CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, March 6, 2017

Perbandingan kad loyalty petrol

KakJojes mendapat respon yang osem dari sahabat berkenaan kad P-miles semalam. (Rujuk pos sebelum ini). Dan pagi ini KakJojes rasa mahu kongsi maklumat ini bersama kalian. 😊 Terima kasih En Firdaus Anuar atas perkongsian. 

.

Kali ni saya buat perbandingan kelebihan kad-kad loyalty petrol dari segi penebusan petrol.

1. Caltex: Kad Journey 
1 liter petrol = 1 point
1000 points = RM10 petrol percuma
3000 points = RM30 petrol percuma
Untuk mendapatkan 3000 points, kamu perlu beli petrol  RM6,900
Sekiranya 3000 points ni ditebus, harga sebenar petrol yg dibayar adalah RM2.29/liter

2. Petronas: Kad Mesra 
1 liter petrol = 1 point
1000 points = RM10 petrol percuma
3000 points = RM30 petrol percuma
Untuk mendapatkan 3000 points, kamu perlu beli petrol  RM6,900
Sekiranya 3000 points ni ditebus, harga sebenar petrol yg dibayar adalah RM2.29/liter

3. BHPetrol: BHPetrol eCard
RM1 petrol = 1 point
550 points = RM5 petrol percuma
3000 points = RM27.27 petrol percuma
Untuk mendapatkan 3000 points, kamu perlu beli petrol  RM3,000
Sekiranya 3000 points ni ditebus, harga sebenar petrol yg dibayar adalah RM2.28/liter

4. Shell: Kad Bonuslink
1 liter petrol = 1 point
1000 points = RM10 petrol percuma
3000 points = RM30 petrol percuma
Untuk mendapatkan 3000 points, kamu perlu beli petrol  RM6,900
Sekiranya 3000 points ni ditebus, harga sebenar petrol yg dibayar adalah RM2.29/liter

5. Petron: Kad P-Miles
RM1 petrol = 1 point
950 points = RM10 petrol percuma
1600 points = RM20 petrol percuma
3000 points = RM45 petrol percuma
Untuk mendapatkan 3000 points, kamu perlu beli petrol  RM3,000
Sekiranya 3000 points ni ditebus, harga sebenar petrol yg dibayar adalah RM2.27/liter

Berdasarkan pengiraan ni, kad petrol yg paling menguntungkan mengikut turutan (Harga semasa RON95 = RM2.30) :
1. Petron: Kad P-Miles (RM2.27/liter)
2. BHPetrol: BHPetrol eCard (RM2.28/liter)
3. Caltex: Kad Journey (RM2.29/liter)
3. Petronas: Kad Mesra (RM2.29/liter)
3. Shell: Kad Bonuslink (RM2.29/liter)

Utk org mcm saya yg menggunakan 90.5 L petrol sebulan (perjalanan 60km sehari, hanya mengambilkira hari bekerja) , berikut adalah jumlah petrol yang dapat dijimatkan:
1. Petron: RM2.71
2. BHPetrol: RM1.81
3. Caltex, Petronas & Shell: RM0.90
4. Tanpa sebarang kad royalti petrol: Tiada penjimatan

Nota kaki:
1. Semua pengiraan berdasarkan penggunaan RON95 pada harga semasa RM2.30/liter
2. Contoh pengiraan utk dapatkan nilai sebenar yg dibayar utk per liter petrol:

Caltex
3000 L = RM6900 - RM30
1 L = RM?
1÷3000 × (6900-30) = RM2.29/L

Petron
1304 L = RM3000 - RM45
1 L = RM?
1÷1304 x (3000-45) = RM2.27/L

.

Apa pun, terpulang kepada kalian mahu pilih yang mana, perawan atau janda..ehh! Okbai. 😘😘😘😘

#salindantampal #NadeaRamly


Sunday, March 5, 2017

Kad P Miles PETRON

Disebabkan abah KakJojes suka nau isi minyak PETRON, maka anak beliau ini terjebak sama. Diceritakan minyak PETRON ni begitu begini. KakJojes angguk angguk faham.

Sampai di PETRON semasa ingin membayar minyak sebanyak limapuluh duit, KakJojes bertanya tentang kad Miles ni. Terus kaunter itu hulur kad dan kata,

Kaka, ini SMS saja, semua ada sini. 

Katanya sambil jari nya bergerak gerak menunjuk arahan tertera di kad. 

Baik. Kata KakJojes. Masuk kereta, abah KakJojes tanya, dapat dah ke? Dah. KakJojes jawab pendek sambil tunjuk kad yang osem itu.

Abah punya lain. Ni kad baru ni. Kata abah. Ha, ni baru bah. Activate pun pakai SMS. Dasat woo..hahahaa..jawab KakJojes sambil gelak gelak. 

Kami ini, jarang bersembang, bergurau. Eh, pandai abah buat marketing eh. Tak memasal haku buat kad Miles ni.kahkahkah..


Sampai PJ dah. Alhamdulilah..rehat..esok pepagi nak ukoq jalan. Boiiii,.😘

#kakjojesthemojes #nadearamly

Saturday, March 4, 2017

Orang kalah beri alasan..

Syukur.

Dalam kehidupan kau, sebenarnya takda siapa yang berhak paksa kau buat keputusan. Sebab kau bertanggungjawab atas apa yang kau buat. Tapi, bila kau salahkan orang keliling kau, kau kata punca dari orang keliling kau, kau hanyalah seorang looser. Dan manusia yang tak pernah bersyukur.

Nak tahu satu benda? Orang berjaya cari peluang, orang kalah beri alasan.

Nota : KakJojes bertanggungjawab atas apa yang KakJojes tulis tetapi tidak tentang apa yang kalian faham.


Udang masak lemak dengan kacang panjang. Baru nak makan selepas seharian mengemas rumah dan membasuh baju. Syukurrrrrr alhamdulilah.

Kau ingat KakJojes menggoyang kaki saje? 😏 

#nadearamly #kakjojesmasak

Friday, March 3, 2017

Google maps!

Serius meng 'google map' jalan. Lama sangat tak balik PJ nih. Kahkahkah. Cuti empat hari, dapat seminggu. Siapa nak bagi? Okbai.


Kau ingat KakJojes pakai songket cotton saja? Ada la baju munga munga. Nihhhhhhhh haaa. 🌷🌷🌷

Bunga terkini bukan songket sini 👇 ada. 
https://nadimorana.wordpress.com/2017/02/08/kain-pasang-rose-besar/

Bismillah..

#nadimora #kainpasang

Thursday, March 2, 2017

Hutang. Bayar la oi..!

Hutang ni, kebanyakannya pemiutang yang malu, penghutang ni buat muka kodok je tak bersalah padahal siapa yang berhutang sebenarnya. Belum hat siap kata kita banyak duit pi sana sini. Terbaik baq ang!

Kau tak mampu selesaikan sekali semua, bayar sikit sikit. Pemiutang ni pon tak kejam. Tapi tahap kejam depa ni boleh sampai kau makan sumpah nanti. Kau orang ingatlah. Kat dunia selamat. Kat akhirat belom pasti. 

Kata kawan KakJojes, aku habaq gini ja. Terima kasih kat yang berhutang sebab kalau tak, aku taktahu camana strugglenya cari duit. Tapi ingatlah, sesen pun aku takkan halalkan. Teruih tanya, weh aku ada hutang dengan hang dak? Kahkahkah..

Nah baju full..mana tau idea raya raya nanti..opsst! Ini kain masa mula mula nak berjinak jinak dengan kain silk. Okbai.



#nadearamly #kakjojesbebel #nadimora

Wednesday, March 1, 2017

Tak suruh setuju..

Tak suruh setuju.

Banyak benda yang ada kita setuju dan tak. Bezanya, cara kita menyampaikan sesuatu. Dan cara kita menerima sesuatu. Kalau kau memang asyik negatif saja, memang yang datang kat kau pun semua negatif. Baguslah. Yang baik baik mai sini. Kahkahkah.

Manusia ini ada empat jenis warna iaitu merah, hijau, biru, ungu. Tak tahu? KakJojes baru tahu. Okbai.

Macam biasalah warna peberet KakJojes. Hijau la. Kahkahkah. Hantar kopi #hkcc! Zasss!! 

#kakjojesbebel #nadearamly