CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, March 30, 2022

Kalau diberi pilihan, kenangan apa yang korang nak 'PADAM'?

Kadang-kadang bila kau duduk sorang sorang, pernah tak rasa nak cuba undur balik masa kebelakang. Nak padam semua memori, kenangan yang tak best. Yang kau menyesal pernah buat dulu. Dan elak dari jumpa orang yang pernah sakiti kau selama kau hidup ni.

Pernah kan? 🙂


Dan kalau boleh, kau tanak pun benda benda ni jadi sejarah hidup kau. 

Tapi apakan daya. Sangat mustahil pun. 

Kalau tanya Nad, banyak benda jugak Nad nak 'padam'.

Kekecewaan.
Kesedihan. 
Kepahitan.

Segala benda lah yang bila kau ingat balik, kau jadi down teruk.

Tapi.

Ada sebab kenapa masa tu ditakdirkan kedepan. Bukan kebelakang. Sebab begini lah.

Sakit tu, ajar kau kuat.
Kecewa tu, ajar kau bangkit.
Sedih tu, ajar kau bangun.

Tak semua yang pahit tu, teruk.
Tak semua yang manis tu pulak, elok.

Yang teruk tu lah ajar kau jadi manusia sekarang. Yang patut kau kenang, yang patut kau pegang untuk kau terus maju ke depan.

Kau putus cinta? Sedihlah. Boleh. Tapi jangan berlama-lama.

Kau takde semangat kerja? Sekejap saja sebolehnya. Rezeki bukan ditangan manusia.

Kau gagal dalam perkahwinan? Takda orang mati jadi janda atau duda. 

Kau rasa kau sorang? Tu, nun diatas nun kan ada. 

Susah nak maafkan orang? Ambiklah masa. Memaafkan boleh, melupakan tidak. 

Nak tulis banyak, Nad pun belum banyak makan garam. Tapi boleh la buat peringatan kita sama sama.

Even, i'm still fighting in my battle. And so you do.

Jadi, macamana nak padam benda tak best yang dah jadi? Takboleh. Yang bolehnya, kita kena teruskan hidup. 

Tepuk bahu sendiri dan berkatalah, kuatlah. Ada banyak lagi rintangan onak duri kat depan. Kau mungkin akan jatuh, tapi pastikan kau boleh bangun semula sebab, ada orang yang suka tengok kau jatuh. 

Okeh?

Regards,
Mak Diva

Sunday, March 13, 2022

Phop Challenge : Kuih Tradisional (Outdoor Scene)

Tajuk : KUIH TRADISIONAL (OUTDOOR SCENE)
Tarikh :  5 MAC 2022 - 12.00 TENGAH MALAM 14 MAC 2022
Angle : BEBAS


.

Bentang meja, susun segala benda, snap lima enam gambar, tetiba hujan turun.

Aaaaaaaa.

Jenuh mengangkut prop keluar masuk. Hahahaahhaha.


Karipap pusing air tangan emak Nad.  Kuih paling laris dan cepat habis kalau emak meniaga.

Last minit kita memeriahkan phop challenge dari ticer Lini.

Belajar sesuatu Nad? Jangan buat kerja last minit lagi. 😬😬😬

Yang tahu port ni kat mana diam diam sudah. Ni pun kira outdoor dah ni. Kahkahkah. Okbai. 

#PhopChallenge 
#KuihTradisional
#PhoPByLiniMohd

Thursday, March 3, 2022

B40 : Task 3 - Upside down

Batch 40.

Task : upside down - daun herba + halia
Submission : 6 Mac 2022, Sunday
Time : 3-5pm

.

Ini, silibus baru yang ticer Lini Mohd masukkan dalam kelas PhoP. 

Ku punya menggelabah study balik nota dan mintak tolong siblings #smurf kat grup support sebab harini nak submit harini baru nak shoot. Perangai. 😵‍💫😵‍💫😵‍💫

Semalam kan tertido. 😂😂😂

Nah.

Nad hantar je mana dan. Nampak dah cacat cela sana sini. Tunggu ajela petiran ticer. Dari pagi bersilat dengan masaknya, basuh kain jemur kain nya. Anak kau lagi nak itu ini. Kahkahkah. 

Bukan senang nak ambik gambar tau. Sebab tu jangan suka suka curik gambar orang dan crop watermark dia.

Effort nak hasilkan setiap gambar tu, Tuhan je tau susah payah jerit perih sakit pinggang bagai.

Ini, sudahlah mencurik. Kau crop pulak watermark dia. Berdabel dabel dosa kau dapat kalau dia tak redha.

Saja lah ingat mengingati di kala petang-petang gini. Matlamat tak menghalalkan cara. Saja habaq. Okbai.

Siap upside down tema halia dan daun herba yang ada bau bauan.




Serai dengan daun kari kokak depan rumah. Halia beli hari Jumaat dekat Econsave Seri Iskandar time rehat tengahari tu. Kunyit ada dalam peti ais. 

Mencurik tu dosa okeh. Bai.

#phopbyNadRamly #upsidedown #batch40 #task3