak kisah la somi, asalkan kamu ada dengan saya walau kemana jua pun. Cia cia cia..! 😂😂😂
Langkawi Wildlife Park ini menyediakan tempat letak kereta yang luas untuk kemudahan pengunjung. Disebabkan kami datang pada hari bekerja maka tidaklah ramai pengunjung.
Baguslah. Tak lah haku nak berebut rebut nak bergambar karang. Kahkahkah..
Kami terus ke kaunter bayaran yang disediakan. Ini bayaran yang dikenakan kepada pengunjung. Kami ada MYKAD maka dapat la diskawan seorang RM24 per entri. Yay! Ops! Kena tunjuk MYKAD kad kaunter ye.
Kau orang perlu beli makanan di kaunter yang sama juga kalau kau orang nak beri makan haiwan haiwan dalam zoo itu. Adalah beberapa harga dikenakan. Lupa pulak nak snap. Wuuuu..
Zoo ini dibahagikan kepada beberapa seksyen dari A sehingga D. Kau orang masuk masuk saja akan masuk ke Seksyen A iaitu seksyen burung burungan. Yeehaaa,.
Kacaknya kauuu..
Setiap Seksyen ini dibahagikan mengikut jenis dan kelas hidupan itu. Yang bestnya, haiwan haiwan disini kita boleh pegang dan bergambar! Haiwan berbahaya tu, taklah. KakJojes pon takut. 😂😂 jadi moh layan gambar gambar KakJojes yang sempat KakJojes snap kat sana.
Zasssss..
Untuk kalian yang mahu datang kesini, ini jadual yang korang boleh rujuk untuk aktiviti haiwan disini.
Okeh, dah puas jalan, jom balik.
Apapun kalau ada pertanyaan, boleh hubungi pihak Langkawi Wildlife Park ya. 😊
Jumpa lagi dilain entri!
Boiiiii..