CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, July 14, 2022

Menyesal..

Aisyah Maritza ni, jarang sangat dimarahi.

Tadi, mata dia redup pandang mak, mohon belas kasihan setelah mak meninggi suara tiba-tiba dek suku kata yang mak dah berulang kali ajar, dia lupa.

Namun, mak tetap dengan ego mak. Lebih kurang tujuh minit mak begitu, sambil hanger kecil berwarna biru mak pegang dan mak ketuk-ketuk lantai tanda amaran.

Yes.

Salah mak.

Kadang tak sempat nak duduk sama dia buat revision apa yang dia belajar kat sekolah.

Kau expect apa bila kau balik kerja, sampai rumah pun dah nak pukul 7 petang, then kelam kabut nak bagi anak makan, mandi, solat bagai. Itu makan beli tu. Bukan masak ye.

Tengok pulak kain menimbun nak kena basuh. Kain jemuran tu pun nak angkat. Pernah je biar tiga hari tiga malam tak berangkat end up basuh balik semua.

Kang kejap lagi nak kemas beg sekolah dia. Nak gosok baju juga supaya takde la kau kelam kabut esoknya. Baju kau, baju anak kau. (Yang ada laki, anak ramai, sila kira sendiri.)

Tengah menggosok, tiit tiit tiit bunyi mesin basuh dah siap jalankan tugas. Jemur pulak kain memalam yang jap lagi karang ada kata takboleh la apa lah. Dah tu kau nak aku jemur siang bila ha setannnn.

Pastu, tengok tengok dah pukul 9 lebih malam. Anak kau dah mula mengantuk. Nak mengajar, itu la jadi cerita di atas tu.

Baru nak letak kepala kang lepas dah setel semua, terjeling kain menimbun dua tiga bakul tak berlipat. Padahal memang hari melipat kain hari ahad pun tapi dek mata kau tu serabut je nengoknya, penyumbang jugak stress tu sampai terbawa bawak dalam tidur.

Pusing lah sehari hari, gitulah kekdahnya.

Ya. Dan kau yang pandai didik anak akan kecam dan judge mak dari cerita di atas.

I don't even care what you gonna say. Kasut kau dengan mak pun saiz tak sama. Apatah lagi cabaran kita besarkan anak ni pun berbeza-beza.

Background.
Education.
Environment.
Pemikiran.
Lifestyle.

Semua ni faktor.

Jangan kata mak tak manage my own time.

Even dah divide hari apa kena basuh kain, lipat kain tapi kita kan hanya merancang.

Nak me time pun time perjalanan pergi balik kerja yang satu jam setengah sehala tu sajalah.

Kalau dah hehari begini dan dah layan bertahun-tahun, kau rasa, end up kau tak kena rujuk doktor and didiagnos ada Generalized Anxiety Disorder (GAD) with OCD?

Yes.

Saya. Saya lah tu. Sampai kena makan Luvox 100mg setiap malam yang kesan dia, yang tahu je tahu.

Nampak macam happy, suka, gembira. Now, you know.

Orang yang nampak gembira tu kadang lebih banyak simpan duka dan luka. Cuma ada sesetengahnya, pandai handle dan control.

Heartbreaking gila masa taip semua ni. Its hard for me to inform that, I am not okay for the time being.

If sometimes korang rasa korang dah habis teruji, ada lagi orang yang teruk ujiannya dari kau. So, bersyukurlah.

Now, rasa bersalah gila dengan anak. Buat dia tidur dalam keadaan sedih.

I'm sorry anak. But I have to. Ini, untuk masa depan kamu juga.

I am not the best mother but I always try my best to be the best for you.

Again, I'm sorry. 😭

Regards,
Mak Yang Broken Inside.
14.07.2022, 10.27 p.m.

Nota : A mum, who handled everything alone with the 4 years-old daughter and no relatives.

#makbebel