CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, October 20, 2014

Saya kutip kasut belakang rumah...

Sy anak sulung dr 7 adik beradik..kehidupan kami sekeluarga bukan senang..bukan sederhana tetapi susah..

Ketika kegawatan ekonomi..ABAH di berhentikan dr berkhidmat dgn MAS dan bermulalah kisah kami sekeluarga.Pakcik dan Makcik tidak pernah menghiraukan kami dr dulu spi skrg

Kami makan apa yg ada..tidak pernah meminta-minta.Disaat sahabat lain berlauk ayam..kami bersyukur dgn ubi rebus.Disaat  mereka menikmati KFC..kami bersyukur blauk nasi putih di gaul air masak.

KFC??sy tak tahu ada ayam sedap..sebab tidak pernah makan walau ketika itu sudah berusia 12thn

1997 dari paya jaras kami berpindah ke kuaters elmina kerana Abah diterima berkerja sebagai polis bantuan di situ.ketika itu gaji pokok Rm500-Rm600.Masih tidak cukup utk menampung 
persekolahan sy serta 3 orang adik yg bersekolah ketika itu.Abah tidak benarkan sy memasuki tingkatan 1.

Menangis sambil di pujuk Emak.Dua minggu lagi ke tahun 1998.Nekad ingin bersekolah! senekad itulah saya berkerja mengambil upah buang racun tikus di pokok kelapa sawit yg bgaji sehari Rm8.Alhamdulillah cukup 11 hari bekerja dapat Rm88 lepas beli beg, baju sekolah dan alat tulis.Eh? kasut?? Kasut saya kutip di belakang rumah.Sebab? Jiran saya buang kerana sudah ada kasut baru.Saya kutip,saya basuh,dan saya kapur.

Di sekolah, saya menerima bantuan makan dan tambang bas.Emak pula bekerja di rumah orang.Setiap minggu saya akan ikut emak dan emak akan bg Rm10.Besar nilai nya Rm10 ketika itu.

Begitulah rutin kami anak beranak.Tiba masa hujung tahun, cuti sekolah yg ada saya akan bekerja di kilang berselang tahun sehingga menduduki SPM.

Namun, cita-cita ingin menjadi anggota polis tpaksa di LUPUS kan.Adik-adik menjadi keutamaan.

Kehidupan saya ketika di usia 18thn pada thn 2001 bekerja kilang yg gaji pokok Rm450.Ingin menyambung pelajaran tetapi tidak sampai hati melihat emak masih masih bekerja sbgi "orang gaji".Adik-adik pula 4 orang bersekolah.Saya tidak mahu emak berkerja lagi.Semua perbelanjaan saya tanggung.Sehingga lah 1 hari di khabarkan KILANG KELAPA SAWIT ELMINA terpaksa ditutup atas sebab pencemaran asap hitam.Abah serta kakitangan lain di berhentikan dan berpindah.

Saya sekeluarga menyewa di lorong 1, Kg.Merbau Sempak.Ketika itu saya bekerja sebagai Kerani, gaji saya ketika itu Rm900.Adik-adik ada yg berhenti sekolah.Bekerja kilang utk membantu keluarga.Sungguh daif keluarga kami.Alhamdulillah..kesederhanaan kami rasakan.Hampir 5 tahun menyewa di situ..sudah masak dengan mulut orang kampung.Namun ia tidak berpanjangan, kami di usir keluar dari rumah sewa itu di sebabkan mulut orang kampung.

Dari rumah 4bilik, kami berpindah di bawah 'kolong' rumah kenalan emak.Tetapi mereka juga bertopeng manusia.Kami pekak kan telinga, butakan mata sampai 1 masa saya bergaduh dengan anak tuan rumah.Allah!! busuk nya hati mereka, mereka catu air.2 hari bermandi di petronas.Abah nekad utk kembali duduk di paya jarad.Namun rumah itu sudah banyak rosak.Sedikit demi sedikit duit kwsp abah yg ada di keluarkan utk perbaiki rumah itu.Sehingga abah di sahkan sakit jantung pd tgh thn 2012.

Hari demi hari..memasuki thn 2013.

13 Jan 2013 sekali lg abah di serang sakit dada..Keadaan abah normal tetapi spi di hospital..entah apa yg di buat sehingga abah tak sedarkan diri..abah di pindahkan ke ICU..dugaan demi dugaan datang..dari ICU di pindahkan ke wad lain dan selang dua minggu di hantar ke IJN..abah dah susut, abah lemah!! abah tak kuat! Injap jantung abah tersumbat

Ulang alik saya dr sg.buloh ke IJN utk melawat abah.Hampir 2 bulan abah di IJN, akhir nya Abah boleh keluar dan balik rumah.Namun,29/3/13 Abah jatuh dan cirit birit hantar ke hospital sg.buloh tetapi doc cakap abah suspek TIBI..apa yg saya cakap doctor tidak hiraukan sehingga 1/4/13 terima panggilan abah telah 'pergi'.

Ayat doctor yg sentiasa di kepala "saya biarkan ayah awak" dan berlalu pergi setelah bertekak dengan saya

Ujian dan dugaan yg berat kami terima adalah melihat rumah kami sekeluarga yg arwah abah repair itu di runtuhkan oleh abang sebapa kami sendiri.kata mereka sejak dari arwah berpisah dengan emak mereka, arwah jarang beri nafkah kepada mereka.

Tanah sekangkang kera menjadi rebutan.Kami yg tidak punya apa-2 terbiar terkontang kanteng.Tuan rumah pula tidak mahu lagi kami tinggal di situ kerana arwah dah tiada..jadi tiada belas kasihan utk kami.

 Emak hanya mampu berdiam diri sehingga lah di sebabkan mulut jiran-jiran yang busuk hati dengan keluarga saya.Mereka ibarat menabur pasir di dalam periuk nasi kami.

"Eh! ko jangan lah hantar anak ko dekat mah tu, nanti dia bagi anak ko mandi dengan air kolam ikan keli"

Sampai lah suatu hari, emak pulang ke kampung meninggalkan kami adik beradik.Di usia emak 50 tahun emak bekerja sebagai sekuriti sekolah di sana.
Ketika itu, saya lah ibu, saya juga lah bapa kepada mereka. 

Melihat kesusahan yang saya alamai,TUNANG saya diam menyepi meninggalkan saya.Allah..runtuh jiwa ini.Tiada kepercayaan lagi terhadap lelaki ketika itu.Saya tersungkur tiada arah tuju.

Bulan berganti bulan, tiba lah bulan Ramadhan .Adik-adik menanya baju raya.Saya hanya mampu menangis di sebalik kegembiraan mereka ingin menyambut raya.

Suatu pagi, saya mendengar ERA.fm yang di keudarakan oleh Aznil Hj.Nawawi dalam slot MERISIK KHABAR.Alhamdulillah saya terpilih menerima bantuan raya sebanyak Rm1500 di tambah pula wang kiriman Emak, dapat lah adik-adik beraya dan dapatlah kami membeli tiket bus untuk pulang ke kampung.

16/6/13 saya di ijab kabul dengan seorang lelaki yg IKHLAS menerina saya seadanya.Dari situ, kesederhanaan dalam hidup mula terasa.

August, suatu hari ketika saya menengok wall Facebook, saya ternampak pages Haida Kamaruzaman Collagen Cappucino.saya tengok, saya like."Minum untuk sihat susut itu bonus? ?Ehh..nanti dulu lah, tunggu gaji"
Saya cari agent yang berdekatan.Puan CT Jijah  area selayang.

November 2013, sekali lagi saya melihat pages Haida Kamaruzaman Collagen Cappucino yang ketika itu sedang upload tentang "HAMIL".Saya teruja dan mencari lagi agent yang berdekatan.

PUAN Aimi Nadiah - kepong,mesej berbalas mesej dan maybank kepong menjadi saksi pertemuan kami.Ibarat pepatah, kecil sungguh dunia ini kerana Puan Aimi Nadiah sekampung semasa di PAYA JARAS dahulu.

Permulaan 1Box HKcc.Nak jimat, saya hanya bancuh 1paket sehari.Alhamdulillah, period yang tidak teratur kembali normal.Tumit kaki kurang merekah.Suami rasa kelainan ketika bersama.Saya seakan jatuh cinta dengan aroma kopicino nya.Pembelian seterusnya 2Box..Dan sehingga lah saya sign up sebagai mini agent pada 7 march 2014.

Kebaikan demi kebaikan HKcc terbongkar.Dengan testimonial yang hidup saya berpuas hati kerana dapat membantu mereka yang benar-benar ingin IKHTIAR.

Alhamdulillah, ketika itu untung saya tidak seberapa.
Syukur, atas nasihat Puan Aimi Nadiah.Agar mengurus kewangan dengan betul.Selang 2 kali reload, saya menjadi Agent. 

Untung?? bersyukur dengan hasil jualan kopi saya dapat mbantu adik saya mendirikan rumah tangga.Puan Aimi Nadiah memahami situasi saya ketika itu.

Kini, dengan Rm10 yang saya terima dapat meringankan beban saya serta suami.Dengan Rm10 saya dapat mengembirakan adik-adik.Dengan Rm10 ada saja lauk untuk di makan.Moga dengan Rm10 dapat di ganda 10 x 10 x 10

Apabila melihat kejayaan sahabat di dalam Team,membuatkan perasaan saya melonjak!!

"Ye! ! InshaaAllah aq pasti boleh!"

******************************************************

Kisah ini diceritakan kepada saya dan team HKCC yang lain.
dan kisah ini, kisah benar.

Ini.
pemilik wajah empunya cerita.


Tak percaya??
Terpulang.
anggap saja kisah dongeng.


Tuesday, October 14, 2014

Projek Memasak : spagheti carbonara simple sempoi~

Memandangkan kami somi mini tengah diet.
*poyo je diet.
maka no nasik pada malam hari.
tapi kita lanyak je nasik di malam hari kalo lapa.

Semalam.
bahan buat sepageti kabonara dah cukup.
ala.
basic2 je,.
maka.
malam semalam adelah malam sejarah.
Sebab first time buat tau dak..
Ini simple je.
so tapayah prejudis dok kata tak real.

Nah, kita bagi gambo sat.


Kih3..
boleh la dari takde.
at least kita try.

Nak resipi..?
senang je.

Macam biasa.
rebus spageti.
atau pasta eh?
korang sebut pasta ke?
ok tak kisah.

Potong bawang kecik2.
bawang putih.
bawang merah.
Pastu tumis.
dalan kuali laa..
sampai naik bau, masukkan sosej yg dah potong2 jugak.
dan cendawan butang.
kita pakai cendawan dlm tin tu.
goreng kejap pastu masok kan susu segar.
bila dah menggelegak, masukkan 1 satu tin prego carbonara tu.
pastu kita masukkan pulak cheddar cheese.
nak tambahkan pekat.
last masok oregano..
gaul sampai dah rasa masak.
pastu tutup api.


Hah..
napak x pekat dia.

Pastu hidang la untuk tersayang.
nak best lagi, tambah parsli.
ape lg satu tu kita lupa nama.

Tau dak ni makan brapa org?
2 org je.
huwaaaa..

So kalo berdua buat la agak2 ye.
kita ni dh biasa masak banyak sebab pemili beso.
kuat2 makan lak tu.
kah3..

Sebenarnye.
pakai kuah dalam tin yg kabonara tu pon boleh je..
takyah susu segar.
tp sebab kita sukati je masok kan skali.
jadi mcm dlm gambar laa.

Hello.
somi kita kata sedap hokehhhh!
Lalalalalalala~

Jumpa lagi..
di lain entri..

Makan je keje ko kannn!

Zasssss...


Sunday, October 12, 2014

Segalanya bermula kerana...dia...

Yaaaa.
semuanya sebab dia..

🎢🎢 semuanya hanyalah kerna diaaa..🎢🎢
#tujulagusatup


Nengok..
peace aku pon dia tiru..
hohhh..!

Ini lah tokey Haida KamaruzamanCollagen Cappucino atau lebih dikenali dengan HKCC..

Dua tahun setengah dahulu..
Kami bekenalan.
alaaaa..
kenai pon dalam pesbuk.
Besembang macam lama kenai.
kenai sebab kami sesama mini nebi.
tapi somi beliau senior la.

Caye tak..
kami tak penah jumpa..
sehinggalah kita pindah semenanjung.
di Lumut..
lama tau..

Tapi..

Dia percaya kita.

Pelik.
tak penah jumpa tapi percaya.
kate beliau.
Beliau pon pelik cane dia boleh caye kita.
yang berada jauh nun di Sarawak nun.

Dah la paksa aku juai kopi.
pastu bagi keje tambahan.
soh jaga page dia yang masa tu seketui dua je like..
pehtu.
soh edit gambo m testimoni.
masa tu kita banyak masa terluang.
so, tak cakap banyak.
pada kita.
orang dah beri kepercayaan.
buat la..
tapi..
pelik juga disitu ye.
camane kita percaya dia.
tah2 dia soh aku jual dadah ke kan.
tak ke nayaaa..

Tau dak gamba pertama dia soh edit..
ni haa.


Ini gamba beliau dengan centa hati beliau..
tepi laut kauuuuu..
Kauu hadooo?

Sebab dia juga la..
kita transform dari negatif to positif.
beberapa rakan turut mengakui perubahan kita.
dari bacaan entri entri kita sebelum nih.
Hohhh!

Dulu.
kita beremosi.
kita bercakap sukahati.
bercakap tak pandang kanan kiri.
asal kan puas hati.
sikit sikit.
beliau basuh otak aku yang hangin jeeee.
maka.
skang la yang jadi.
orang jentik, sikit pon tak heran.
entah.
malas nak layan.
dia la ni ajaaaaa..
dia jugakkk..

Dia jugak paksa aku jadi ejen kopi.
masa tu.
pasaran HKCC di Sarawak masih belum ada.
selamba je lah kua RM800.
banyak tau..
sobssss..
Boleh soppin tu..

Kita penah cakap.
kita tak reti bisnes..
tapi.
dia buat derk je..
cisss..

Sebab derk dia tu lah.
kita ade kat tahap nih.
bukan la berjaya mana pon..
tapi.
ahamdulilah..
lepas kene basuh.
kene taji.
Kita boleh cakap.
HKCC ni dah ubah hidup kita.
dari sambilan dah jadi utama.

Nak citer, banyak.
macam2 dah lalui dengan beliau.
kene marah.
dah biasa.
takde pasaan dah kene marah skang.
hahahaha.

Tapi.
alhamdulilah. 
Allah temukan kita dengan dia..
banyak ilmu dia ajar.
ilmu bisnes la.
ilmu itam ape kejadahnyaa..
HOH..

Camane kita boleh juai HKCC?
pi carik balik entri camane kita leh tejebak.

Ha.
Gambo gemuk tu gamba dia mula2 tau..
Nak nengok gamba skang?


Dengan centa hati la..
apa lagi..

Oh..
meh tengok zoom dekat2 kat wajah cun beliau.


Haaaa..
ni la dia.
Puan Haida Kamaruzaman.
a.k.a Founder HKCC. 

HKCC mula dikenali dan disebut kerana testimoni yang HIDUP dan bersandarkan 200% zat Allah SWT.
Stokis dan ejen berdaftar juga terdapat di seluruh Malaysia..


Okeh,.
gadis cun bawah ni salah seorang daripadanya.


Muahahahahaah~
Team HKCC kata macam lawyer.
ceh.
sorang lagi pulak kate macam peguambela syariah.
adohai koranggg..

Jadi ape motif entri ni?

Nak wish bos kita.
arini, 12 Oktober 2014.
Puan Haida Kamaruzaman nih.
hepi besday.
arini besday dia tauuuuu..
malas nak bitahu yang keberapa.
korang teka la senirik..

Mekaseh bos.
ajar Ai sampai ke tahap nih.
sobsss..
banyak ai dapat.
banyak Ai blaja.
semoga kamu sentiasa dilindungi oleh Nya.
dirahmati Nya.
Dan berbahagia hingga ke akhirnya.
takde ape nak bagi.
cuma doa dari kejauhan.
Teruskan SPREAD LOVE TOGETHER. 

Mahap..
curik gambo,
tapi dah bitau semalam kan..
muahahahaha..

Nota kaki : gambo tidak diizinkan digunapakai untuk tujuan peribadi..oh, Ai tu panggilan kita dalam team HKCC..

Majulah team HKCC demi kopi.
eh..!

HKCC SPREAD LOVE TOGETHER 

Babai..

Nak order kopi boleh teruih wasap pompuan yang ade no telepon tu.
*menyempat*

Saturday, October 11, 2014

Kucen kunen kiut di Kaison..meowww~

Aritu pi AEON Manjung.
Saje jalan-jalan.
sementara masih berdua nih.
Selalu juga pi Popular.
Beli buku.
baca nya tah bila.
muahahaha..
tapi..
Kedai peberet kita sekarang adelah Kaison dan Daiso.
haihhhh..
naik gila pegi sini.
tahpapee..

Kita ni suka membeli.
tapi skang napsu kene tahan sikit.
sebab bigbos kopi dh beku acc kita.
grrrr..

Okeh.
Cam biasa.
pegi la soppin dengan seben.
seben pon macam biasa.
banyak nau hep diaaa.
uwaaaaa..
santeknye sarong kusen tu.
tapi,
beliau tak kasik beli.

Tapi..
kita dapat lain..
memandangkan kitorang punye tempat baju kotor dah tak berapa ok.
makanya,,
Taraaaaa...


Somel tak??
muahaahhha..

Ia lebih luas.
lebih besar.
dan lebih comel.
harga?
kalau tak silap kita.
Rm12.90..


Korang rasa bila dah beso cenggini.
bajet nak sikit2 ke?
semua nak sumbat.
suka pulak nengok penuh .
muahahahah..

Lepas tu.
ini pulak hasil tangkapan kat Daiso.
Daiso ni barang2 dia semua RM5.
Menyampah pulak.
Rasa semua nak beli..


Ini penyapu ajaib.
penyapu ke mop tah.
yang biru tu pulak.
tisu dia.

Cara dia.
selit bucu2 tisu kt yg kaler putih kt mop tu.
untuk jenih yang rambot suka gugur.
habuk berterbangan.
dan bagi yang malas sikit macam kita nak menyapu hari hari.
dan mengemop.
boleh try ni.

Wet tisu tu yg biru tu.
so far guna macam best.
kalo sapu asek terbang je habuk kan.
Bebulu je kan.
cer try ni.
sapu dan mop at the same time.

Arini penat kemas umah..
huwaaaaaa...

Asek balik kl je kan ko emi nadea.
yakdishhh..

Korang..
pi la Kaison.
dan Daiso.
besttt,.
Duit pon jalan dengan best.
muahahahah..

Okbai..

Monday, October 6, 2014

Hepi besday mak & mama..!

Raya kali ni memang osem.
Dua2 mak kita, selebret besday.
Yayyy!!

Sejak 3 minggu yang lepas.
Kami memang tak balik KL.
biasalah.
Alasan lapuk.
Keje banyak.
Okeh, realitinya, memang banyak keje.

Kali ni memang sedikit eksaited nak balik.
Konon2nyeee.
Balik raya.
Orang balik kampong.
Kami balik bando.
*nyampah*

Mak kita, 
Besday nye pada 1 Oktober.
Mama kita,
Besdaynye pada 4 Oktober.
Senang nak ingat..
Muahahahaha..


Deme berdua ni macam berjanji.
Pakai biru.
Nama pon dedua pangkal M.
Masilah nama mak kita.
Maimon nama mama (mak mertua) kita.
Sorang genap 55 tahun.
sorang genap 59 tahun.
Deme ni mula berbesan sejak 10 jun 2011.
Sejak kita dan somi selamat dinikahkan.
*saje bitahuuuu..

Okeh, sambung citer..
Makaaaaanyaaaaa..
Kita pakat2 dengan somi nak selebret besday org yang kami sayang nih..
Memandangkan korum dah cukup kt umah mama,
*tanpa kak lang sebenarnye yg berada di ganu*
Namun, acara potong kek tetap dijalankan.
Hohoooo..


Ini kek untuk mama.
Black forest katenye..
Mane mama kami..
Taraaa,,,


Sengih gembira.
Plus terharu.
Kate mama..


Ini pula kami.
Dua org budak kecik tu anak along..
Muahahahaa..
Peace yawwwww...
Tak banyak gambo kt umah mama.
Sebab kek tu mcm mintak dimakan cepat.
Kui3..

Ini disebelah petang.
Di sebelah malam pula.
Turn mak pula selebret besday dia.


Ini kek mak.
Tiramisu katenye..


Dan ini mak.
Bersama abah.


Ini, kami satu pemili.
Perangai masing2 memang cenggini.
Tak behave kalo bergambo.
Hmmmmmph..


Ini pon..
Besepah2 tangkap gamboooo.
Tahpape..


Abah pula sebok suap mak.
Mak pula sebok pandang camera.
Yang belakang tu kt sopa tu?
Tapayah cakap pape.
Dia memang pangai camtuuuu..


Dua orang belakang tu pon sama.
Hohhhh!!

Takde hadiah mahal untuk kalian.
Tapi ini saja kami mampu buat untuk kalian berdua.
Maaf dari kami berdua.
Sebab kadang2 jarang balik.
Kami tak minta apa2.
Doakan kami cepat bertiga.
Doa ibu kan mustajab.
Hihihihihi..

Semoga kalian dilimpahkan rezeki.
Diberi kesihatan yang baik..
DirahmatiNya.
Dan sentiasa ceriaaaa..

Takde kalian, takde la kami.

Menten heppi go lucky okeh mak n mama...

Dan

Selamat hari rayaa semuaaaaa..

Nota : umah mereka x jauh. Dlm 5 minit dah sampai. Makanya kami tak penah gado nak balik umah sapa dulu.
Kih3..

Jangan jelesss..

Okbai...

Saturday, September 20, 2014

Bantal mengandung osem...

Takde idea nak masak ape arini..
Huahhhh..

Tapi..
Nak share satu bantal best.
Rasanye kita tak buat entri lg..

Iaituuuu...

Taraaaaaaaaa....



Bantal untuk ibu mengandung dan tak mengandung..
Hoyehhhhhh..

Kenapa untuk orang tak mengandung juge?
Sebab somi pon sama nak baring kat bantal nih.
Muahahahhha..

Ini untuk keselesaan mereka yang rasa perut tu dah berat.
Atau masa tido rasa x selesa.
Sebab bila perut makin besar.
Rasa macam x selesa nak tido.
Lepas bersalin pon boleh je nak pakai.
Letak baby.
Lipat je bantal tu..
Cane nak lipat, sila gugel..
Muahahahahaha..

Ia datang dengan sarung yang bercorak.
Nak zip atau tak.
Nak bercorak atau tak.
Harga pon lain2 la.
Sebab yang bersarung ade zip lain harganya..

Kita beli kat fb Sofia Suhaimi..
Dia dh la baik..
Puas hati la beli kat diaaa..

Kita beli masa kita peknen aritu.
Tapi takde rezeki.
Nanti peknen lagi nak beli lagi boleh?
Hahahahahhaak..

Doakan kami ya..

Oh..
Kalau ape2 nak tanya bantal tu.
Boleh pm kat fb Sofia Suhaimi tu.
InsyaAllah..
Anda puas hati..

Osem kan??

*berangan*

Friday, September 19, 2014

Ciken fingers + HKCC CCFM = osem!

Balik kije tadi..
Kompom la lapa kan.
Selalu buat terus air tuk somi.
Pahala tu tahuuu..

Arini rajen sikit.
Plus malas selalunya.
Goreng jejari naget.
So far..
Ini memang sedap..


Nah..
Siap snap gambo.
Adehhh..

Dan rupa selepas goreng adelah seperti berikut.


Okeh..
Lighting tak bagus.
Muahahahahha..

Itu lah rope jejarinye..

Tapi...
Misti tak lengkap minum petang takde kopi ye dak..?
Maka nya,
Kita bancuh CCFM untuk somi.
Kita punya as usual, HKCC laaaaa..


Nahhh..
Kopi pepel ni tetap akan menjado pooojaan hati kami..

Banyak dah manfaat pengguna dapat..
Nanti la kita nengok testimoni2 orang.
Yang dah cuba.
Bukan tipu2 okeh.
REAL punye.
RARE..

Tapi yang PASTI.
Mereka kata sedap!

Tak minum kopi?
Kita pon tak minum kopi lepas jumpa HKCC.

Tak caYe dah..

Okehlaaaa..

Nanti jumpaaa lagiii.

Babai..

xoxo

Bos blanja kehepsi...weehaaa~

Arini bos blanja..
Yay!!!

Dia belanja ape..?
Ni....
Untuk anak2 buah dia yang jojes2 belaka.
Muahahahahahaa...


Kehepsi in da opish.
Hoyehhh..

Maka yang membelinya adelah kita dan kak dila.
Dalam ni ado 30 ketui ayam.
Bos banje sebab dia banyak duit,
Muhahhahahahaha..

Sementara tunggu ayam siap masak.
Kita nampak la satu banner..
Dessert.
Mcm sedap.
Yang menarik perhatian adalah chocolate tartufo.
Dah macam UFO saje munyiknya..

Ni rupa diaaa...


Mahap.
Sudu tak sama seperti ilustrasi..

Dan setelah dibuka.
Begini rupanya..


Dia lebih kurang macam tiramisu juge..
Tp sama2 la sedapnya dedua tu.
*kalo makan semua sedap..

Kita kongsi ngn kak dila.
Waaaahhhh..
Nasib..
Kalo tak, muak juge..

Weh, ni beli senirik tahuuuu.
Duit senirik.

Okehla.
Bai..

Nanti kalo ade makanan best kita tulih lagi..

Selamat menengok dengan gumbira...

Hohoooo...

Kepada bos kami...
Mekaseh bos belanja kehepsi mahal..
Kami doakan bos sejahtera selalu.
Amin ya rabb..

Xoxo

Tuesday, September 16, 2014

Sambal petai jemah jojes~

Dah nama weekend kan..
Housewife punye keje pon, weekend saje la..

Sabtu aritu.
Suami teringin nak makan sambal petai.
Kita ni bukan reti sangat masak.
Huhuhuhu.
Tapi sebab somi nak makan.
Otometik la tau pulak masaknya.
Petai beli yang dah siap kopek.
Senang.
Hahahha.
Menjimatkan masa juga.

Maka.
Yang terhasil adalah seperti ini...
Taraaaaaa..


Gamba amik kat instagram kita.
Yang hat asal dah delete.
Uwaaaaa~

Tak kisah la kan.
Nak cara masak yang betul?
Google saje.
Muahahahaha~

Jeles tak?
Takpe.

Okbai.

Xoxo

Perlis vs Kedah vs Perak..

Setiap aktibiti kita.
Cayelah.
Semua tak rancang.
Sukati haruk je..

Jumaat aritu.
Tiga stokis HKCC bergabung dan berjumpa.
Merapatkan ukhuwwah.
Perlis-Kedah-Perak..
*titibe aku jadi stokis Perak pulak

Aktibiti kami?
Hopkos la makan.
HKCC punye stokis memang kuat makan semuanya..
Ape nak risau.
HKCC kan ade..

*ape mende HKCC tu?

Nah banje satu gamba..



Loh..
terhaplod gambo ni pulak.
hah.
takpelah..

Alang2 dah terhaplod.
Belah kiri skali tu CCFM.
Bagi somi minum.
Tengah2 jojes tu susu kambing bee pollen pertama kat Malaysia nih..
Haaaa.
Yang kanan skali tu.
HKCC the jojes.
Ini untuk wanita.

Secara jujurnya.
kita memang tak pernah jumpa stokis Perlis nih.
Pirst time nih.
muahahaha..

Eh.
lupa lagi gambo..



Kami makan di Black Canyon, Aeon Seri Manjung.
Kita balik dari miting terus shoot sana..
jumpa mereka..
kol kol, weh, jum jumpa..
napak x.
napak x..

Photo pon repost dari instagtam makbed.
Makbed tu takyah kenalkan la.
Dia ejen insuren.
Sape nak beli insuren, pi carik dia.
Dia dok kat Manjung dah skang.

Okeh.
Ini gambo kami.
Muka lapo.
Menu semua sama.
Sebab makbed kate tomyam sini sedap.
So bantai tomyamla kita.


Bertudung biru tu stokis HKCC Perlis.
Kita baju oreng.
Makbed tudung ijo..
Muka gembiraaaa ngn makanan.

Kami kenal melalui HKCC.
kami berjumpa pon sebab HKCC..
Ukhuwwah tu manis kan.
Manis macam kami.
Okeh, jangan jeles.
Sila muntah.
Muahahahahah..

Okbai.

Xoxo

Nadea Ramly

Saturday, September 13, 2014

Takoyaki yang osem! hohoooo~

Pada hari senin aritu..
Kita pi pasar malam kat KDSK tu.
Selalu kami masok kot JPJ tu..
tapi kali ni kami masok kt belah lagi satu..
*susah nak esplen..adehla..
  takpelah..
nanti datang paham le entrance mana yang kita maksudkan.
hahahaha..

sebenarnya..
kitorang tak plan pon nak makan ape..
asal nampak je beli.
tiba2 napak gerai nih..
ajak somi singgah..
4 biji rm4.50.
ada 4 juga macam perisa..
so kita pilih udang.
somi pilih sotong.


sambil tu..
kita tengok abang tu buat dan masak..
emezing gila..
hahahahahak..

walaupun agak lama la berdiri dan menunggu.
tapi sebab nak cuba dan rasa kan.
so bertabahla...

tak lama lepas tu kita nengok makin ramai pulak datang and order.
wiwiwit...

ini penantian berbaloi.
taraaaaaaaa...

kita belanja tengok..


nanti lah..
kita nak try carik kat sekitar manjung ni lagi..

okeh?

nanti updet makanan lagi..
muahahahahh~

weh..
kalo ade sekitar KL bitahu kita..
nak try..

okbai..

xoxo
Nadea Ramly