CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, January 9, 2021

Rumah manis rumah : Bilik Diva Maritza

Harini mak punya perasaan-buat-taktahu-rumah-sepah dah sampai limit. 

Bersepah dari depan sampai ke dapur. Lantai melekit lekit. Carpet basah dek dapur banjir sebab lupa letak hos air dalam lobang. Carpet depan air makanan tumpah bagai.

Demmm..stress nengoknya. 😂😂😂

Maka mak buat pembersihan besar besaran. Dari sapu. Lap. Mop. Tukar posisi sofa. Semualah. Cabaran utama nya ialah nak menunggu diva Maritza tu tidur baru boleh buat kerja dengan aman.

Tapi akhirnya berjaya juga mak tidurkan dia dan buat kerja laju laju. Fuh!

Dan bilik dia lah yang mak rasa lama sikit sebab la hai, nyampah pulak benda kecik kecik tu. Mak dah la asingkan ikut jenis. Kahkahkah.

Dan akhirnya siap la juga. 


Cermin tu kena letak situ. Sebab pepagi lepas bersiap diva akan pergi cermin tu dan kata dia cantik, cute, lawa sambil pusing pusing serta claim dia princess. 😴😴😴

Berapa lama akan stay begini, jangan tanya. Mak pun taktahu. Setakat mak menulis ni, mak berjaya kekalkan semuanya di tempatnya.

Nanti mak kongsi ruang lain pulak. Takleh fon lelama. Huu..

Rumah kecil bahagianya besar. ❤️

#rumahmanisrumah #BBSAP #Residen1 #makbebel

No comments:

Post a Comment