CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, March 3, 2022

B40 : Task 3 - Upside down

Batch 40.

Task : upside down - daun herba + halia
Submission : 6 Mac 2022, Sunday
Time : 3-5pm

.

Ini, silibus baru yang ticer Lini Mohd masukkan dalam kelas PhoP. 

Ku punya menggelabah study balik nota dan mintak tolong siblings #smurf kat grup support sebab harini nak submit harini baru nak shoot. Perangai. 😵‍💫😵‍💫😵‍💫

Semalam kan tertido. 😂😂😂

Nah.

Nad hantar je mana dan. Nampak dah cacat cela sana sini. Tunggu ajela petiran ticer. Dari pagi bersilat dengan masaknya, basuh kain jemur kain nya. Anak kau lagi nak itu ini. Kahkahkah. 

Bukan senang nak ambik gambar tau. Sebab tu jangan suka suka curik gambar orang dan crop watermark dia.

Effort nak hasilkan setiap gambar tu, Tuhan je tau susah payah jerit perih sakit pinggang bagai.

Ini, sudahlah mencurik. Kau crop pulak watermark dia. Berdabel dabel dosa kau dapat kalau dia tak redha.

Saja lah ingat mengingati di kala petang-petang gini. Matlamat tak menghalalkan cara. Saja habaq. Okbai.

Siap upside down tema halia dan daun herba yang ada bau bauan.




Serai dengan daun kari kokak depan rumah. Halia beli hari Jumaat dekat Econsave Seri Iskandar time rehat tengahari tu. Kunyit ada dalam peti ais. 

Mencurik tu dosa okeh. Bai.

#phopbyNadRamly #upsidedown #batch40 #task3

No comments:

Post a Comment