CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, October 15, 2018

Ini saya punya.

Ya. Ini saya punya. Mak beli lagi petang tadi. Warna oren kuning pula.


Betul la kata kawan mak. Kedai Kiddies Enterprise tu memang osem. Okbai.

#AisyahMaritza #AMjourney #4months #makbebel

Sunday, October 14, 2018

SSC Tugeda

Hari ini mak cabar diri mak bawa #AisyahMaritza dalam SSC (Soft Structured Carrier).

Jam 2.30 petang, kami sampai di AEON dan disinilah cabaran mak bermula. Mak ronda bawa Aisyah dan akhirnya Aisyah tertidur. Lena. Dan nampak selesa. Sambil mak terus melihat baju baju bayi yang osem. (mak tak beli pun tau. Percaya tak?)

Rondaan di AEON selama hampir 1 jam setengah, berjaya. Aisyah kembali ke car seat beliau dan tersengih gembira.

Disebabkan mak lama tak bawak dia jalan, mak extend masa lagi dan tempat. Kali ini ke Tesco pula. Oh, rupanya disinilah cabaran mak yang sebenarnya bermula.

Sepuluh minit pertama kembali ke SSC, Aisyah baik baik saja. Masuk minit ke sebelas, dia mula nampak tak selesa. Tudung mak ditariknya. Mulut mengomel ngomel entah apa disebutnya. 

Makin lama Aisyah makin meronta ronta. Dan mak dari tenang tenang usha barang terus laju laju bayar di kaunter. Sempat jugak la mak grab Genki Tape yang tengah murah (murah RM5 dari harga asal) tu. 

Sampai kereta, mak campak barang yang mak beli tadi dan letak kan Aisyah dalam car seat peveret dia. Sambil mak ketatkan seat belt nya, Aisyah pun melemparkan senyuman yang paaaaaaaaling manis.

Allahu. Hilang penat mak beli barang laju laju tadi anak. Huhuhu. 

Jam 4.30 petang, kami pun sampai rumah.

Setakat mak pakai SSC tadi, mak tak rasa sakit belakang atau bahu. Aisyah pula nampak lena juga tidurnya. Cuma, Aisyah perlu praktis lagi untuk duduk dalam SSC lebih lama.

Tak apa ya anak. Pertama kali memang begitu. Kita belajar sama sama. Itu pun mak rasa seronok dapat gendong kamu dekat dengan mak. Terima kasih beri pengalaman osem untuk mak hari ini.


Amacam, okay tak kalau jadi model Genki?๐Ÿคจ Okbai.

#AisyahMaritza #Mjourney #3months #makbebel

Gambar passport? Purrfect.

Macam ni ke mak ambik gambar passport nanti?

Mak : purrfect!


Mekaseh acik Suriani hadiah kan baju ni. ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

#AisyahMaritza #AMjourney #4months #makbebel

Saturday, October 13, 2018

Amaran : Dilarang mengikut dress code sebegini.

Apeni. Kepala tutup lengan terbukak. Nasib baik leher tenggelam. Eh. Nampak juga la tuuuu.

Amaran : Dilarang mengikut dress code begini.


Ha. Camni baru betul.


Mak kata tiup tiup sikit hujung tudung tu bagi runcing. Tak pun gosok pakai lilin. Kalau malas, potong plastik yang buat cover buku skrap tu, selit bawah tudung.

#AisyahMaritza #AMjourney #makbebel #4months

Wednesday, October 10, 2018

Photobook yang ketiga dah sampai!

Photobook mak yang ketiga dah sampai. Yay! 


Kali ini mak cuba gloss lamination. For a beautiful high glossy sheen katanya. Ouch!!

Thank you Pixajoy! I love it!!

#pixajoy #photobook #makbebel #nadearamly #pixajoy

Saturday, October 6, 2018

Kusss semangat!

Sedang mak asyik makan nasi berulam jantung, mak jeling lah sekejap anak mak itu.

Hoi. Tuala yang dia buat main tadi dah tutup seluruh muka dia! Dan dia  boleh diam tak bunyi ek ke, uk ke.

Kuss semangat!!!

Anak ku sayang, benda benda macam ni, tak perlu tenang sangat. Tolong la bunyi sikit supaya mak alert. Ada masa mak terpaksa tinggal kamu sorang sorang. Nak tunggu kamu tidur, tak mandi la mak jawabnya.

Sejak masuk empat bulan ni, tidur pun sekejap sekejap. Pandai dah menyembur nyembur air liur juga.

Ni tengok. Muka selamba lepas kena bebel dengan mak. Berderau darah mak tau tak tadi. ๐Ÿ˜‘๐Ÿ˜‘๐Ÿ˜‘


Oh la anak!

#AisyahMaritza #AMjourney #makbebel #4months

Apak kata, kesian anak.

Entah. Mak jumpa kat setting kamera henfon mak. Mak test la. Kahkahkah.


Apak kata, kesian anak.

Mak :๐Ÿ˜ด๐Ÿ˜ด๐Ÿ˜ด

#AisyahMaritza #AMjourney #makbebel

Thursday, October 4, 2018

Ada appointment harini.

Hari ni Aisyah ada appointment dengan misi. Saja lalu kat fesbuk mak nak ucap selamat pagi..


Baju dari acik Shida. Ala. Mak selalu beli tuala bundle bundle tu dari dia lah. Mekaseh acik baju yang syantik ni. ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

#AisyahMaritza #AMjourney #makbebel

Wednesday, October 3, 2018

RKTLDM

C14-101 RKTLDM.

Ini lah anak, rumah kami dulu. Apak terpaksa mohon kuarters kerana bimbang keselamatan mak saat apak perlu belayar atau bertugas diluar kawasan.


Maka, mak pun menjalani kehidupan dengan kejiranan yang sangat osem. Bukan jiran sama blok saja. Mak pun ada kawan dekat blok lain. Rajin juga la pergi membawang dulu. Bahahahah. 

Kami duduk tak lama. Apak buat keputusan untuk bersara dari dunia laut. Dan kami pun berpindah lagi. Keluar dengan seribu kenangan manis dan osem.

Mak pernah jadi 'makcik navy' dan kini mak seorang isteri kepada pesara tentera. Bukan bini orang tua oi. Ah kau. Asal pesara je tua.

Dan apak pun ada kad pesara. Kau orang ada? ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

Apak pakai kad tu masa mak discharge beranak kamu itu hari tauuu #AisyahMaritza. Haaaaaaa...

Jadi sempena monthiversary kamu yang keempat bulan ini hari, kita abadikan lah kenangan kita di pintu ini. Kahkahkah. Okbai.

Itu eksaited nampak camera je tu.

#makbebel

Ah, rindu! ๐Ÿค—๐Ÿค—๐Ÿค—

Happy 4th monthiversary diva!

Happy 4th monthiversary #AisyahMaritza! ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜


Walaupun apak kata pukul 4.31 petang karang kamu cukup empat bulan, mak nak juga over, pos sekarang. Bahahahaha.

Terima kasih anak untuk sebulan kita berdua kat sini. Dan apak nun jauh di sana.

Mak belajar erti makan laju laju.
Basuh, jemur, lipat kain laju laju.
Mandi laju laju.
Dan buat segalanya laju laju. 
Kecuali bawak kereta saja dah tak laju.

Kamu sungguh menceriakan kehidupan mak, apak, atok atok, wan wan dan semua orang yang ada sekeliling kita.

Banyak lagi mak perlu belajar. Jadi, let's do it together anak!

Psst..ini lah gaun yang mak buat untuk anak dara mak itu hari. ๐Ÿ˜˜

#AMjourney #makbebel #4months