CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, June 7, 2017

Ramadan 10 : Sambal belacan kuinin

Rezeki hari Isnin itu hari, kawan pejabat bawa dari kampung.
Dari pagi bau nya menggugat iman.
Siap buat perfume kereta sekejap la dek menyinggah ke Tesco membeli cili besar tadi. Gigih!

Sampai rumah, apa lagi. Cili besar, bawang besar dan cili api KakJojes sangai atas kuali dulu. Mak kata, tahan lama sikit sambalnya nanti. Dan tidak lah bau cili mentah. Gituw.

Belacan pula, kakJojes bakar. Kemudian, kau orang kisar dalam pengisar Panasonic kau tu bersama bawang dan cili cili yang dah kau sangai tadi. KakJojes masukkan sebiji kuinin yang dah dipotong dan kisar bersama. 

Sebiji lagi kau orang potong potong saja. Bahan kisar kau orang tadi, nah, campur sekali dan gaul rata. Letak gula dan garam sikit. KakJojes tak letak. Belacan KakJojes dah masen. Huhuk. Taraaaaa! Siap dah.


Ada isi ikan sikit tadi KakJojes goreng saja.

Entah kuini ke, kuinin, KakJojes tak pasti. Asal bunyi pun ok la kan. Kahkahkah.

KakJojes tak berapa pandai masak. Resipi yang KakJojes kongsi ni pun hasil carian Google. Dan cuba cuba sendiri. Jadi kau orang boleh cubajaya sendiri ikut citarasa kau orang okeh? 😉

Rajin KakJojes masak? Tepuk perut, tanya tekak. Nak beli di luar yang belum tentu kena selera atau nak masak sendiri dan kemudian terdampar kekenyangan? Okbai. 

Selamat berbuka semua. 😊

#kakjojesmasak #ramadan10

No comments:

Post a Comment