CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, October 14, 2018

SSC Tugeda

Hari ini mak cabar diri mak bawa #AisyahMaritza dalam SSC (Soft Structured Carrier).

Jam 2.30 petang, kami sampai di AEON dan disinilah cabaran mak bermula. Mak ronda bawa Aisyah dan akhirnya Aisyah tertidur. Lena. Dan nampak selesa. Sambil mak terus melihat baju baju bayi yang osem. (mak tak beli pun tau. Percaya tak?)

Rondaan di AEON selama hampir 1 jam setengah, berjaya. Aisyah kembali ke car seat beliau dan tersengih gembira.

Disebabkan mak lama tak bawak dia jalan, mak extend masa lagi dan tempat. Kali ini ke Tesco pula. Oh, rupanya disinilah cabaran mak yang sebenarnya bermula.

Sepuluh minit pertama kembali ke SSC, Aisyah baik baik saja. Masuk minit ke sebelas, dia mula nampak tak selesa. Tudung mak ditariknya. Mulut mengomel ngomel entah apa disebutnya. 

Makin lama Aisyah makin meronta ronta. Dan mak dari tenang tenang usha barang terus laju laju bayar di kaunter. Sempat jugak la mak grab Genki Tape yang tengah murah (murah RM5 dari harga asal) tu. 

Sampai kereta, mak campak barang yang mak beli tadi dan letak kan Aisyah dalam car seat peveret dia. Sambil mak ketatkan seat belt nya, Aisyah pun melemparkan senyuman yang paaaaaaaaling manis.

Allahu. Hilang penat mak beli barang laju laju tadi anak. Huhuhu. 

Jam 4.30 petang, kami pun sampai rumah.

Setakat mak pakai SSC tadi, mak tak rasa sakit belakang atau bahu. Aisyah pula nampak lena juga tidurnya. Cuma, Aisyah perlu praktis lagi untuk duduk dalam SSC lebih lama.

Tak apa ya anak. Pertama kali memang begitu. Kita belajar sama sama. Itu pun mak rasa seronok dapat gendong kamu dekat dengan mak. Terima kasih beri pengalaman osem untuk mak hari ini.


Amacam, okay tak kalau jadi model Genki?🤨 Okbai.

#AisyahMaritza #Mjourney #3months #makbebel

No comments:

Post a Comment