CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

Sunday, November 6, 2016

Brownies gila osem!

Korang pernah makan brownies pepagi?
Okeh, KakJojes pernah.
Hahahhaa..


Terliur ke idok???

KakJojes tak ingat berapa kali dah beli dari Puan Brownies nih.
Padahal KakJojes bukanlah penggemar kek atau benda manis manes nih.

Maka, kau tahu kenapa KakJojes terrrrr beli?
Sebab freshly baked katanyaaaa..
Bukan masak semalam harini jual tau.
Orang request baru dia buat.
Memang fresh!

Selain dari sedap, dia ada banyak jenis dan saiz.
Kau boleh request ekot bajet kau.


Ini RM 10.



Yang ini pulak RM15.
Kedua dua nya KakJojes pernah beli.



Yang besar pon ada!
Nahhh kauuu.
Boleh buat tuk kek besday.
Wiwiitt..

Untuk yang berdekatan Puan ini, boleh la hubungi beliau dibawah.
Boleh COD.
Kalau luar kawasan tu mahap lah, tak cover lagik. 


Atau kau orang whatsapp je terus ke
+60122719207.

KakJojes tak jual oi.
KakJojes beli ja.

Sunday, January 24, 2016

Jangan cuba cuba datang Cafe De Boy's ni. Menyesal!

Menyesal!
KakJojes sungguh menyesal datang sini.
Korang pun jangan cuba cuba datang sini.

.

.

.

.

.

.

.

.

Sebab nanti korang asyik nak repeat datang.
Sebab makanan sedap.
FRESH.
Air buah dia PURE walau pada masa kami datang pilihan diberi hanya dua iaitu limau dan epel.
Sebab dia tepi LAUT!
Dan sebab cafe ni osemmmm!

Tajuk saspen.
Bahahaaha~

KakJojes sajes sape ke Langkawi, sila la jangan lepas peluang try makanan kat sini.
Khabarnya di Langkawi, cafe De Boy's ialah yang pertama membuat konsep shell out nih!
Woooooowww!


Somi tersenyum simpul.

Kat mana cafe De Boy's ni?
Terletak di Kuala Teriang.
Namun agak tersorok.
Untuk memudahkan pencarian, boleh waze Sea Side Guest House.
Atau terus waze nama cafe De Boy's ni.
Nak cakap pun tak reti sebab somi yang bawak.

Taraaaa...


Ini kami share berdua.
Boleh request nasik atau kalian mahu ratah begitu saja.
Lala dia besar besar wehhhhh!
Fresh pulak tu.
Wuuu.

Sambil meratah dan menikmati ke'fresh'an udang, sotong, ketam, lala itu,
Kalian akan dihiburkan dengan muzik jazz yang KakJojes rasa wuuu, tenangggnyaaaaa.


Sambil angin bertiup sepoi sepoi bahasa menampar muka.
Cewahhh.
Drama sangat.
Betul betul tepi laut.
Which is KakJojes memang suka laut.


Ini share berdua.
1 set ini berharga RM35.
Berdua pun jenuih juga nak abehkan.
Sape kuat makan,
Penggila seafood,
Boleh la amik sorang satu set.
Fresh okeh.!

Mahal?
KakJojes rasa affordable je harganya.
Taktahu lah orang lain.
Masakan pun sedap sampai menjilat ibu jari kaki.
Bahahahaha.

Okeh, untuk tambah nasi dan air,
Opkos la harga lain.
Kemain korang nak harga tu jugak.
Dah kata tadi, 1 set tu,yang lauk lauk itu saje.

Bagi yang kenal KakJojes.
Korang tau kan haku ni jenih payah abes minum air maneh maneh meleting nih.
Tapi.
Air oren osem yang KakJojes hoder nih.
Buat KakJojes sedut sampai habis dan ais dia aku kunyah.
Suami order air epal.
Tu pon sebok haku dok sedut sikit.
Mengendeng.
Nak rasa..
Selain dari dua air buah ni,
Pilihan lain ialah air tin.
Rugi lah datang jauh jauh tak rasa air buah depa.
Air tin buleh beli kat kedai.
Muahaahhaa..


Rilek je bekas dia.
Tapi sedap tu tahap sedut sampai abes.
Tekejut somi KakJojes melihat daku menghabiskan air yang sebelum ni dia lah yang tukang abiskan air KakJojes.

Okeh.
Dari segi layanan.
KakJojes puas hati.

Tempat.
KakJojes kasik 5 bintang.
Tapi.
Kalau korang jenih jaga standard,
Nak makan berekon.
Awal haku cakap ni,
Sini bukan jiwa kalian.
Sini ade ekon semulajadi.
Kang menggelupur pulak sebok nak berekon.


Okeh, abeh makan.
Jangan salah faham.
Bukan KakJojes sorang makan ni.
Berdua dengan somi.

Disaran datang Cafe De Boy's ni awal.
Peak time mereka adalah jam 9 malam ke atas.
Memang ramai.
Takut takdak meja.
Kami datang awai.
Dan masa kami datang memang tak berapa ramai orangnya.

Semua pekerja KakJojes lihat adalah lelaki.
Mungkin sebab tu nama cafe depa De Boy's.
Kih3.


Waktu operasi ialah bermula jam 5 petang hingga 12 malam.
Hari selasa tutup.

Apapun, jangan lupa LIKE Facebook depa.
Support mereka dan rasai pengalaman makan yang osem di Langkawi.



Zassss..


Friday, January 15, 2016

Food Lab Ipoh~

Harituuuuuu.
Kawan kakjojes bawak pegi makan.
Dekat FoodLab.Ipoh.


Okeh.
Makanan yang lain tu props je hokeh.
Kakjojes tak makan banyak tu.


Ini nama dia Mary Had A Little Lamb.

Siyesss laaa..

Tengok menu depa.
Rare!




Masa nak order rasa macam nak nyanyi.
Bahahahaha.

Pahtu otomatik nak ingat filem tu cerita camana.
Tahpape..

Hiasan dalaman rileks je.
Cool.
Pakai palet kayu tu.
Buat meja.

Tak perlu nampak mewah untuk tarik pelanggan.
Makanan osem.
Cepat sampai.
Sabar layan karenah pelanggan,
InsyaAllah orang datang lagi.




Meatball itu homemade tau..
Kita rasa, sedapppp!



Penuh mejaaaa haaaa..

Tau dak sape yang bertanggungjawab keatas kehancuran diet kakjojes malam tu?

Ni ha..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Mereka ini lah yang bertanggungjawab bawak kakjojes dan rerakan makan memalam.
Huhuhuk..

Apepon,
Terima kasih sahabatku Puan Ratnah dan suami beliau Encik Wan.
Depa ni memang kaki makan.
Tengok fb depa asek pegi makan saje.
Huuuuuu~

Oh, FoodLab.Ipoh ni area RTM Ipoh.
Korang waze je lah.
Bab jalan jalan ni Kakjojes fail sikit.

Huhuhuk~

Belanja gambar petang sebelum g makan.
Kita release tension dulu.





Jumpa lagi di lain entri.
Zassss~


Wednesday, June 24, 2015

Projek Memasak : Cheesekut Mudah Coco Lejen


Ingat tak entri yang lepas, somi kate, tapayah masak sepanjang Ramadhan nih..
Tapi kalau nak masak jugak dia tak kesah pon.
Maka disebabkan semangat membuak-buak nak masak juge, maka, terhasil lah ciskut versi salah beskot..
Baahahahaha~


Okeh, jom proceed citer ciskut.
Kenapa kate salah beskot?
Sebab sepatutnya guna Deluxe Crackers, bukan Cream Crackers.
Adohai..


Ini adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat cheesekut versi salah biskut inih..
Hepp, tapi bahan-bahan dia semua betui..
Beskot je salah sikit..

Kita buat dalam bekas beso..
Kekonon nak makan ulang-ulang la.
Tetibe somi kata dia tak makan.
Oh, takpe la kalau tak makan.
Kita makan sorang je..
Lalalalalalala..

Cream cheese Tartura 250gm (yang dalam gambar ni 500gm)
Susu cair
Susu pekat. Pakai separuh je kalau sape tak suka maneh.
Beskot. Pakai Deluxe Crackers tau. Yang ni macik salah beli dah ha..
Dan kita letak Coco Lejen pada setiap layer.
Oh, nestum lupa snap.
LUpa letak mana tah masa tu.
Dan bekas yang korang nak letak cheesekut tu..

Siap dah bebahannye.
Jadi moh kita buat.

Memula putar cream cheese dengan susu pekat..
Masukkan sikit susu cair.
Sikit je..
Kang cair sangat cream cheese nye..
Kita pakai blender  je..
Senang basuh..
Hohohooh~
Ini ropanya lepas dah blender.


Susu cair untuk ape pulak?..
nak celup beskot dalam tu la kang..

Amik bekas dan celup beskot dalam susu cair..
Jangan la sampai hancur bederai.
Asal celop dah..nak bagi dia lembek sikit..
Pahtu susun la lelawo kat dalam bekas tu.
Dah susun lelawo, amik cream cheese putaq tadi, layer ateh beskot tu..


Pahtu, tabor nestum atas layer tu..
Pahtu serbok koko pon tabor la sekali..
Buat perkara yang sama sampai bekas penuh.


Ketebalan sesuatu cream cheese bergantung kat korang..
Ikut suka la nak tebai ka, nipih ka..
Asalkan korang layer setiap beskot tu dengan cream cheese yang putaq dah tadi.


Okeh, ini ropa dah penuh..
Ateh tu korang tabor la nestum lagi, dan serbuk coco lejen yang sangat lejen tu tuk tak rasa muak sangat bila makan kang..

Coco LEjen ni sebenarnya minuman peket-peket tu..
tapi sebab koko takde kat umah.
maka nya, kene la kretip..
kita tukau dia letak kat tempat lain selain kita bancuh dia bes bes...
hahahhahaa..
Siyes nih..

Ala, susu kambeng pon kita selamba guna ganti susu cair.
Siap buat tomyam putih tu lagi..
hah...
kau hadooooooo~
OKeh, lepas siap susun,..
Simpan dalam peti es..
Jangan simpan kat sebelah ikan dageng pulak..
Simpan bawah tu dah cukup.

Dah siappppp!

Sonang kan..
Tapayah bako..
Maklonglah, kita ni akan carik menda yang paling simple untuk kita buat..
Nak membako bako ni , tak kuasa la weh.
Plus, kita takde talent membako..
Bako menda lain takpe..
Bahahhahahahah~

Semalam rileks tengok tv, baru la bekesempatan nak potong dan makan.
Nah..
Ini la ropanya..

Huduh sikit cheesekut nya..
Dan Nampak tebal kan.
Tapi sedap..
Dah takde orang puji, macik puji la diri sendirik.
Bahhahahah~

*saje tempek dua kali..lalalalala~

Kalau pakai deluxe crackers tu mungkin struktur dia lebih halus dan Nampak layer-layer tu..
Ye dak..

Ah, tapi padulik apaa..
Masok perut ngappp saje, abeh dah..
Hahahahaha..

Senang je kan..

Selamat mencubaaaaaaaa...
Zasssss~

Nadea Ramly
xoxo