CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, September 27, 2020

Rumah Manis Rumah : Bilik Aisyah Maritza

Baru lega sikit mata mak menengoknya.

Mak tukar sikit susun atur kali ni.  Tambah rak buku hujung nun. Senang nak perambat mengaji ke, buat latihan ke, buku semua kat situ.

Mainan mana rosak mak selamat buang. Buku koyak rabak pun mak buang. Dapatlah penuh dua plastik hitam mengemas dua hari ni.


Diapers-free training pertama untuk hari ini kurang berjaya. Sebab dia ada terlajak kencing kat lantai. Udah kencing baru kabo. Kahkahkah.

Lepas tu ada juga kat toilet. Berteleku la mak nunggu dia dalam lima minit gitu. Gigih mak kunci jam setiap 15 minit punya nak bawak dia ke toilet. Iyalah. Ralit buat kerja rumah takut lupa.

Lepas tu nak tidur, mak pakaikan la balik diapers nya. 

Mak rasa part ni yang paling susah. Tapi takpelah. Kita take as challenge lah kan. Doakan mak weh. Bedebor rasa nak lalui hari hari mendatang. Kahkahkah.

Baru setel lipat kain sebakul ha. 

Diva tidur bilik dia? Memang tak lah. 😌😌😌

#rumahmanisrumah #residen1 

Rumah Manis Rumah : Kapal pecah

Berikanlah mak kekuatan Ya Tuhanku.


Kemas dapur, ruang tamu sepah.
Kemas ruang tamu, master bedroom pula sepah.
Kemas master bedroom, bilik dia sendiri dia sepahkan lagi.

😩😩😩😩😩😩

Masak udah macam macam, taknak makan juga.
Baju tiga trip basuh, satu trip takdan kering, mengekor mak kesana kemari.
Menyapu udah doploh kali mak rasa harini dengan makanan selit tepi sofa.

Dok la pusing gitu je dihari Ahad yang sibuk ni. 

Takpela. Sepah je lagi. Kemas kemas sangat udah macam rumah contoh pula. 

Bukak grup taman cari orang jual makanan. Malas dah mak nak masak. Letih!

Ini orang tanya juga taknak tambah anak ke, mak cepuk cepukkk kau orang nanti.

Okbai. 

#bukanrumahcontoh

Tuesday, September 22, 2020

Megi dua benua. 😂😂😂

Mak takdak idea nak makan apa jadi mak buat la megi goreng dikala sejuk sejuk begini.

Mak punya megi, megi goreng dua benua nama dia. Sempena suka sangat makan kek pisang dua benua jiran mak jual tu. Kahkahkah.

Lama woi tak masak. Punya malas takboleh bawak bincang. 😌😌😌


Punya menghayati makanan ye anak. Tau, mak masak sedap. 😎😎

#AisyahMaritza #AMjourney #2y3m

Sunday, September 13, 2020

Peneman mak yang letih

Kasihan Aisyah Maritza.


Gambar pertama, tidur atas kerusi yang disambungkan di pejabat mak, teman mak buat kerja. Yang satu lagi, tertidur sementara menunggu mak masuk bilik dengan dia.

Aisyah ini, kalau ada mak nya, ketiak mak la dicarinya. Kalau begini, memang ngantuk sungguh gamaknya. Tak hirau mak dimana, asal dapat matanya lena.

Kasihan dia. 

Kalaupun kita rasa banyak dah kita dah korbankan untuk anak kita, percayalah, ini juga pengorbanan dari mereka.

Masa bersama kita.
Berehat bermanja manja.
Nak perhatian sentiasa.
Makan air tangan kita.

Iyalah.

Lima hari seminggu, lapan jam menginjak ke sepuluh jam jumlahnya sehari kita di pejabat. Kalau bukan hari minggu, bila lagi nak beraktiviti bersama.

Bukan mak tak pernah sedih, pernah.
Bukan mak tak pernah penat, selalu.
Bukan mak tak pernah nangis, ada.

Tapi satu mak selalu ingat, yang mak kena selalu beryukur. Tak semua ujian kita sama. Tak semua nasib kita serupa.

Kuatlah sama sama mak. Apak pasti bangga dengan kita. 😘

Regards,
Mak Yang Masih Edit Slide Presentation
11.15 malam, 13.09.2020

#AisyahMaritza #AMjourney #2y3m

Saturday, September 12, 2020

Phop by Nadea Ramly : Outdoor

Aisyah dah sebut atok, atok. Macam kena balik bandar ni.

Tapi maaf anak. Minggu ni perlu teman mak dan kawan kawan di pejabat. Isnin ni auditor EKSA nak datang.


Jadi ini lah pemandangan kamu kena lihat dua hari ini. Mak harap kamu faham walaupun terkadang mak sendiri tak faham dengan kerja yang tak pernah habis ni.

Yang call tak angkat, whatsapp tak balas, komen tak reply, maaflah sebab kadang lupa letak henfon kat mana, whatsapp tak buka. 

Letih gila sampai malas tengok henfon. 

Nak kena study dashcam apak beli tu malam ni juga. Dua kali brake mengejut tadi sebab kereta depan tiba tiba berhenti dan membelok tanpa signal.

Aisyah di carseat dan menjerit kecil. Badannya terdorong ke depan, sakit gamaknya harness hanya 'memegang' pehanya sedangkan tangannya berjaya dikeluarkan.

Haih! 

Lepastu rasakanlah tempikan mak secara spontan. Moga kamu belajar sesuatu. 

Regards,
Mak Yang Paranoid

#makbebel