CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label cuti cuti malaysia. Show all posts
Showing posts with label cuti cuti malaysia. Show all posts

Friday, October 6, 2017

Sabah : Kinabalu Park

Lepas selesai di Desa Dairy Farm tadi,
Kami pun turun nak ke destinasi seterusnya iaitu Kinabalu Park.

Taraaa..



Memang ada bayaran dikenakan ya kawan kawan.




Mari kita belajar geografi!





Posing lagi lah kan.
Kahkahkah.

Laluan pejalan kaki disediakan.
Dan serius kitorang berjalan hampir 10km jugak lah.
Nasib baik KakJojes bijak.
Pakai kasot sukan.
No heels heels okeh..









Lepas penat berjalan, kami melepaskan lelah diruangan yang disediakan.
Dan ini pandangan dari atas tempat parking kereta.



Belakang tu dah mula berkabus.
Hujan pun dah mula turun sikit sikit.
Kata orang, elok turun sebelum kabus tebal.







Dah, jom balik.




Boring tak tengok gambar?
Kahkahkah.

Nasib la.
Dah nak dekat setahun peram entri.
Matilanaakkk..

#kakjojes #nadearamly

Saturday, February 18, 2017

Langkawi Wildlife Park..

Hai korang. Jumpa lagi kat entri ni. Gigih weh menaip dalam flight ni sebab ada kawan request buat entri. Huhuhuk..

Kali ni KakJojes nak cerita tentang satu lagi tempat yang KakJojes dan suami discover kat Langkawi iaitu Langkawi Wildlife Park. Ini kali pertama KakJojes pergi zoo kat Langkawi ni. *taktahu pula ada zoo. Serius!*

Zoo ini dikatakan berada dalam ranking dua puluh (20) yang terbaik dalam ASIA oleh TripAdvisor . Wow!!!

Yay! Dah sampai. 


KakJojes dan suami tak plan pun pergi sini sebabnya kau orang tahu lah bila dah kenyang. Ngantuk saja. Tiba tiba somi belok ke kiri..waaa, zoooo..!!! Kau rasa KakJojes tak tersengih kegembiraan. Kikikikih.

Kata beliau, orang bawak anak anak, dia bawak bini pergi zoo. Tak kisah la somi, asalkan kamu ada dengan saya walau kemana jua pun. Cia cia cia..! 😂😂😂

Langkawi Wildlife Park ini menyediakan tempat letak kereta yang luas untuk kemudahan pengunjung. Disebabkan kami datang pada hari bekerja maka tidaklah ramai pengunjung.
Baguslah. Tak lah haku nak berebut rebut nak bergambar karang. Kahkahkah..

Kami terus ke kaunter bayaran yang disediakan.  Ini bayaran yang dikenakan kepada pengunjung. Kami ada MYKAD maka dapat la diskawan seorang RM24 per entri. Yay! Ops! Kena tunjuk MYKAD kad kaunter ye. 


Kau orang perlu beli makanan di kaunter yang sama juga kalau kau orang nak beri makan haiwan haiwan dalam zoo itu. Adalah beberapa harga dikenakan. Lupa pulak nak snap. Wuuuu..

Zoo ini dibahagikan kepada beberapa seksyen dari A sehingga D. Kau orang masuk masuk saja akan masuk ke Seksyen A iaitu seksyen burung burungan. Yeehaaa,.

Kacaknya kauuu..


Setiap Seksyen ini dibahagikan mengikut jenis dan kelas hidupan itu. Yang bestnya, haiwan haiwan disini kita boleh pegang dan bergambar! Haiwan berbahaya tu, taklah. KakJojes pon takut. 😂😂 jadi moh layan gambar gambar KakJojes yang sempat KakJojes snap kat sana. 

Zasssss..




















Untuk kalian yang mahu datang kesini, ini jadual yang korang boleh rujuk untuk aktiviti haiwan disini. 

Okeh, dah puas jalan, jom balik.

Apapun kalau ada pertanyaan, boleh hubungi pihak Langkawi Wildlife Park ya. 😊


Jumpa lagi dilain entri! 
Boiiiii..