CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, August 12, 2011

sensitif kah kamu?

Salam Ramadhan kepada semua sahabat handai. Alhamdulilah harini sudah hari ke-12 kita berpuasa.insyaAllah mudah-mudahan amalan kita diterima oleh Allah SWT..:)

Tergerak pula hati nak menulis malam nih. mungkin mood sudah datang.:) seperti biasa, takde ape pun nk update cume harini rase sedikit terguris.mungkin cik P dah nk mai ke tak tahu lah. tapi ini lah yang berlaku pada hari ini.

Isu anak kembali diperkatakan. Kenapa ya manusia ambil ringan isu nih? maksud sy, kenapa ada orang berfikir semua gurauan itu boleh diterima.? Apabila seseorang itu berkahwin, mesti pasangan tersebut mahukan cahayamata bukan? so sebagai kawan, kite patot berhati2 sebelum bercakap tentang isu ini kepada wanita yang sudah berkahwin khususnya yang inginkan cahayamata..

Tiada meminta lebih, cume sila bercakap secara berfikir. tidak perlu menuding jari kepada wanita tersebut. cume cuba kamu fahami ape masalah dia, keadaan dia. Kalau tak mahu faham pun, cube balik kepada agama, siapa yang Maha Mengetahui, siapa Yang Maha Berkuasa kalau bukan Allah SWT. Dia yang menentukan segalanya. kita cume berusaha kan..

Saya sedikit terguris dalam situasi tersebut. Saya tahu saya belum diberi rezeki oleh tuhan. jadi jangan sewenang2nya menganggap perkara ini remeh dan tidak sensitif pada sy. oh hati, bertabahlah. Tuhan je tahu pe yang ade dalam hati saya tatkala dituding sebegitu. :(
Saya tak salahkan sesiapa cume meminta agar orang sekeliling menjaga percakapan terutama sekali apabila menyentuh isu "anak" kepada isteri2 atau wanita2 yang belum memiliki cahayamata. Apakan daya mereka. Usaha sudah, doa sudah tawakal pun sudah. Kami berserah sahaja kepada Yang Maha Esa. hampir menitik air mata saya mengenang nasib diri. 


Saya tidak meminta begini tapi Tuhan sedang menguji saya.
Saya juga harap anda semua meletakkan diri anda dalam keadaan kami.cube selami perasaan seorang wanita jika anda benar2 seorang wanita. Dan sampai satu tahap, saya seperti tidak mahu bergaul lagi dengan sesiapa sebab tidak mahu lagi hati terluka dengan soalan2 yang boleh buat air mata ni tumpah lagi. Wanita, rapuh hatinya bukan?

Kesimpulannya, jaga pertuturan anda jika anda rasa mahu bergurau, diharap bergurau dengan cara yang betul. Sebab anda seorang wanita juga seperti saya dan anda juga akan mengalami apa yang saya rasa. Kepada yang pernah menyinggung perasaan saya, saya maafkan. Cume saya harap soalan sebegitu tidak diajukan lagi kepada saya. saya harap anda faham dan satu jari anda tuding kepada saya, 4 lagi akan ke arah kamu semula. Saya hanya manusia biasa, tidak mampu melawan takdir Allah.

Saya bersyukur dengan rezeki yang diberi olehNya dan saya redha andai "rezeki" itu belum diberi kepada saya. Bertabahla wahai isteri2 dan wanita2 diluar sana. Sesungguhnya, saya memahami segala perasaan tersebut kerana saya adalah isteri dan juga wanita seperti kamu..Semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini.aminnn..~

2 comments:

  1. bersabarlah aimi. anak itu rezeki. insyaallah. DIA akan beri. org sekeliling akan faham nanti. tak apa. kamu sabar je. mudah2an allah bayar sabar kamu tu. ok sayang!

    ReplyDelete
  2. mereka takkan faham sayam. hurm, lame dh isu ni tak timbul, tetibe tadi bebetul buat kite sedey. dhla hormon tgh tingtong nih. nk tacings je.huk3.anyway,smoga kite kuat hadapi sume nih. aminn..

    ReplyDelete